Friday 30 March 2012

Teknik monolog dalaman dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik monolog dalaman bermaksud pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang bercakap dengan diri sendiri/dalam pemikiran/perasaan/hati/minda tanpa didengari oleh orang/watak lain. Watak mengeluh bersendirian.
Tujuan penggunaan teknik ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
  4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/suasana.
  5. Untuk membezakan teknik penceritaan di kalangan antara penulis/pengarang.
  6. Untuk memberi peluang kepada watak-watak menyatakan/meluahkan perasaan yang terbuku di hati secara senyap.
  7. Supaya pembaca dapat tahu beban masalah dalaman yang dialami oleh seseorang  watak dalam cerita.
Di antara peristiwa-peristiwa menggunakan teknik ini ialah:
  1. Kopiah putih di kepala ditanggalkan."Aku mesti meneruskan. Biar perit bagaimanapun, aku mesti ke sana ", hatinya membentak sendiri.
  2. "Emak kan tak benarkan abang pergi?" berbisik pula, Azuera.
  3. Tuduhan Syed Fariz terhadap ayahnya terlalu kejam, jika Syed Mustafa mengetahuinya dia pasti akan kecewa. Anuariza mengeluh. Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibu, kembali menyemak di fikirannya.
  4. "Daripada aku terus mereka dan merencana kenapa dan mengapa ayah dan ibu meninggalkan aku, lebih baik aku fikirkan cara bagaimana untuk membalas budi emak dan budi arwah abah," hatinya berbicara sendiri.
  5. "Dua puluh sen pun mesti berhutang. Kesian emak," desis hatinya sendiri.
  6. "Aku ingin merealisasikan impian Nuar, impian orang yang banyak memberi kesedaran pada aku. Budinya merapatkan perhubungan aku dengan Fariz dan Iesya bukan sedikit. Fariz yang liar, mampu dijinakkannya". Syed Mustafa berbicara sendiri dalam hati.
  7. "Lama juga", desis hati kecilnya.
  8. "Itu sudah bagus," bisiknya lagi, senyum sendiri.
  9. "Haiza tak salahkan Fariz, dia sebenarnya bermasalah. Malangnya Haiza tak sempat membantunya. Kesian dia." Ruhaiza mengeluh.
  10. Anuariza menarik nafas panjang. "Sebab aku, semua orang susah", rungutnya dalam hati.
  11. "Aku akan membalas semua itu suatu hari nanti, aku berjanji dan aku bersumpah!" bicara hatinya lagi.
  12. "Aku tidak bimbang Anuariza gagal, kerana aku yakin dia pasti membawa pulang kejayaan. Berkenaan lamaran Syed Mustafa pula, kalau suka terima sahaja, kalau tidak abaikan." Diam-diam Solehah memujuk hati sendiri tanpa didengari Azuera yang masih merenungnya.
  13. Dan contoh-contoh/peristiwa-peristiwa lain .................... sila rujuk teks/cerita asal.

1 comment: