Tuesday 10 April 2012

Nilai kemanusiaan dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Nilai kemanusiaan bermaksud segala perbuatan/tindakan/amalan/perlakuan/sikap/percakapan/pemikiran/niat baik yang dilakukan oleh seseorang  watak dalam sesebuah cerita. Istilah-istilah lain untuk nilai kemanusiaan ialah nilai murni/baik/unsur moral/akhlak/positif.
    Di antara nilai-nilai kemanusiaan/murni yang  terdapat dalam novel ini ialah:
  1. Kasih sayang, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya iaitu Anuariza dan Azuera.
  2. Bertanggungjawab, contoh Syed Mustafa bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh Syed Fariz terhadap Ruhaiza.
  3. Ketabahan, contoh Anuariza tabah mengusahakan Taman Fantasi ( menanam pokok anggur dan pitaya  secara hidroponik )
  4. Kerajinan, contoh Anuariza dan Azuera rajin belajar sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan STPM.
  5. Keberanian, contoh Anuariza berani memasuki hutan dan menyeberangi paya seorang  diri untuk mencari buah asam kelubi.
  6. Bersimpati/keprihatin, contoh Nek Siah bersimpati kepada Solehah dan anak-anaknya yang miskin dan susah dengan membenarkan mereka menumpang di tanahnya.
  7. Merendah diri, contoh Anuariza bercakap dengan sopan santun dan rendah diri dengan ibunya/Nek Siah/Syed Mustafa.
  8. Kesabaran, contoh Anuariza sabar dengan cacian/hinaan orang kampung terhadap kecacatan anggota tangannya/Solehah sabar menghadapi kemiskinan hidup bersama anak-anaknya.
  9. Beriman, contoh  Anuariza dan Syed Mustafa bersembahyang jemaah Zohor bersama di tepi jalan dalam hutan.
  10. Berwawasan/bercita-cita tinggi, contoh Anuariza dan Syed Mustafa merancang untuk membina taman pelancongan di kampungnya untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara.
  11. Bersyukur, contoh Nek Siah bersyukur kepada Allah SWT kerana keluarganya kembali bersatu dan hidup bahagia lantas membuat kenduri kesyukuran dengan menjemput penduduk kampung.
  12. Baik hati/pemurah, contoh Cikgu Syakinah menjemput Ruhaiza datang ke rumahnya untuk meminjam buku-buku dan  majalah yang sesuai.
  13. Ketegasan, contoh Anuariza tegas dalam pendirian mengenai agama Islam/menentang dengan keras ajaran agama sesat di negaranya.
  14. Mengenang budi, contoh Solehah mengenang budi baik Nek Siah terhadap keluarganya.
  15. Tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama/bermuafakat, contoh penduduk kampung Nek Siah bekerjasama/bergotong-royong memproses buah ketiau untuk menghasilkan  minyak.
  16. Keinsafan, contoh Syed Mustafa insaf di atas kesilapannya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya di kampung.
  17. Kebijaksanaan, contoh Anuariza bijak merancang masa hadapan hidupnya.
  18. Kegigihan, contoh Anuariza gigih mengajar Syed Fariz sebagai guru kelas tuisyen/gigih berusaha/memujuk Syarifah Farisya supaya kembali semula ke kampung/ke pangkuan keluarga.
  19. Hormat-menghormati, contoh Anuariza menghormati Syed Mustafa/ibunya/Nek Siah/Haji Lokman.
  20. Patuh/taat/setia, contoh Anuariza patuh kepada nasihat Solehah/ibunya/Nek Siah supaya tidak pergi ke hutan paya mengambil buah asam kelubi kerana  bahaya
  21. Rasional/matang/berfikiran terbuka, contoh Anuariza dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa dengan fikiran terbuka/matang/rasional.
  22. Dan  nilai-nilai lain ............... sila rujuk teks/cerita asal.

1 comment: