abazizomar@gmail

Monday, 13 August 2012

Definisi jenis/unsur/gaya bahasa


Asonansi:       
Pengulangan bunyi vokal yang sama secara berturutan dalam
 satu baris puisi
Contoh:           Kutahu itu suatu penipuan ( pengulangan vokal u )

Aliterasi:
Pengulangan bunyi konsonan yang sama secara berturutan 
dalam satu baris puisi
Contoh:           Sekali-kali aku bukan insan penakut ( pengulangan
                        konsonan k )

Anafora:

Pengulangan perkataan yang sama di awal baris secara berturut
Contoh:           Ada kuat tidak buat
                       Ada masa tiada kuasa 

Alusi:

Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada sesuatu 
peristiwa atau tokoh besar.
Contoh:           Kehebatan Abu Bakar
Kemusnahan perang

Ambiguiti:

Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih 
daripada satu makna/maksud.
Contoh:           Pasang
                       Mereka

Aforisma:
Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat
Contoh:           Patah tumbuh hilang berganti
Berpantang maut sebelum ajal

Apakop:
 Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
Contoh:           Bukan duit yang diutamakan.
Tidak bercakap dengan orang ramai. 

Sinkof: 

Perkataan yang disingkatkan
Contoh: ku/mu/kau/tapi/dah/dll.

Kata ganda/penggandaan kata
Contoh: guru-guru/murid-murid/tolong-menolong/dll

Metafora:

Bahasa perbandingan secara tidak langsung yang menggunakan 
satu kata konkrit dan satu kata abstrak.
Contoh: Madu ilmu/sungai maut/dahan bahagia/telaga cinta/bunga damai/dll.

Personifikasi:

Bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia/binatang kepada
 benda/objek/suasana mati.
Contoh: Daun melambai/ombak berlari/malam yang sepi/dll.

Hiperbola:

Bahasa perbandingan yang membawa maksud keterlaluan/melampau/
berlebih-lebihan.
Contoh: Sejuta jarum halus/tinggi melangit/luas melaut/dll.

Bahasa perbandingan langsung:

Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata kopula/penegas 
dalam ayat.
Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah airku/dll.

Bahasa klasik/lama:
Contoh: Hatta/sahibul hikayat/syahdan/maka/riwayat/arakian/dll.

Bahasa istana:
Contoh: ampun/dipersembahkan/daulat tuanku/ke bawah duli tuanku/ayapan/dll.

Bahasa asing ( Inggeris/Arab ):
Contoh: nite club/syiling/virus/sindrom/salam/syukur/tafsir/insya-Allah Taala/dll.

Bahasa daerah:
Contoh: inak-inak/merayap mesiu/nanar/beroyat/dll.

Inversi:

Pembalikan kata dalam ayat/ayat sonsang/ayat tidak ikut tatabahasa yang betul.
Contoh: Sunyi malam yang menakutkan/kehebatan tutur bicaranya/dll.

Pengulangan perkataan/frasa dalam ayat:
Contoh: Bentayam pun bumi Melaka, Pagoh pun juga bumi Melaka.

Ayat pendek:
Contoh: Dia berkahwin di sana/Kita tidak mahu dijajah/dll.


Simile:

Bahasa perbandingan yang menggunakan kata-kata bandingan dalam ayat ( seperti/umpama/bagai/bak/ibarat/laksana/dll ).
Contoh: Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang/kata-katanya menghiris tajam bagai sembilu/dll.

Peribahasa/perumpamaan/bidalan/kiasan:
Contoh: Seperti si buta kehilangan tongkat/jangan dijolok sarang tebuan/yang pepeh datang melayang, yang bulat datang menggolek/dll.

Hybrid:

Dua perkataan yang digabungkan menjadi sepatah kata.
Contoh: Kotateguh/terima kasih/dll.

Responsif:

Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
             Asalkan berkilat itulah intan

Epifora:

Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
Contoh: Susah buatan sendiri
             Akhirnya menyesal diri sendiri

Diftong:

Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
Contoh: Kuala/piala/harimau/gua/dll.

Simbol/imej/perlambangan
Contoh: ombak/kapas/merpati//neraka/darah/bunga/bulan/dll.

Diksi tepat/menarik/berkesan:
Contoh: rincis/menggapai/meratah/senggara/fenomena/flora/fauna/pawana/dll.

Alkais/klise:

Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
Contoh: Ilmu hisab/tawarikh/khutub khanah/kolah/ilmu alam/dll.

Satira

Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang.
Contoh: Janda mata duitan itu/perempuan ibu ayam/ayam menang kampung tergadai/dll.

Kontradiksi/paradok:

Bahasa/ayat yang membawa maksud berlawanan/berlainan dengan maksud asal.
Contoh: Aku ketawa dalam kesedihan/hidupnya kaya dengan kemiskinan/dll.

Dialog:

Perbualan/percakapan lebih daripada seorang watak/pelakon.

Bahasa berirama/runs:
Contoh: Yang buta datang bertongkat, yang kurap memikul buluh, yang pekak memasang   meriam. Hebat nabi kerana mukjizat, hebat manusia kerana muafakat. Bulat manusia kerana muafakat bulat air kerana pembentung. Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni. Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah/dll.

Bahasa melankolik:

Bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu.
Contoh: Si pengemis itu menitis air mata mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan/dll.





8 comments: