Thursday, 10 May 2012

Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat.

                                             ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat.

           ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ).
 Su ( indah, baik, lebih bermakna.)
 Sastera ( huruf atau buku )
Susastera + ke – an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

    ( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 )


Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Sastera
1.     bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).
2.     kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang  mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.
3.     seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain )
4.     kitab suci Hindu
5.     kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan
      ( perhitungan dan lain-lain )  
6.     tulisan, huruf


Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PPK, KPM, 2002, hal. 2

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Kesusasteraan  Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Pendirian atau rumusan sendiri

SASTERA IALAH KARYA SENI KREATIF HASIL CIPTAAN MANUSIA MENGGUNAKAN BAHASA YANG INDAH, HALUS DAN MENARIK SERTA MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA/PENONTON. IA MERUPAKAN HASIL PEMIKIRAN SENI YANG BERKUALITI YANG DITERJEMAHKAN SAMA ADA DALAM BENTUK LISAN, PENULISAN, PROSA, PUISI, NARATIF DAN NON-NARATIF. KARYA SASTERA BERBEZA DENGAN HASIL-HASIL PENULISAN AKADEMIK ATAU NON-AKADEMIK LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI VARIASI BAHASA SERTA KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KEPADA PEMBACA/PENONTON.




Sejarah ringkas perkembangan sastera tradisional dan moden tanah air



Dalam Sukatan Pelajaran ( SP )

BAHAGIAN A

PENGENALAN KESUSASTERAAN 
MELAYU

HPU

1.0.      Menghuraikan definisi kesusasteraan, ciri, bentuk, sejarah perkembangan, dan peranan kesusasteraan Melayu.

HPK:

1.1.
1.2.
1.3.
1.4.
1.5. Menggalurkan sejarah perkembangan
       Kesusasteraan Melayu secara  ringkas
1.6.

HHP

Aras 1

      i.             
  ii.             
iii.             
iv.             
    v.            Menyenaraikan nama pengarang dan karya mengikut zamannya.
vi.             

Aras 2

      i.             
  ii.             
iii.            Mengenal pasti pengarang dan karya mengikut zamannya.
iv.             

Aras 3

i.                  Menjelaskan perkembangan Kesusasteraan Melayu mengikut zaman secara ringkas dari segi pengarang, karya, dan ciri.
ii.              ...................................................................

Awas dengan perkataan:

Menyenaraikan, menyatakan, mengenal pasti, menerangkan, menghuraikan, menjelaskan

Nota ringkas sejarah perkembangan sastera tanah air
a.     Sastera Tradisional ( Klasik dan Lama ) Sebelum tahun 1800 Masehi

Terdiri daripada 3 zaman:
1.     Zaman lisan/purba
2.     Zaman pengaruh Hindu/India/Sanskrit/Budha
3.     Zaman pengaruh Arab/Islam/Jawi

Tetapi ada juga yang membahagikan kepada 8 zaman:
1)                                                                                  Zaman lisan/purba
2)                                                                                  Zaman Hindu/Budha
3)                                                                                  Zaman peralihan Hindu-Islam
4)                                                                                  Zaman Islam
5)                                                                                  Zaman Melayu awal
6)                                                                                  Zaman Melaka
7)                                                                                  Zaman Aceh
8)                                                                                  Zaman Melayu akhir

Zaman lisan/purba

Puisi ( Milik Melayu asli ):

          Pantun/talibun
          Bahasa berirama
          Perbilangan adat Perpatih
          Rangkait
          Ungkapan
          Dendangan
          Teka-teki
          Bahasa kiasan
          Nyanyian kanak-kanak

Prosa:

          Cerita rakyat ( asal usul, binatang, jenaka, lipur lara, hantu )
          Mitos
          Legenda
          Teladan
          Hikayat
Panji
Epik
Adat istiadat

Zaman pengaruh Hindu/India/Sanskrit/Budha

Puisi:

          Seloka
          Gurindam
          Jampi mentera

Prosa:

          Hikayat
          Panji
          Epik
          Ketatanegaraan

Zaman pengaruh Arab/Islam/Jawi

Puisi:
Syair
Nasyid
Nazam
Ratib
Masnawi
Rubai
Qitah
Teromba


Prosa:

Undang-undang
Ketatanegaraan
Adat istiadat
Hikayat
Agama
Kitab
Epik
Panji
Sejarah


b. Sastera Moden ( Penulisan ) selepas tahun 1800 Masehi

1.     Zaman Abdullah Munsyi ( 1800 M ):

Hikayat Abdullah ( 1849 )
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( 1838 )
Hikayat Pelayaran Abdullah ke Jedah

2.     Zaman sebelum perang ( 1900 – 1930-an)

Sajak : Angan-angan dengan gurindam, Omar Mustaffa,  1913
            Di tengah segara, Mohd. Yassin Makmur ( Pungguk ), 1933
            Dll.

Cerpen: Kecelakaan Pemalas, Nor Ibrahim Madrasi, 1920-
                An
              Kebajikan Seorang Lawyer, Ismail Sulaiman, 1923
              Si Mat Pisang Rebus, Abd. Rahim Kajai, 1933
              Dll.
Novel: Faridah Hanum, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, 1925/1926
            Kawan Benar, Ahmad Haji Muhammad Rashid Talu, 1927
            Melur Kuala Lumpur, Harun Aminurrashid, 1930
            Dll.

Drama: Purbawara/bangsawan

3.     Zaman selepas perang ( 1940 – 1970-an )

Sajak:
 Di Telapak Ibu, Thaharuddin Ahmad, 1943
           Damai Tanahairku dan Dunia, Usman Awang, 1955
           Sungai Tua, Latiff Mohidin, 1966
           Sumpah Anak Watan, Adi Badiozaman Tuah, 1973

Cerpen:
          Kejadian Dalam Estet, Keris Mas, 1948
          Kenangan Jauh, Usman Awang, 1948
          Putih Mata, Awam il-Serkam, 1953
          Peristiwa Hujan Gerimis, Khalidah Adibah Amin,    
          1964
          Mereka Tidak Mengerti, Keris Mas, 1959
          Wisata. Arena Wati, 1971
          Dll.         

 Novel:
       Pahlawan Rimba Malaya, Kamaluddin Mohamad, 1946
       Anak Angkat, Ahmad Lotfi, 1950
       Salina, A. Samad Said, 1961
       Ombak Bukan Biru, Fatimah Busu, 1977
                           Dll.

                    Drama:
    ( 1940-an ): Drama sejarah 
    ( 1950-an ): Sandiwara
                       ( 1960-an ): Realisme
                       ( 1970-an ): Absurd/abstrak/kontemporari
                       ( 1980-an ke atas) : Tragedi, komidi dll.
         
          Drama sejarah ( 1940-an – 1960-an ):

          Megat Terawis ( 1951 ), Teh Fatimah Abd. Wahab
          Tun Fatimah ( 1952 ), ……………………………….
          Keris Laksamana Bentan ( 1954 ), Shaharom Hussin
          Tun Seri Lanang ( 1959 ), Shaharom Hussin
          Jeragan Budiman ( 1962 ), Ishak Ismail

          Drama Sandiwara ( 1950-an – 1960-an ):

          Si Bongkok Tanjung Puteri ( 1959 ), Shaharom Hussin
          Dua Tiga Kuching Berlari ( 1960 ), Kala Dewata
          Anak Nazar Tujuh Keramat, (         ), Kalam Hamidy
          Dll.

          Drama Realisme ( 1960-an hingga sekarang ):

          Tamu Di Bukit Kenny ( 1965 ), Usman Awang
          Waktu Sesudah Itu ( 1987 ), Othman Hj. Zainuddin
          Tikar Mengkuang Hampran Bulu ( 1987 ), Abd. Talib Mohd.
           Hassan
          Bujur Lalu Melintang Patah ( 1990 ), Kala Dewata
          Dll.

Drama absurd/abstrak/kontemporari ( 1970-an hingga sekarang ):

          Jangan Bunuh Rama-Rama (           ), Nordin Hassan
          Di Pulau Sadandi, (         ), Dinsman
          Pasrah (         ), Johan Jaafar
          Memburu Bulan Sabit ( 1990 ), Adly Azamin
          Dll.

Drama tragedi ( 1980-an hingga sekarang ):
          Jebat (       ), Hatta Azad Khan
          Bukit Kepong (      ), Jim Shamsuddin
          Dll.
Drama komidi ( 1980-an hingga sekarang ):
          Paku Alam, (         ), Hasyim Yassin
          Rekaan Utama
          Satu, dua dan tiga dan lain-lain.............................