- Raja Syah Dewa Alam iaitu ayahanda Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dari negeri Melaka Pura bermimpi makan telur burung merpati putih.
- Tuan Puteri Pelinggam Cahaya merasa susah hati kerana menteri, hulubalang dan rakyat negeri Melaka Pura gagal mendapatkan telur burung merpati tersebut.
- Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bermimpi didatangi seorang perempuan tua yang memberitahu telur burung merpati putih terdapat di Gunung Meraksa Dewa, iaitu di dalam telinga naga.
- Tuan Puteri Pelinggam Cahaya memasuki hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa tempat burung merpati putih bersarang.
- Di hutan rimba, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bertemu dengan seorang hulubalang pahlawan yang sedang tidur lalu dibunuhnya dan diambil kuda hitam, pakaian, keris dan ikat pinggang hulubalang pahlawan tersebut.
- Dengan mengenakan pakaian hulubalang pahlawan, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tiba di negeri Kesambi Pura.
- Di negeri Kesambi Pura, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyamar sebagai lelaki dengan nama Bangbang Gajah Merta.
- Raja di negeri Kesambi Pura mengadakan pertandingan mengambil buah limau nipis di dalam lubang tanah menggunakan tiga jari dengan tawaran hadiah akan dijadikan menantunya/berkahwin dengan Tuan Puteri Ratna Melur sesiapa yang berjaya.
- Bambang Gajah Merta/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan berjaya mengeluarkan/mengambil buah limau nipis dari lubang tanah dengan menggunakan tiga jari, iaitu selepas menuangkan sekendi air ke dalam lubang tanah menyebabkan buah limau nipis itu timbul di permukaan lubang tanah.
- Dengan kejayaan tersebut, Raja Negeri Kesambi Pura menyuruh Khatib Abdul Salam menikahkan/mengahwinkan Bambang Gajah Merta dengan puterinya iaitu Tuan Puteri Ratna Melur.
Friday, 20 April 2012
Peristiwa perkahwinan/pernikahan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dengan Tuan Puteri Ratna Melur ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment