Wednesday 30 May 2012

Cara-cara Tuan Puteri Sa'dung dihidupkan semula selepas dibunuh oleh Sultan Abdullah dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Inang busu pernah mendengar pesanan Tuan Puteri Sa'dung kepadanya bahawa jika dia mati berdarah disuruhnya ambil jembul yang terdapat dalam sanggulnya.
  2. Dalam jembul tersebut terdapat air mawar pemberian Encik Siti yang diambil daripada Tuan Puteri Maning Berembun.
  3. Kain tudung mayat Tuan Puteri Sa'dung dibuka.
  4. Inang busu merombak sanggul Tuan Puteri Sa'dung dan mengambil jembul yang berisi air mawar.
  5. Inang tua memberitahu kepada inang busu jika air mawar disapukan pada mata luka tubuh orang yang mati, mata luka akan tertutup balik dan si mati akan hidup semula. 
  6. Inang busu mengambil kepala Tuan Puteri Sa'dung yang terpisah dengan tubuhnya dan menyambungnya semula.
  7. Inang busu mencurahkan air mawar ke dalam sebuah piring emas.
  8. Kapas dicelup ke dalam air mawar dan disapu pada mata luka di leher Tuan Puteri Sa'dung.
  9. Air mawar kemudian dicomor/disapu pada keseluruhan tubuh/mayat Tuan Puteri Sa'dung.
  10. Mayat Tuan Puteri Sa'dung yang telah disapu dengan air mawar kemudian ditudung dengan kain kuning.
  11. Mayat/tubuh Tuan Puteri Sa'dung bergerak-gerak lalu bersin dan hidup seperti sediakala.
  12. Tuan Puteri Sa'dung bangun berdiri dan meminta air daripada inang busu untuk membasuh muka.

No comments:

Post a Comment