Nilai kemanusiaan bermaksud segala perbuatan/tindakan/amalan/perlakuan/sikap/percakapan/pemikiran/niat baik yang dilakukan oleh seseorang watak dalam sesebuah cerita. Istilah-istilah lain untuk nilai kemanusiaan ialah nilai murni/baik/unsur moral/akhlak/positif.
Di antara nilai-nilai kemanusiaan/murni yang terdapat dalam novel ini ialah:
- Kasih sayang, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya iaitu Anuariza dan Azuera.
- Bertanggungjawab, contoh Syed Mustafa bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh Syed Fariz terhadap Ruhaiza.
- Ketabahan, contoh Anuariza tabah mengusahakan Taman Fantasi ( menanam pokok anggur dan pitaya secara hidroponik )
- Kerajinan, contoh Anuariza dan Azuera rajin belajar sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan STPM.
- Keberanian, contoh Anuariza berani memasuki hutan dan menyeberangi paya seorang diri untuk mencari buah asam kelubi.
- Bersimpati/keprihatin, contoh Nek Siah bersimpati kepada Solehah dan anak-anaknya yang miskin dan susah dengan membenarkan mereka menumpang di tanahnya.
- Merendah diri, contoh Anuariza bercakap dengan sopan santun dan rendah diri dengan ibunya/Nek Siah/Syed Mustafa.
- Kesabaran, contoh Anuariza sabar dengan cacian/hinaan orang kampung terhadap kecacatan anggota tangannya/Solehah sabar menghadapi kemiskinan hidup bersama anak-anaknya.
- Beriman, contoh Anuariza dan Syed Mustafa bersembahyang jemaah Zohor bersama di tepi jalan dalam hutan.
- Berwawasan/bercita-cita tinggi, contoh Anuariza dan Syed Mustafa merancang untuk membina taman pelancongan di kampungnya untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara.
- Bersyukur, contoh Nek Siah bersyukur kepada Allah SWT kerana keluarganya kembali bersatu dan hidup bahagia lantas membuat kenduri kesyukuran dengan menjemput penduduk kampung.
- Baik hati/pemurah, contoh Cikgu Syakinah menjemput Ruhaiza datang ke rumahnya untuk meminjam buku-buku dan majalah yang sesuai.
- Ketegasan, contoh Anuariza tegas dalam pendirian mengenai agama Islam/menentang dengan keras ajaran agama sesat di negaranya.
- Mengenang budi, contoh Solehah mengenang budi baik Nek Siah terhadap keluarganya.
- Tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama/bermuafakat, contoh penduduk kampung Nek Siah bekerjasama/bergotong-royong memproses buah ketiau untuk menghasilkan minyak.
- Keinsafan, contoh Syed Mustafa insaf di atas kesilapannya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya di kampung.
- Kebijaksanaan, contoh Anuariza bijak merancang masa hadapan hidupnya.
- Kegigihan, contoh Anuariza gigih mengajar Syed Fariz sebagai guru kelas tuisyen/gigih berusaha/memujuk Syarifah Farisya supaya kembali semula ke kampung/ke pangkuan keluarga.
- Hormat-menghormati, contoh Anuariza menghormati Syed Mustafa/ibunya/Nek Siah/Haji Lokman.
- Patuh/taat/setia, contoh Anuariza patuh kepada nasihat Solehah/ibunya/Nek Siah supaya tidak pergi ke hutan paya mengambil buah asam kelubi kerana bahaya
- Rasional/matang/berfikiran terbuka, contoh Anuariza dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa dengan fikiran terbuka/matang/rasional.
- Dan nilai-nilai lain ............... sila rujuk teks/cerita asal.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete