Wednesday 28 March 2012

Teknik imbas muka dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik imbas muka bermaksud pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang berangan-angan atau merancang untuk melakukan sesuatu perkara pada masa hadapan.
     Tujuan/fungsi teknik ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
  4. Untuk memberi kesempatan kepada mana-mana watak dalam cerita merancang sesuatu perkara yang hendak dibuat pada masa-masa hadapan.
  5. Untuk membezakan stail/teknik penulisan cerita di antara kalangan penulis.
  6. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/peristiwa/suasana.
Di antara peristiwa-peristiwa menggunakan teknik ini ialah:
  1. Anuariza menangguhkan sehari lagi kelas tuisyen Syed Fariz seperti yang diminta  oleh Syed Mustafa  kerana dia hendak pergi ke paya mengambil buah asam kelubi yang dikumpulkan di sana. Dia berjanji akan memulakan tugasnya dua hari lagi atau pada malamnya.
  2. Anuariza membuat ramalan bahawa waktu solat zuhur telah masuk dan menyuarakan hal itu kepada Syed Mustafa. Mereka akan menunaikan solat setelah sampai di tepi paya yang bakal mereka seberangi sekali lagi nanti. 
  3. Anuariza berjanji untuk membawa Syed Fariz ke sungai di hujung kampung petang esok untuk menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran.
  4. Ruhaiza menggeleng kesal dan mahu menyelesaikan perkara itu lapan mata  antaranya dengan Syed Fariz, Lily Suriani dan Cikgu Suhaimi. Dilihat jam tangannya, beberapa minit lagi sesi persekolahan pagi akan tamat.
  5. Ruhaiza memberi tahu kepada Cikgu Suhaimi yang dia berangan-angan untuk menjadi sahabat karib Syed Fariz, tetapi bukan kekasinya.
  6. Ruhaiza memberi tahu kepada Cikgu Suhaimi yang dia mahu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR untuk dihadiahkan kepada emak dan ayahnya yang miskin.
  7. Nek Siah yang dipanggil oleh pihak sekolah kerana masalah Syed Fariz, dalam perjalanan pulang dengan perasaan marah, dia berangan-angan mahu memarahi Syed Mustafa  atas kegagalannya mendidik Syed Fariz.
  8. Nek Siah dan Solehah bercadang untuk melawat Ruhaiza yang terlantar di wad hospital kerana perbuatan Syed Fariz pada besoknya.
  9. Nek Siah mencadangkan kepada Khusyairi pada besoknya Ruhaiza dipindahkan ke wad yang lebih selesa, jauh dari mata orang ramai supaya dia tenang dan cepat sembuh.
  10. Anuariza bercita-cita untuk mengkomersialkan buah anggur dan mata naga pada suatu hari nanti. Dia juga bercita-cita untuk menjadikan taman pertanian itu sebagai pusat pelancongan dan penyelidikan kepada orang ramai yang berminat dalam bidang pertanian.
  11. Syed Mustafa bercadang keuntungan daripada projek perusahaan berasaskan tani yang penanamannya secara botani akan dikongsi bersama dengan semua penduduk kampung yang terlibat.
  12. Syed Mustafa dan Anuariza merancang untuk membuka sebuah pusat pelancongan kampung yang di dalamnya akan dibina sebuah taman mini burung, restoran masakan ala kampung, galeri lukisan dan Taman Fantasi.
  13. Dan banyak lagi peristiwa lain ........... sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment