Monday 26 March 2012

Teknik imbas kembali dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik imbas kembali bermaksud pengarang mengunakan mana-mana watak dalam novel/cerita yang terkenang/teringat semula terhadap peristiwa yang telah pernah berlaku pada masa lepas/lampau sama ada ke atas dirinya sendiri atau pun ke atas watak/orang lain.
     Tujuan penggunaan teknik ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Untuk memberi kesempatan/ruang kepada mana-mana watak mengingat dan mencerita semula pengalaman/atau peristiwa yang pernah dialami pada masa lampau/lepas/telah berlalu.
  4. Untuk mempelbagaikan tenik penceritaan.
  5. Untuk membezakan kaedah/cara penceritaan di antara kalangan penulis.
Di antara peristiwa-peristiwa menggunakan teknik imbas kembali ialah:
  1. Anuariza teringat semalam dia ke paya, mengutip buah asam kelubi untuk dijual kepada Ah Chong. Tetapi disebabkan hari sudah senja dan hujan akan turun, dia terpaksa meninggalkan kutipannya di sana.
  2.  Syed Mustafa teringat lama  dahulu, ada orang kampungnya yang dibaham harimau di sekitar hutan itu.
  3. Anuariza masih terkenangkan perbualannya dengan Syed Fariz petang tadi yang memberi tahu kepadanya Syed Mustafa jarang di rumah serta pentingkan pekerjaan daripada keluarga.
  4. Anuariza teringat peristiwa dia ditinggalkan oleh kedua orang tuanya kepada Mak Cik Leha pada usia empat tahun untuk pergi mencari kerja dan rumah sewa di Singapura.
  5. Anuariza teringat akan buah-buah kabung yang dibakarnya petang tadi bersama-sama Syed Mustafa sesampainya mereka di rumah. Buah-buah itu dibakar dalam unggun api yang marak bersama-sama kulit dan pelepahnya, lalu dibiarkan sejuk di atas pelantar.
  6. Azuera teringat peristiwa rumahnya ditimpa pokok durian yang tumbang dalam hujan ribut, menyebabkan Nek Siah menyuruh ibunya membuat rumah di sebelah rumahnya.
  7. Anuariza teringat akan pertanyaan Syed Mustafa mengenai rancangannya sekarang. Syed Mustafa memintanya merancang daripada sekarang.
  8. Anuariza teringat peristiwa arwah ayah angkatnya ( Thamrin ) yang membawa dan mendukungnya ke pekan untuk membeli sehelai baju kemeja bergambar `Supermen' yang menjadi kegilaan kanak-kanak sebayanya pada waktu itu.
  9. Syed Fariz teringat peristiwa selama  empat hari di tahan dalam lokap balai polis, dia hanya diberi makan  nasi bungkus yang dicampur dengan ikan goreng dan sayur tauge serta diberi minum air teh `O' nipis, tanpa susu.
  10. Syed Mustafa teringat sewaktu arwah isterinya ( Jumaimah ) masih sihat, mereka sering keluar makan bersama.
  11. Syed Mustafa teringat cerita Nek Siah kepadanya mengenai kegetiran hidup ibu tunggal ( Solehah ) dalam membesarkan anak-anaknya.
  12. Dan banyak lagi peristiwa lain....... sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment