Saturday 2 June 2012

Unsur-unsur kesaktian/luar biasa dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Orang Siam tewas/kalah berperang dengan rakyat negeri Kelantan/Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana kesaktian Tuan Puteri Sa'dung.
  2. Jampi Tuan Puteri Sa'dung menyebabkan Kota Jelasin dan rakyat ghaib dan jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai.
  3. Raja Siam naik penyakit kayap di dada yang terlalu sakit  kerana terkena semburan serampah pinang oleh Tuan Puteri Sa'dung.
  4. Penyakit kayap di dada Raja Siam sembuh semula selepas Tuan Puteri Sa'dung dikeluarkan dari istana dan dihantar balik ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai/negeri Kelantan.
  5. Air mawar dalam jembul di sanggul Tuan Puteri Sa'dung yang disapu oleh inang busu ke mata luka di leher dan seluruh tubuh menyebabkan Tuan Puteri Sa'dung yang telah mati dapat hidup seperti sediakala.
  6. Tuan Puteri Sa'dung mengaibkan/menghilang diri di gua Bukit Marak.
  7. Keturunan Sultan Ibrahim dari raja Jembal jatuh dan tidak naik lagi sebagai pemerintah/sultan di negeri Kelantan kerana terkena sumpah/kemurkaan Tuan Puteri Sa'dung.
  8. Wangkang di Kuala Nama tenggelam selepas Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalamnya.
  9. Raja Nang Cayang ( Raja negeri Pattani ) jatuh sakit teruk kerana memelihara Long Yunus ( anak angkat ) di dalam istananya.
  10. Dan isi-isi lain yang sesuai ............... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

No comments:

Post a Comment