Thursday 19 April 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Raja Indera Kemala Putera ( ayahanda kepada Raden Kesuma Wati ) jatuh sakit selepas berperang.
  2. Raden Kesuma Wati meminta para ahli nujum melihat penyakit ayahandanya tersebut.
  3. Para ahli nujum memberitahu kepada Raden Kesuma Wati ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya itu ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  4. Raden Kesuma Wati menyuruh menteri, hulubalang dan rakyatnya pergi mencari telur burung merpati putih tersebut, tetapi gagal mendapatkannya.
  5. Di negeri Melaka Pura, Raja Syah Dewa Alam bermimpi makan telur burung merpati putih
  6. Raja Syah Dewa Alam menitahkan menteri, hulubalang dan rakyatnya pergi mencari telur burung merpati putih tersebut, tetapi gagal mendapatkannya.
  7. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya ( Puteri Raja Syah Dewa Alam ) menjadi susah hati mendengar kemahuan ayahandanya hendak makan telur burung merpati putih tersebut.
  8. Pada malamnya Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bermimpi didatangi oleh seorang perempuan tua yang memberitahu kepadanya tempat burung merpati putih bersarang ialah dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  9. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyuruh mangkubumi, menteri, hulubalang dan rakyatnya pergi mencari telur burung merpati putih tersebut di atas Gunung Meraksa Dewa, tetapi gagal.
  10. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sendiri bersama dengan mangkubumi, menteri, hulubalang dan rakyat keluar mengembara ke hutan rimba untuk mencari telur burung merpati putih tersebut, tetapi dalam perjalanan di hutan rimba ramai rakyatnya mati dan lari pulang kerana tidak tahan dengan cabaran.
  11. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya meneruskan pengembaraannya seorang diri di hutan rimba sehingga bertemu dengan seorang hulubalang pahlawan yang sedang tidur.
  12. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh/menikam hulubalang yang sedang tidur dan merampas kuda hitam, pakaian, pedang dan ikat pinggangnya.
  13. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tiba di negeri Kesambi Pura dan menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Bangbang Gajah Merta.
  14. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Bangbang Gajah Merta berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ratna Melur iaitu puteri kepada Raja Negeri Kesambi Pura setelah berjaya mengambil buah asam limau  nipis dalam lubang tanah dengan menggunakan tiga jari seperti yang disyaratkan oleh Raja Negeri Kesambi Pura.
  15. Setelah beberapa lama Bangbang Gajah Merta tinggal bersama dengan isterinya Tuan Puteri Ratna Melur di istana Raja Negeri Kesambi Pura, dia meminta  kebenaran isterinya untuk meneruskan perjalanan bagi mencari telur burung merpati putih yang dikehendaki oleh ayahandanya /Raja Syah Dewa Alam di Negeri Melaka Pura.
  16. Dalam  perjalanan  selama tujuh hari dan tujuh malam dengan menaiki kuda hitam di hutan rimba, Bangbang Gajah Merta bertemu dengan seekor singa besar dan dua ekor landak putih dan hitam di atas gunung.
  17. Singa besar memberitahu kepada Bangbang Gajah Merta bahawa telur burung merpati putih hanya boleh diambil dengan bantuan Raden Kesuma Ningrat, iaitu putera Raja Indera Kemala Putera.
  18. Bangbang Gajah Merta kembali menjadi perempuan/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya lalu masuk ke dalam telinga singa sementara menunggu kedatangan Raden Kesuma Ningrat.
  19. Raden Kesuma Wati yang kecewa dengan kegagalan menteri, mangku bumi, hulubalang dan rakyatnya mencari telur burung merpati putih sebagai ubat kepada ayahandanya yang sedang sakit, telah membuat keputusan pergi mengembara seorang diri ke dalam hutan rimba untuk mendapatkan telur burung tersebut.
  20. Raden Kesuma Wati tiba di negeri Indera Buangan, iaitu negeri tempat tinggal Raden Kesuma Ningrat bersama bondanya Tuan Puteri Indera Maya.
  21. Kerana terlalu lapar Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan di sebuah gerai di tengah pasar.
  22. Raden Kesuma Wati ditangkap oleh pemilik kedai dan dibawa mengadap kepada Raden Kesuma Ningrat.
  23. Raden Kesuma Ningrat tolong membayar harga makanan yang dicuri makan oleh Raden Kesuma Wati kepada pemilik kedai.
  24. Raden Kesuma Ningrat menjadikan Raden Kesuma Wati sebagai pengembala kambingnya.
  25. Tuan Puteri Indera Maya memberitahu kepada Raden Kesuma Ningrat bahawa Raden Kesuma Wati ialah adik-beradik/kakak sulung Raden Kesuma Ningrat, iaitu anak kepada Raja Indera Kemala Putera dengan isteri tua/pertama.
  26. Raden Kesuma Wati menyembah Tuan Puteri Indera Maya dengan memohon ampun dan maaf di atas kesalahanya yang lalu.
  27. Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati diiringi burung merbah putih memasuki hutan rimba untuk mencari telur burung merpati putih.
  28. Dalam perjalanan di hutan rimba, Raden Kesuma Wati sangat dahagakan air lalu tertidur.
  29. Raden Kesuma Ningrat dengan bantuan burung merbah putih telah berjaya mengeluarkan air dari puncak daun beringin dan diberi minum kepada Raden Kesuma Wati.
  30. Dalam meneruskan perjalanan di hutan rimba, mereka bertemu dengan seekor raksasa dan harimau yang hendak menolong Raden Kesuma Ningrat pergi ke tempat burung merpati putih, tetapi sangat ditakuti oleh Raden Kesuma Wati.
  31. Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati bertemu dengan sebuah gunung di tengah hutan. Raden Kesuma Wati menunggu di kaki gunung manakala Raden Kesuma Ningrat bersama  dengan burung merbah putih naik ke atas gunung tersebut.
  32. Di atas/di puncak gunung, Raden Kesuma Ningrat bertemu dengan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang berada dalam mulut singa besar/raksasa.
  33. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya memberitahu kepada Raden Kesuma Ningrat tujuannya berada di puncak gunung ini ialah untuk mencari telur burung merpati putih.
  34. Singa besar memberitahu kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bahawa Raden Kesuma Ningrat ialah anak Raja Indera Kemala Putera dan orang yang boleh mengambil telur burung  merpati putih yang bersarang  dalam telinga naga di atas gunung Meraksa Dewa.
  35. Raden Kesuma Ningrat bersama dengan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang diiringi dua ekor landak dan seekor burung merbah putih turun dari atas gunung untuk mendapatkan Raden Kesuma Wati yang sedang menunggu di kaki gunung.
  36. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya telah menggunakan hikmat saktinya mengeluarkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan oleh mereka bertiga di dalam hutan.
  37. Mereka bertiga bermalam di dalam hutan dengan ditemani oleh landak, harimau dan singa.
  38. Raden Kesuma Ningrat, Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya meneruskan perjalanan di hutan rimba pada keesokan harinya sehingga tiba di kaki Gunung Meraksa Dewa.
  39. Dengan bantuan singa besar/menaiki di atas kepala singa, mereka bertiga berjaya sampai ke puncak Gunung Meraksa Dewa tempat burung merpati bersarang.
  40. Raden Kesuma Ningrat, Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bertemu dengan naga dan memberitahu tujuan ke sini ialah untuk mengambil telur burung merpati putih sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit Raja Indera Kemala Putera.
  41. Raden Kesuma Ningrat berjaya mengambil dua biji telur burung merpati putih dari dalam telinga naga lalu diberikan sebiji seorang kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
  42. Raden Kesuma Wati mengajak Raden Kesuma Ningrat berjalan di tepi Gunung Meraksa Dewa kononya untuk melihat lautan Gunung Meraksa Dewa, tetapi sebaliknya telah menolak jatuh Raden Kesuma Ningrat ke laut.
  43. Raden Kesuma Ningrat yang  jatuh ke laut sempat bergantung pada daun selasih hitam yang kemudian dibawa arus laut entah ke mana-mana.
  44. Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya meneruskan perjalanan mereka di Gunung Meraksa Dewa.
  45. Raden Kesuma Wati mendapati telur burung merpati putihnya yang berada dalam ikat pinggangnya hilang entah ke mana.
  46. Raden Kesuma Wati meminta telur burung merpati putih kepunyaan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tetapi tidak diberikannya.
  47. Raden Kesuma Wati membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya untuk mengambil telur burung merpati putih kepunyaanya, tetapi telur tersebut sempat disambar oleh burung merbah putih lalu dibawa terbang  ke negeri Indera Buangan.
  48. Raden Kesuma Wati gagal mendapatkan semula telur burung merpati putih tersebut.
  49. Raden Kesuma Wati tiba di Gunung Anta Dewa dan menangkap seekor anak kera putih lalu dipeliharakannya di situ.
  50. Burung merbah putih yang dalam penerbangan ke negeri Indera Buangan untuk memberitahu kepada bonda Raden Kesuma Ningrat ( Tuan Puteri Indera Maya ) telah bertemu dengan singa yang hendak pergi mengambil Raden Kesuma Ningrat di Gunung Meraksa Dewa memberitahu bahawa Raden Kesuma Ningrat telah jatuh ke laut kerana ditolak oleh Raden Kesuma Wati. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya juga mati kerana telah dibunuh oleh Raden Kesuma Wati.
  51. Singa telah meneruskan perjalanannya ke Gunung Meraksa Dewa dan mengambil mayat Tuan Puteri Pelinggam Cahaya lalu dibawa ke tempat tinggalnya di gunung.
  52. Burung merbah putih tiba di istana Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari di negeri Indera Buangan.
  53. Burung merbah putih memberitahu kepada Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari peristiwa Raden Kesuma Ningrat jatuh ke dalam  laut Gunung Meraksa Dewa kerana ditolak oleh Raden Kesuma Wati.
  54. Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari menangis kerana sayang kepada Raden Kesuma Ningrat dan mengenangkan nasibnya yang berada di dalam laut.
  55. Tuan Puteri Ratna Sari menyuruh burung merbah putih memanggil segala menteri, hulubalang dan rakyat mengadapnya di istana.
  56. Tuan Puteri Ratna Sari menyuruh menteri, hulubalang dan rakyatnya pergi ke laut Gunung Meraksa Dewa untuk mencari Raden Kesuma Ningrat yang terjatuh ke dalam laut.
  57. Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari bersama dengan menteri, hulubalang dan rakyatnya menyerang negeri Indera Buangan untuk mengambil Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari sebagai isterinya.
  58. Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari berperang dengan Raja Paksi Dewa dan berjaya menewas dan menangkapnya.
  59. Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari memasukkan Raja Paksi Dewa ke dalam penjara besi dan diberi makan bersama-sama dengan ayam dan itik.
  60. Tuan Puteri Ratna Sari memerintahkan mangkubumi negeri Agung Sari menghantar ufti ke negeri Indera Buangan pada setiap tahun.
  61. Tuan Puteri Ratna Sari memerintahkan Demang Wira Jaya pergi merampas harta benda negeri Agung Sari dan harta rampasan tersebut hendaklah dibahagi-bahagikan kepada semua rakyat negeri Indera Buangan.
  62. Semua rakyat negeri Indera Buangan bersukaria kerana mendapat bahagian daripada harta rampasan dari negeri Agung Sari.

No comments:

Post a Comment