Teknik plot suspen bermaksud pengarang menggunakan peristiwa-peristiwa tegang yang mencemaskan/merimaskan para pembaca yang menyebabkan pembaca ingin tahu bagaimana kesudahan peristiwa/kejadian tersebut.
Tujuan/fungsi teknik ini ialah:
Tujuan/fungsi teknik ini ialah:
- Untuk menarik minat para pembaca/penonton.
- Supaya cerita lebih menarik dan berkesan.
- Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
- Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/suasana.
- Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
- Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis.
- Supaya pembaca/penonton turut merasa cemas dan meneruskan pembacaan sehingga ke akhir peristiwa untuk mengetahui kesudahannya.
Di antara contoh-contoh peristiwa menggunakan teknik suspen ialah:
- Syed Fariz tidak ada di dalam kelas selepas masa rehat persekolahan, iaitu masa mengajar Cikgu Borhan, mata pelajaran Bahasa Malaysia.
- Peristiwa pergaduhan di antara Syed Fariz dengan Ruhaiza dan Lily Suriani dalam masa rehat persekolahan di belakang kantin sekolah.
- Peristiwa Ruhaiza dipanggil dan disiasat oleh Cikgu Suhaimi, iaitu guru disiplin sekolah.
- Peristiwa Ruhaiza hampir-hampir diperkosa oleh Syed Fariz pada suatu petang Jumaat di kebun durian Nenek Lily Suriani.
- Peristiwa Ruhaiza menjerit-jerit meminta tolong ketika pakaiannya sehelai demi sehelai ditanggalkan oleh kawan-kawan Syed Fariz di kebun durian Nenek Lily Suriani.
- Peristiwa Syed Fariz ditangkap dan ditahan dalam lokap polis selama empat hari dan empat malam.
- Peristiwa Syed Fariz yang tidak balik ke rumah selepas masa persekolahan yang membimbangkan Nek Siah.
- Peristiwa Nek Siah dipanggil ke sekolah untuk menyelesaikan masalah Syed Fariz yang bermasalah disiplin.
- Peristiwa kehadiran Khusyairi ke rumah Nek Siah pada tengah malam yang memarahi keluarga Nek Siah di atas perbuatan terkutuk Syed Fariz terhadap Ruhaiza ( anak gadisnya ).
- Peristiwa Nek Siah meminta Solehah membantu keluarganya/melamar Solehah untuk dijadikan isteri Syed Mustafa.
- Peristiwa Syed Mustafa bertindak ganas dan memukul Syed Fariz serta menolak jatuh Syarifah Farisya yang cuba menghalang ayahnya memukul adiknya.
- Peristiwa Syarifah Farisya yang melarikan diri dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang dan menumpang di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah kerana tidak bersetuju ayahnya berkahwin dengan Solehah.
- Peristiwa Syarifah Farisya mengugut/mengancam/memberi amaran kepada Anuariza akan membunuh diri jika Anuariza tidak menyelesaikan dengan segera masalah orang tuanya yang hendak bernikah dengan ayahnya.
- Peristiwa Solehah yang menunggu kepulangan Anuariza dari sekolah yang pergi mengambil keputusan peperiksaan STPMnya yang lambat tiba di rumah.
- Peristiwa Syed Mustafa yang melarikan diri ke Kuala Lumpur kerena kecewa tidak dapat berkahwin dengan Saliah yang akhirnya berkahwin dengan Khusyairi ( Pada zaman muda semasa di kampung ).
- Peristiwa Ruhaiza dipanggil dan diberi kaunseling oleh Cikgu Syakinah di bilik kaunseling sekolah.
- Dan peristiwa-peristiwa lain ............sila rujuk teks/cerita asal.
No comments:
Post a Comment