Thursday 5 April 2012

Teknik plot deskriptif dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik plot deskriptif ( penghuraian ) bermaksud pengarang/penulis menghuraikan/menerangkan/memberi penjelasan/menggambarkan dengan sejelas-jelasnya/secara terperinci mengenai sesuatu tempat, keadaan, suasana, peristiwa, tindakan, sikap seseorang watak dan sebagainya.
Tujuan/fungsi penggunaan teknik plot ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Supaya cerita menjadi lebih menarik dan berkesan/hidup.
  4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep, keadaan, suasana, peristiwa, latar dan sebagainya.
  5. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
  6. Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis/pengarang.
  7. Untuk memperlihatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas di kalangan penulis.
Di antara contoh-contoh gambaran peristiwa/suasana/latar/watak yang menggunakan teknik plot deskriptif ialah:
  1. Pagi masih begitu awal, hujan yang menggila malam tadi meninggalkan rasa sejuk. Meskipun matahari senyum mengintai, namun kehadirannya belum bersedia mengirim bahang.  Angin berhembus tenang berbisik segar dan indah, mesra dan sentosa ( Gambaran/penghuraian latar masa dan suasana ).
  2. Ada getar di bibirnya yang manis berseri. Walaupun segunung rasa  bertonggak, mencatat keriangan hidup zaman remajanya,  namun dia bersyukur dengan kehidupannya. Dalam  jerih payah menanggung  derita  dan rindu berpanjangan, dia tetap bahagia di sisi Solehah. Wanita yang kaya kasih dan sayang ( Gambaran/penghuraian perwatakan Anuariza ).
  3. Azuera datang menghidangkan air kopi kepada Syed Mustafa dan abangnya serta Nek Siah, Syarifah Farisya turut membantu membawa dulang kuih-muih sebagai pencuci mulut. Nek Siah beralih ke tepi sedikit, memberi ruang kepada dua orang gadis itu menyusun  hidangann yang dibawa mereka ( Gambaran/penghuraian pergerakan dan tindakan watak-watak ).
  4. Suasana di sekitar kawasan anak sungai di hujung kampung masih tetap damai. Deruan air dan kicauan burung menjadi irama menyambut kedatangan pengunjung. Kejernihan airnya menampakkan anak-anak ikan yang berenang ke sana ke mari, berkejar-kejaran sesama sendiri ( Gambaran/penghuraian latar tempat ).
  5. Syed Fariz bertindak seakan-akan binatang buas menggomol sesuka hatinya dengan ditonton rakan-rakannya yang bertepuk sorak kegirangan seperti menyaksikan penyabungan ayam jantan. Wak Dol melintas di sebelah semak lalu menyerbu dan menyelamatkannya ( Gambaran/penghuraian peristiwa Ruhaiza hampir-hampir diperkosa oleh Syed Fariz yang sempat diselamatkan  oleh Wak Dol ).
  6. Dan contoh-contoh peristiwa atau suasana lain.............. sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment