Saturday 14 April 2012

Ciri-ciri cerita/sastera panji dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Berlatarkan sejarah negeri Jawa, contoh Negeri Kesambi Pura/Negeri Agung Sari/Negeri Indera Buangan
  2. Ada gelaran Panji/Raden, contoh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Ningrat.
  3. Watak-watak dari kalangan putera-puteri Raja Jawa, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Ratna Melur dan lain-lain.
  4. Watak utama/protagonis dari kalangan putera-puteri raja/istana, contoh Raden Kesuma Ningrat.
  5. Watak utama mempunyai kuasa sakti/unsur luar biasa, contoh Raden Kesuma Ningrat dapat mengeluarkan air dari puncak daun beringin dengan bantuan burung merbah/Raden Kesuma Ningrat berjaya mengambil telur burung merpati putih yang bersarang  dalam telinga naga.
  6. Cerita berakhir dengan kejayaan/kemenagan, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna  Sari berjaya menewas dan menawan Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari yang menyerang negerinya.
  7. Latar tempat berlaku peristiwa di dunia dan kayangan/alam ghaib, contoh di Negeri Kesambi Pura/Negeri Melaka Pura/Negeri Indera Buangan/di Gunung Meraksa Dewa/di dalam laut dan sebagainya.
  8. Percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Indera Kemala Putera ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga  naga di Gunung Meraksa Dewa.
  9. Percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memaklumkan telur burung merpati putih terdapat di Gunung Meraksa Dewa, iaitu di dalam teliga naga.
  10. Ada watak pembantu khas, contoh singa besar/dua ekor landak/raksasa/naga/burung merbah dan sebagainya.
  11. Ada unsur peperangan, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari dari Negeri Indera Buangan berperang dengan Raja Paksi Dewa dari Negeri Agung Sari.
  12. Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma  Ningrat mengembara di dalam hutan untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati  putih yang bersarang dalam telinga naga.
  13. Ada unsur penyamaran/penjelmaan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyamar menjadi lelaki dengan menggunakan nama Bangbang Gajah Merta setiba di Negeri Kesambi Pura dan berkahwin dengan Tuan Puteri Ratna Melur, iaitu puteri kepada Raja Negeri Kesambi Pura/Tuan Puteri Indera Maya menjelma menjadi burung rajawali ketika berperang dengan Raja Paksi Dewa.
  14. Ada unsur perkahwinan/pernikahan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Bangbang Gajah Merta berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ratna Melur/puteri Raja Negeri Kesambi Pura setelah berjaya mengeluarkan/mengambil buah asam limau nipis dalam lubang bumi menggunakan tiga jari.
  15. Ada unsur Hindu, contoh nama-nama watak seperti Raja Syah Dewa Alam/Raja Paksi Dewa.
  16. Menggunakan bahasa berirama/runs, contoh Bangbang  Gajah Merta berpantun kepada Tuan Puteri Ratna Melur/isterinya: Ikan ruan mudik ke hulu .........( lihat hal 65 dan 66 ).
  17. Ada pembukaan negeri/wilayah baru, contoh Tuan Puteri Indera Maya/Raden Kesuma Ningrat yang dihalau oleh Raja Indera Kemala Putera telah membuka Negeri Indera Buangan di tengah hutan rimba.
  18. Ada meraikan pesta kemenangan, contoh Tuan Puteri Indera  Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari dari Negeri Indera Buangan mengadakan pesta bersuka-sukaan dan  jamuan makan minum kepada rakyatnya di atas kemenangan berperang dengan Raja Paksi Dewa dari Negeri Agung Sari yang menyerangnya.
  19. Dan lain-lain ..............sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment