- Tuan Puteri Sa'dung tidak bersetuju/marah kepada Sultan Abdullah yang berkahwin lain/muda semasa dia dibawa oleh orang-orang Siam ke Benua Siam.
- Tuan Puteri Sa'dung menyuruh Sultan Abdullah bersama dengan isteri mudanya keluar dari istana Mahligai kerana dia hendak duduk semula.
- Sultan Abdullah tidak menghiraukan suruhan/permintaan Tuan Puteri Sa'dung.
- Tuan Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah bergaduh/berbalah.
- Sultan Abdullah sangat marah kepada Tuan Puteri Sa'dung.
- Sultan Abdullah memancung leher Tuan Puteri Sa'dung dengan pedang.
- Leher Tuan Puteri Sa'dung putus dua.
- Tuan Puteri Sa'dung mati/meninggal dunia.
Wednesday, 23 May 2012
Sebab-sebab Tuan Puteri Sa'dung berbalah/bergaduh dengan Sultan Abdullah sehingga Tuan Puteri Sa'dung terbunuh dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Sunday, 20 May 2012
Tempat-tempat persinggahan Tuan Puteri Sa'dung dalam perjalanan balik dari benua Siam ke Kelantan dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Tuan Puteri Sa'dung yang dihantar balik semula ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai/negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung oleh Raja Siam yang naik penyakit kayap, dalam perjalanannya telah singgah di beberapa tempat, iaitu:
- Di Kuala Kemayang
- Di Tanjung Jering
- Di Pekalang Gaung
- Di Bukit Marak
Nama-nama pemerintah/raja/sultan peringkat awal negeri Kelantan berdasarkan pusat pentadbiran dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Encik Siti : Di Gunung Ayam
- Sultan Abdullah : Di Kota Jelasin dan Mahligai
- Tuan Puteri Sa'dung : Di Bukit Marak
- Sultan Ibrahim : Di Kota Teras ( Jembal )
- Raja Muda Seberang Pasir Mas : Gual Tuk Deh ( Lenggeh )
Saturday, 19 May 2012
Peristiwa-peristiwa tragedis dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Orang-orang Siam menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/Kota Jelasin/Mahligai.
- Berlaku peperangan di antara rakyat Sultan Abdullah/Kelantan dengan orang-orang Siam.
- Orang-orang Siam secara paksa/ugutan kepada Sultan Abdullah telah membawa lari Tuan Puteri Sa'dung ke benua Siam.
- Tuan Puteri Sa'dung hampir-hampir diperkosa oleh Raja Siam.
- Raja Siam terlalu sakit dan menderita kerana naik kayap di dada akibat disembur dengan serampah sirih oleh Tuan Puteri Sa'dung di dadanya.
- Sultan Abdullah bergaduh/bertengkar dengan Tuan Puteri Sa'dung kerana tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
- Sultan Abdullah memancung/membunuh Tuan Puteri Sa'dung dengan pedang.
- Tuan Puteri Sa'dung memancung/membunuh balas Sultan Abdullah dengan pedang.
- Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang di Kuala Nama.
- Long Yunus ditinggalkan oleh ayahandanya Long Sulaiman di negeri Pattani.
- Long Yunus dihalau keluar dari istana negeri Pattani oleh Raja Nang Cayang kerana dianggap punca yang membawa penyakit kepadanya.
- Long Jaafar dihalau keluar dari istana negeri Reman oleh ayahandanya.
- Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu menikam/membunuh isterinya berpunca daripada kain cukin kepunyaan Long Jaafar yang dipinjam oleh isterinya.
- Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh, Lenggeh ( abang kepada arwah isteri Tuan Long Pandak ) menyerang istana Kota Kubang Labu dan menikam/membunuh Raja Tuan Long Pandak.
- Dan lain-lain peristiwa tragedis ............. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Kesaktian Tuan Puteri Sa'dung dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Dapat menewaskan serangan Siam ke Kota Jelasin dengan kesaktiannya.
- Memindahkan/mengangkat Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( hutan tebal ) yang kemudian diberi nama Mahligai.
- Menyembur serampah sirih ke dada Raja Siam yang menyebabkan naik penyakit kayap yang terlalu sakit/menderita.
- Dapat menyembuhkan semula penyakit kayap di dada Raja Siam selepas dikeluarkan dari istana Raja Siam dan dihantar semula ke pangkuan suaminya Raja Abdullah di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/Mahligai.
- Air mawar dalam jembul/sanggul Tuan Puteri Sa'dung yang disapu oleh inang tua di tempat mata luka menyebabkan Tuan Puteri Sa'dung yang telah mati kerana dibunuh oleh suaminya Sultan Abdullah dapat hidup semula.
- Keturunan Sultan Ibrahim daripada raja Jembal menjadi kepapaan dan jatuh dari menjadi sultan disebabkan oleh sumpah Tuan Puteri Sa'dung di atas kezaliman Sultan Ibrahim memerintah rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan.
Watak dan perwatakan Raja/Sultan Abdullah dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Watak pembantu/antagonis
- Anak keturunan raja Jembal
- Menjadi anak angkat Encik Siti
- Berkahwin dengan /suami Tuan Puteri Sa'dung
- Dilantik menjadi sultan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung oleh Encik Siti dan pemerintahannya berpusat di Kota Jelasin dan di Mahligai.
- Beristeri muda
- Mati dipancung/dibunuh balas oleh Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
- Mayat/jenazahnya dikuburkan di Tasik Padang Layang.
- Seorang yang penyayang, contoh Sultan Abdullah sangat sayang kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung.
- Seorang yang berani mempertahankan tanah air/negeri/hak, contoh Sultan Abdullah berani berperang menentang orang-orang Siam yang menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
- Seorang yang tidak menepati janji/mungkir janji, contoh Sultan Abdullah berkahwin lain selepas Tuan Puteri Sa'dung isterinya di bawa lari oleh orang-orang Siam ke benua Siam.
- Seorang yang degil, contoh Sultan Abdullah berdegil tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama isteri mudanya walau pun disuruh oleh Tuan Puteri Sa'dung isteri pertamanya.
- seorang yang zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan, contoh Sultan Abdullah telah memancung/membunuh isterinya Tuan Puteri Sa'dung dengan kejam.
- Seorang yang suka bermuafakat, contoh Sultan Abdullah telah bermuafakat dengan para pembesar dan rakyatnya cara untuk mengatasi serangan Siam.
- Seorang yang patuh/taat/setia, contoh Sultan Abdullah patuh/taat kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung yang menyuruhnya pergi berunding dengan Tuk Ca Siam.
- Dan isi-isi lain yang sesuai .....................sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa'dung dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Watak utama/protagonis
- Anak raja Jembal
- Anak angkat Encik Siti
- Berkhwin dengan/isteri Sultan Abdullah
- Seorang yang cantik
- Dibawa lari oleh Tuk Ca ke benua Siam
- Hampir-hampir diperkosa oleh Raja Siam
- Menjadi raja/sultan di Bukit Marak
- Menghilangkan/menghaibkan diri di Bukit Marak
- Mati dibunuh oleh Sultan Abdullah
- Dihidupkan semula oleh inang busu dan inang tua
- Membunuh balas Sultan Abdullah/suaminya
- Seorang yang mempunyai kuasa kesaktian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan istana Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( Mahligai )/dll.
- Seorang yang penyayang, contoh Tuan Puteri Sa'dung sangat sayang kepada suaminya Sultan Abdullah.
- Seorang yang pendendam, contoh Tuan Puteri Sa'dung membalas dendam dengan membunuh balik suaminya Sultan Abdullah yang membunuhnya.
- Seorang yang taat/patuh/setia, contoh Tuan Puteri Sa'dung patuh/taat kepada suaminya Sultan Abdullah yang menyuruh ikut Tuk Ca/orang Siam pergi ke benua Siam.
- Seorang yang tegas pendirian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak dengan tegas permintaan Raja Siam yang mahu menjadikannya sebagai isteri/memperkosanya.
- Seorang yang baik hati, contoh Tuan Puteri Sa'dung memenuhi permintaan Raja Ibrahim untuk menjadi sultan memerintah negeri Tanah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan menggantikan arwah abangnya Sultan Abdullah.
- Seorang yang beriman kepada Allah/kuat pegangan agama Islam, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam yang hendak menjadikannya sebagai isteri kerana Raja Siam seorang kafir/bukan Islam/Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu dihantar ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di negeri Kelantan/Mahligai oleh tujuh orang kafir Siam, tetapi mahu dihantar oleh tujuh orang Siam beragama Islam.
- Seorang yang kuat mempertahankan/mengamalkan adat-istiadat raja-raja, contoh Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan para pembesar dan rakyatnya mengebumikan mayat/jenazah Sultan Abdullah secara adat raja-raja mati di Tasik Padang Layang.
- Seorang yang bertanggungjawab/mengambil berat terhadap nasib rakyat yang malang/dizalimi, contoh Tuan Puteri Sa'dung mengambil berat terhadap aduan rakyat di Kota Teras yang mengatakan Sultan Ibrahim memerintah negeri dan rakyat dengan zalim.
- Dan isi-isi lain yang sesuai ..................... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
