Wednesday 18 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 12 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Nek Siah pergi ke sekolah Syed Faris ( SMK. Sultan Muzaffar Shah ) berjumpa dengan Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi.
  2. Cikgu Borhan ( guru kelas Syed Faris ) memberitahu kepada Nek Siah bahawa Syed Faris sudah 30 hari tidak hadir ke sekolah dalam masa 3 bulan.
  3. Cikgu Borhan memberitahu kepada Nek Siah yang Syed Faris selalu ponteng kelas.
  4. Nek Siah merayu kepada Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi agar tidak menggantung/membuang sekolah Syed Faris/cucunya.
  5. Solehah berkunjung ke rumah Nek Siah.
  6. Nek Siah menceritakan kepada Solehah keburukan Syed Faris di sekolah dan kedatangan polis ke rumahnya.
Latar masa: pagi dan jam 5.00 petang.
Latar tempat: di SMK. Sultan Muzaffar Shah dan rumah Nek Siah.

No comments:

Post a Comment