- Tuan Puteri Rakna Kemala hendak pergi belayar mencari Maharaja Johan Syah, tetapi tidak dibenarkan oleh Perdana Menteri.
- Tuan Puteri Rakna Kemala singgah di Pulau Rumbnia, mengambil buah dan tanah di Pulau Rumbnia memuatkkan ke dalam bahteranya.
- Tuan Puteri Rakna Kemala singgah di negeri Berantah Indera dan menang bertaruh dengan Maharaja Digar Alam.
Monday, 12 November 2012
Isi cerita Tuan Puteri Rakna Kemala kepada kakandanya Maharaja Johan Syah selepas bertemu semula dalam bahtera di negeri Berantah Indera, Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Cabaran hidup watak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Kematian kedua ibu bapa ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan ).
- Berpisah dengan adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala selama tujuh tahun.
- Kalah/tewas bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera yang menyebabkan bahteranya digalang/dirampas.
- Dipaksa menjadi pengembala kuda di padang luas oleh Maharaja Digar Alam.
Urutan peristiwa-peristiwa penting Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Maharaja Bikrama Sakti dari negeri Maha Khairan Langkawi yang berkahwin dengan Tuan Puteri Sinaran Bulan, anak raja negeri Indera Juwita mendapat seorang putera yang bernama Maharaja Johan Syah dan seorang puteri bernama Tuan Puteri Rakna Kemala.
- Maharaja Bikrama Sakti meninggal dunia.
- Mayat/jenazah Maharaja Bikrama Sakti dikebumikan secara adat raja-raja besar.
- Maharaja Johan Syah dilantik menjadi raja di negeri Maha Khairan Langkawi.
- Selepas tiga bulan, Tuan Puteri Sinaran Bulan pula meninggal dunia/mati.
- Tuan Puteri Rakna Kemala menangis dan pengsan.
- Maharaja Johan Syah susah hati melihat kelakuan adindanya dan menasihatkan supaya tidak menangis.
- Mayat/jenazah Tuan Puteri Sinaran Bulan dikafan dan dikebumikan.
- Selepas sekian lama menjadi raja di negeri Maha Khairan Langkawi, Maharaja Johan Syah memerintahkan Perdana Menterinya menyiapkan sebuah bahtera untuk pergi belayar dan bermain-main di negeri asing.
- Maharaja Johan Syah pergi ke mahligai Tuan Puteri Rakna Kemala untuk bermohon/memberitahu yang baginda akan pergi belayar ke negeri asing pada 14 haribulan timbul/pertengahan bulan.
- Tuan Puteri Rakna Kemala bersedih dan menangis dengan keputusan kakandanya itu.
- Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh dayang-dayangnya menyediakan pelbagai makanan dan pakaian sebagai bekalan untuk kakandanya/Maharaja Johan Syah yang akan pergi belayar ke negeri asing.
- Maharaja Johan Syah sekali lagi pergi ke mahligai Tuan Puteri Rakna Kemala untuk memberi tahu dan meminta izin yang baginda akan pergi belayar.
- Maharaja Johan Syah telah berpesan kepada dayang-dayang supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala/adindanya dengan baik.
- Maharaja Johan Syah berpesan kepada Perdana Menteri dan rakyatnya supaya menjaga negeri dengan baik.
- Maharaja Johan Syah beserta rombongannya memulakan pelayaran ke negeri asing.
- Selepas belayar di tengah laut selama tujuh hari dan tujuh malam, Maharaja Johan Syah beserta rombongan telah singgah di Pulau Rumbnia.
- Maharaja Johan Syah beserta rombongannya telah mengambil dan memakan buah rumbnia. Apabila bijinya dilemparkan ke tanah, ianya tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
- Maharaja Johan Syah memerintahkan pengikutnya mengambil banyak-banyak buah rumbnia tersebut untuk dibawa ke negeri orang sebagai bahan pertaruhan dengan mana-mana raja yang ditemuinya.
- Maharaja Johan Syah menyuruh pengikutnya memanggil dirinya sebagai Nakhoda Lela Genta apabila tiba di negeri orang.
- Maharaja Johan Syah dan rombongan tiba di negeri Berantah Indera dan pergi mengadap/bertemu dengan Maharaja Digar Alam.
- Maharaja Digar Alam menyambut kedatangan Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dengan menyediakan makan minum/jamuan.
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam ada suatu permainan yang ajaib iaitu buah rumbnia yang apabila isinya dimakan dan bijinya yang dicampak ke tanah akan tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta bertaruh/berjudi dengan Maharaja Digar Alam.
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta tewas dalam pertaruhan tersebut kerana biji rumbnia yang dibuang ke tanah tidak tumbuh dan berbuah.
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta menyerahkan diri dan segala isi/harta dalam bahteranya kepada Maharaja Digar Alam.
- Bahtera Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dibawa naik ke darat dan digalang.
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang tewas dalam pertaruhan dijadikan pengembala kuda di padang oleh Maharaja Digar Alam.
- Tuan Puteri Rakna Kemala ( adinda kepada Maharaja Johan Syah ) yang ditinggalkan oleh kakandanya di negeri Maha Khairan Langkawi menangis tidak henti-henti kerana rindu kepada kakandanya yang sudah tujuh tahun pergi mengembara tetapi belum kembali lagi.
- Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh Pendana Menterinya menyiapkan sebuah bahtera untuk belayar pergi mencari kakandanya ( Maharaja Johan Syah ) yang sudah tujuh tahun pergi mengembara tidak pulang-pulang.
- Perdana Menteri menasihatkan/melarang Tuan Puteri Rakna Kemala pergi belayar mencari abangnya kerana orang perempuan tidak sesuai belayar di laut. Dan sebagai memegang amanah Maharaja Johan Syah supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala dengan baik.
- Tuan Puteri Rakna Kemala marah dan menangis lalu mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana dilarang oleh Perdana Menteri untuk pergi belayar mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
- Perdana Menteri mengarahkan rakyatnya membina bahtera untuk Tuan Puteri Rakna Kemala pergi belayar mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
- Perdana Menteri pergi mengadap Tuan Puteri Rakna Kemala untuk memaklumkan yang bahtera telah siap dibina.
- Isteri Perdana Menteri menemani Tuan Puteri Rakna Kemala untuk pergi belayar.
- Perdana Menteri menyuruh isterinya supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala dengan baik sepanjang dalam pelayaran.
- Tuan Puteri Rakna Kemala yang ditemani isteri Perdana Menteri beserta rombongan belayar dengan bahtera di laut untuk pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
- Setelah tiga hari tiga malam belayar di laut, Tuan Puteri Rakna Kemala beserta rombongan tiba di Pulau Rumbnia.
- Dayang-dayang Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil dan memakan buah rumbnia yang sedang masak dan apabila bijinya dibuang ke tanah ia tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
- Tuan Puteri Rakna Kemala berfikir bahawa kerana buah rumbnia inilah yang menyebabkan kakandanya/Maharaja Johan Syah tidak pulang-pulang.
- Tuan Puteri Rakna Kemala mengarahkan pengikutnya mengambil buah rumbnia beserta tanahnya untuk dimuatkan ke dalam bahteranya.
- Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh pengikutnya memanggil dirinya Nakhoda Muda dari negeri Riak Bertalun Padang Sayujana apabila tiba di negeri orang/asing.
- Setelah buah rumbnia dan tanahnya dimuatkan ke dalam bahtera oleh para pengikutnya, Tuan Puteri Rakna Kemala meneruskan pelayarannya di laut.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda tiba di negeri Berantah Indera lalu memasang meriam sebanyak sembilan belas kali.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda melepaskan burung bayan dan memerintahkan supaya pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di negeri Berantah Indera.
- Burung bayan ternampak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang sedang menangis di bawah sepohon kayu di tengah padang luas sambil mengembala kuda Maharaja Digar Alam.
- Burung bayan yang ternampak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di tengah padang luas telah kembali semula ke bahtera dan memberi tahu kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
- Maharaja Digar Alam yang terdengar bunyi meriam di laut telah memerintahkan pesuruh/rakyatnya pergi memeriksa bunyi tersebut.
- Pesuruh/rakyat Maharaja Digar Alam memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam bahawa terdapat sebuah bahtera yang tersesat di laut. Penghulu bahtera tersebut bernama Nakhoda Muda dari negeri Riak Bertalun Padang Sayujana.
- Maharaja Digar Alam memerintahkan pesuruhnya menghantar makanan dan minuman kepada Nakhoda Muda dan para pengikutnya yang berada di laut/di dalam bahtera.
- Pesuruh Maharajara Digar Alam menjemput Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda naik bermain di darat.
- Maharaja Digar Alam bertanya orang suruhannya akan rupa paras Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda. Orang suruhannya memberi tahu wajahnya sangat cantik seperti anak-anak raja.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersama dengan para pengikutnya berangkat ke istana Maharaja Digar Alam dengan membawa pelbagai persembahan.
- Maharaja Digar Alam menyambut dengan baik kedatangan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersama dengan pengikutnya di istana.
- Raja Bikrama Indera ( Putera Maharaja Digar Alam ) makan sehidangan dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
- Raja Bikrama Indera tertarik/jatuh hati kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang cantik manis.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam bahawa ada suatu permainan yang sangat ajaib, iaitu buah kayu rumbnia yang abapila dimakan isi dan bijinya dilemparkan ke tanah akan tumbuh dan berbuah semula dengan serta merta.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda melepaskan burung bayan permainannya dengan memerintahkan supaya pergi mengintip perbuatan Maharaja Digar Alam di istana.
- Raja Bikrama Indera memerintahkan rakyatnya membuat bangunan di tengah pasar sebagai tempat ayahandanya ( Maharaja Digar Alam ) bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
- Pada tengah malamnya, Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda menyuruh pengikutnya mengambil tanah rumbnia dalam bahteranya yang dibawa dari Pulau Rumbnia pergi menimbun sekeliling bangunan tempat pertaruhan yang baru dibuat oleh Raja Bikrama Indera di tengah pasar dalam jarak empat depa lebar keliling.
- Maharaja Digar Alam bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda dengan memakan buah rumbnia dan apabila bijinya dilemparkan ke tanah, biji itu tumbuh dan berbuah pula dengan serta merta.
- Maharaja Digar Alam tewas/kalah bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda lalu menyerahkan negeri Berantah Indera kepada TPRK/Nakhoda Muda.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang menjadi raja negeri Berantah Indera memohon kepada Maharaja Berantah Indera dua perkara iaitu bahtera yang tergalang dan pengembala kuda ( kakandanya/Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta ) yang ditawan baginda akibat tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.
- Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda naik ke bahtera Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta/kakandanya dan bertemu dengan kakandanya lalu menangis dan pengsan.
- Isteri Perdana Menteri memberi tahu kepada Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta bahawa Tuan Puteri yang pengsan itu ialah saudaranya/adindanya, iaitu Tuan Puteri Rakna Kemala.
- Tuan Puteri Rakna Kemala menceritakan kepada kakandanya Maharaja Johan Syah kisah awal boleh sampai ke negeri Berantah Indera dan Maharaja Johan Syah pula menceritakan kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala kisah sehingga dia menjadi pengembala kuda Maharaja Digar Alam.
- Tuan Puteri Rakna Kemala memandikan kakandanya/Maharaja Johan Syah dan memberikan pakaian persalinan yang indah-indah.
- Tuan Puteri Rakna Kemala melepaskan burung bayan permainannya dengan memerintahkan supaya pergi mengintip/meninjau perbuatan/tindakan Maharaja Digar Alam di istana dan kembali semula memberi tahu kepadanya.
Monday, 5 November 2012
Ciri-ciri sastera/cerita lipur lara dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja, contoh: Keadaan kehidupan Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala, putera/puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti.
- Berlatarkan istana, contoh: Istana Maharaja Bikrama Sakti/Istana Maharaja Johan Syah/Istana Maharaja Digar Alam.
- Watak-watak/watak utama daripada kalangan putera-puteri raja/istana, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti merupakan watak utama dalam cerita.
- Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala mengembara/merantau ke Pulau Rumbnia/Negeri Berantah Indera.
- Penggunaan bahasa berirama/runs, contoh: Yang tempang datang bertongkat dan yang patah datang berusung dan yang buta datang bertarik.
- Ada watak pembantu khas, contoh: Burung bayan.
- Latar tempat di alam nyata/alam ghaib, contoh: Di Pulau Rumbnia/Di Negeri Berantah Indera.
- Ada unsur kesaktian/luar biasa, contoh: Buah Rumbnia yang dimakan dan bijinya dicampak ke tanah oleh MJS/TPRK/MDA tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
- Plot cerita mudah/ringkas, contoh: Ada permulaan, perkembangan, puncak dan akhir cerita.
- Plot cerita berakhir dengan kemenangan/kejayaan/kebahagiaan, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda berjaya membebaskan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang ditawan oleh Maharaja Digar Alam di Negeri Berantah Indera kerana tewas dalam pertaruhan.
Watak-watak dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Maharaja Bikrama Sakti ( Raja Negeri Maha Khairan Langkawi )
- Tuan Puteri Sinaran Bulan (Isteri Maharaja Bikrama Sakti/Puteri Raja Negeri Juwita)
- Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta (Putera MBS dan TPSB)
- Tuan Puteri Ratna Kemala/Nakhoda Muda ( Puteri MBS dan TPSB/adinda MJS )
- Maharaja Digar Alam ( Raja Negeri Berantah Indera )
- Raja Bikrama Indera ( Putera Maharaja Digar Alam )
- Perdana Menteri
- Isteri Perdana Menteri
- Menteri
- Menteri Hulubalang
- Anak Raja-Raja Besar
- Penunggu pintu istana
- Juru batu
- Pesuruh
- Orang muda-muda
- Rakyat/isi negeri
- Burung bayan
Saturday, 6 October 2012
Komen Dr. Ghazali Lateh ( Penulis Novel DLKP )
Assalamualaikum wbt,
Saya sangat kagum dengan kupasan Tuan terhadap novel saya
DKLP. Apabila saya membaca kupasan tersebut, tidak terlintas perkara-perkara
yang Tuan perkatakan semasa saya menghasilkan novel itu. Tahniah dan syabas.
Mudah-mudahan subjek KM akan terus bertahan dengan kegigihan dan kehebatan guru
seperti Tuan.
Terima kasih.
Dr. Ghazali Lateh,
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
UPM, Serdang.
Posted by Ghazali Lateh to AZMAR-PB at 30 July 2012 20:14
Wednesday, 3 October 2012
Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kelantan 2012 ( Kesusasteraan Melayu )
Bahagian Satu
(40 markah)
Jawab semua soalan
1. Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah kianat.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a) Apakah jenis puisi di atas. (2 markah)
b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. ( 2 markah )
2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat
orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pun
datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan
tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan?
Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera Jayapati,
"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai
ini'.
( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas. ( 4 markah )
3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik
ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasikan kepada
tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah,
maka kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang
dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka pergilah landak itu.
( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan diatas. ( 4 markah )
4. Pengalaman adalah payung ketabahannya
menempuh hujan ujian yang tajam
keredaan adalah bekal usahanya
merempuh hutan beban yang kelam.
( Dipetik daripada sajak Sketsa Pengemis Kecil pada
Landskap Kota Raya, karya Chulan Chin )
Nyatakan dua persoalan dalam puisi di atas. (4 markah)
5. HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku. Askar-askar Feringgi
mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim dan kejam. Ramai orang
kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar.
Lekas berundur dari sini, tuanku. (SULTAN MAHMUD terdiam sejurus dan tunduk
termenung sambil memandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua terpaksa berundur,
tuanku. Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan orang-orangnya masih berdegil menentang
di luar kota...
( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain )
Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di atas. (4 markah)
6. IMRAN : (suara putus-putus) sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap.
Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,
Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua
salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,
perkara sudah terjadi
( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )
Jelaskan dua perwatakan Imran dalam petikan drama di atas. ( 4 markah )
7. Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi
pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan
otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.
Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus
( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )
Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
( 4 markah )
8. "Kau punya cita-cita ,Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
"Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'
Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.
( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut
oleh Amalia Fauza Bohari )
Huraikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )
9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak
berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
( 2 markah )
b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam petikan di atas?
( 2 markah )
10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia mengakui
ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, dia mendengar
laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza
yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di
rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke
atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
Berikan empat unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )
Bahagian Dua
( 60 markah )
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan
Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas. ( 6 markah )
b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk hubungan
kekeluargaan dan persahabatan yang terdapat dalam syair di atas.
( 6 markah )
c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang.
( 8 markah )
2. Berdasarkan Hikayat caya Langkara, teks seuntai Kasih secebis Harapan:
a.Nyatakan empat kejayaan watak Caya Langkara. ( 8 markah )
b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara yang terdapat dalam hikayat ini.
(12 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut
DI DADA MEREKA ADA KHALID
Mereka tak pemah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.
Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.
Di dada mereka ada Khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.
SHAHRUNIZAM ABDUL TALIB
a. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4 markah )
b. Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. ( 8 markah )
c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan.
Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris. (8 markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :
a. Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelawati Ayu . ( 8 markah )
b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama . ( 6 markah )
c. Huraikan tiga latar masyarakat. ( 6 markah )
Bahaglan C
( Cerpen dan Novel )
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soatan 6
5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;
a. Huraikan tema cerpen tersebut. ( 4 markah )
b. Nyatakan empat peranan Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )
c. Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam cerpen tersebut.
( 8 markah )
6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh.
a. Jelaskan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil
dalam novel tersebut. ( 10 markah )
dalam novel tersebut. ( 10 markah )
b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut. ( 10 markah )
tersebut. ( 10 markah )
SOALAN TAMAT
Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2012.
Bahagian Satu
1.a. gurindam 2 markah
b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela
sekiranya hendak menjadi pemimpin/ketua.
sekiranya hendak menjadi pemimpin/ketua.
Cth : Hendak jadi kepala,
Buang perangai yang cela 1+1m
ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.
Cth: Hendaklah memegang amanat. 1+1m
iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.
Cth: buanglah khianat 1+1m
Mak: 2 markah
2. Unsur cerita panji
i.Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri raja
Contoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya. 1+1m
ii.Ada watak pembantu
Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada. 1+1m
iii.Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos
Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang
mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak. 1+1m
iv.Ada unsur peperangan
Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak
berperang dengan Raja Gangga Wijaya. 1+1m
v. Latar tempat di alam nyata / ghaib
Contoh: Di bawah mahligai. 1+1m
Mak: 4 markah
3. Nilai moral/murni/kemanusiaan
i.Baik hati.
Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji telur
burung merpati di dalam telinganya 2m
ii.Keadilan.
Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang telur burung
merpati putih kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden Kesuma
Wati 2m
iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.
Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma Ningrat
yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang....2m
yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang....2m
Mak: 4 markah
4. Persoalan
i.Pengalaman hidup 2m
ii. ketabahan menghadapi ujian 2m
iii.keredaan menghadapi kesusahan/kesulitan 2m
Mak. 4 markah
5. Latar masyarakat :
i.Masyarakat berada dalam ketakutan.......................................... 2m
ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang............................ 2m
iii.Masyarakat kehilangan harta benda............................................. 2m
iv.Masyarakat gigih/berani berjuang ................................................ 2m
v.Masyarakat taat kepada ketua/ raja............................................. 2m
vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.............2 m
vii.Masyarakat yang zalim/kejam.......................................................2m
Mak. 4 markah
6. Perwatakan lmran
i. Seorang bersikap tenang............................................................. 2m
ii. Seorang yang mengakui kelemahan diri....................................... 2m
iii.Seorang yang keras hati.............................................................. 2m
iv.Seorang yang prihatin / mudah simpati......................................... 2m
v. Seorang yang mudah insaf...........................................................2m
Mak. 4 markah
7. gaya bahasa
i. Personifikasi .............................................................................. 1m
Contoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi masih tagi
belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus.................. 1m
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus.................. 1m
ii. Simile........................................................................................ 1m
Contohnya: Deru angin.yang menyentuh seluruh badanku bagaikan
menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing bangun tidur
aku menggeliat......................................................................... 1m
iii.Sinkof
Contohnya: badanku/ pemalasku................................................ 1m
vi.Kata ganda
Contohnya: otot-otot .................................................................1m
Mak: markah
8. Teknik penceritaan
i. Dialog..........................................................................................1m
contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku sekadar mengalih
tajuk perbualan........................................................ 1m
ii.lmbas muka..................................................................................1m
Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk
menguba nasib bangsaku.............................................................1m
menguba nasib bangsaku.............................................................1m
iii.Teknik deskriptif/penghuraian......................................................1m
Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis itu.......1m
9.
a. i. Solehah....................................................................................1m
ii. Anuariza...................................................................................1m
b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu
mengahwininya........................................................................... 2m
Mak. 4 markah
10. Unsur lslam
i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib.............................1m
ii. Laungan azan.........................................................................1m
iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam.........................................1m
iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam................................1m
v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...........................1m
vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW......................................1m
vii. lmam / gelaran dalam lslam....................................................1m
Mak: 4 markah
Bahagian Dua
l.
a. Bentuk
i. Berangkap
Contoh: Terdiri daripada lima rangkap............................... 1+1m
ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .
Contoh: R1 - R4...............................................................1+1m
iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.
Contoh:semua rangkap rimanya aaaa .................................1+1m
iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara tiga hingga
lima perkataan..
Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga perkataan )
Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1m
v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara sembilan
hingga dua belas
Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku kata )
Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)
1+1m
vi. Berbentuk terikat / tidak bebas.............................................2m
Mak: 6 markah
b. Amalan masyarakat.
i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat..2m
ii. Selalu tolong-menolong keluarga yang memerlukan.................2m
iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli keluarga.....................2m
iv. Sentiasa membuat kebajikan..................................................2m
v. Semangat setia kawan.......................................................... 2m
vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat perpaduaan........... ...2m
vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan ikhlas.................................... .2m
Mak: 6 markah
c. Mencipta Syair
i. Tema ................................................................................2m
ii. Gaya Bahasa......................................................................2m
iii. Bentuk...............................................................................2m
iv. Kreativiti............................................................................2m
Mak. 8 markah
2.
a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara
i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak
gunung Mesir........................................................................ 2m
ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja
Saiful Muluk........................................................................ 2m
iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir....................... 2m
iv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh
Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua.............................2m
v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan
Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja Peringgi............2m
vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang
dirampas oleh Raja Peringgi..................................................2m
vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri
Raja Madinah......................................................................2m
viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri
Sekandrum dengan Raja Madinah......................................2m
ix. Dilantik sebagai pengganti Raja Madinah.............................2m
x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin Kafir
di negeri Peringgi.................................................................. 2m
xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi/Puteri Raja Peringgi.....................................................2m
xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi Kemala/Puteri Raja Mesir......................................... 2m
Mak: 8 markah
b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara
i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,
contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/
Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam
Saqat dll............................................................................... 2m
ii. Berlatarkan istana,
contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja
Mesir/istana Raja Peringgi/dll............................................... 2m
iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan
putera-puteri raja/istana,
contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja
Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/
Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri Raja Mesir/Tuan
Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll. ................ ....2m
iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,
contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan
Puteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau
di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk
mendapatkan kembang kuma-kuma putih. .............................2m
v.Ada unsur peperangan,
contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/
rakyat Raja Jin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri
Mesir/Peringgi........................................................................ 2m
vi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,
contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan
Puteri Ra'na Kaseen............................................................. 2m
vii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,
contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:
Berkuda lagi berambu,
Perca diambil akan cemara,
Orang muda baharu bertemu,
Marilah diambil akan saudara.................... 2m
viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,
contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja
Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.....................................2m
ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,
contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak
gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/ dll..................... 2m
x.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,
contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat
di tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna
yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/
Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air
laut/dll................................................................................ 2m
xi.Ada watak pembantu,
contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir
yang memeluk agama lslam/dll............................................ 2m
xii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..
contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya
mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung
Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri
Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah
sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat kembang
kuma-kuma putih. ............................................................2m
Mak: 12 markah
3.
a. Nada
i.Patriotik
Contoh : di tangan mereka pedang keberanian .................2+2m
Mak: 4 markah
b.Gaya bahasa
i. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis
Contoh: perjuangan/ luhur ................................................1+1m
ii. Asonansi
Contoh: di tangan mereka pedang keberanian ( pengulangan a )
1+1m
iii. Aliterasi
Contoh: di dada mereka ada Khalid ( pengulangan d ) ....1+1m
iv. Sinkof
Contoh: tak ................................................................ ..1+1m
v. Anafora
Contoh: musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman. ........1+1m
vi. Metafora
Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang 1+1m
vii. Responsif
Contoh: di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian ..............1+1m
viii. Anafora
Contoh: Musuh pulang ........................
Musuh walang .............................................. 1+1m
ix. Pengulangan baris
Contoh: Di dada mereka ada Khalid............................. 1+1m
Mak. 8 markah
c. Mencipta sajak
i. Tema ........................................................................... 2m
ii. Gaya bahasa ................................................................2m
iii. Bentuk ....................................................................... 2m
iv. Kreativiti .................................................................... 2m
Mak. 8 markah
4.
a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :
i. Seorang yang penyayang
Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek
Kebayan Kembang Kasturi ......................................... 1+1m
ii. Seorang yang suka merendah diri
Contoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan
dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui
oleh Nenek Kebayan dan Mamat............................... 1+1m
iii. Seorang yang setia
Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal
di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu
keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana... 1+1m
iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta
Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka
meminta-minta merupakan ahli neraka...................... 1+1m
v. Seorang yang tabah
Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin
di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.............. 1+1m
vi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku
Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./
PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata
Tengku Mahmud tersebut................................... .. 1+1m
Mak: 8 markah
b. Pengajaran dalam drama :
i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat
atau kelas dalam kehidupan
Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku
Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan
Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan kepada kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah
memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah
kematian bondanya.....................................................1+1m
viii. Anafora
Contoh: Musuh pulang ........................
Musuh walang .............................................. 1+1m
ix. Pengulangan baris
Contoh: Di dada mereka ada Khalid............................. 1+1m
Mak. 8 markah
c. Mencipta sajak
i. Tema ........................................................................... 2m
ii. Gaya bahasa ................................................................2m
iii. Bentuk ....................................................................... 2m
iv. Kreativiti .................................................................... 2m
Mak. 8 markah
4.
a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :
i. Seorang yang penyayang
Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek
Kebayan Kembang Kasturi ......................................... 1+1m
ii. Seorang yang suka merendah diri
Contoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan
dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui
oleh Nenek Kebayan dan Mamat............................... 1+1m
iii. Seorang yang setia
Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal
di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu
keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana... 1+1m
iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta
Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka
meminta-minta merupakan ahli neraka...................... 1+1m
v. Seorang yang tabah
Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin
di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.............. 1+1m
vi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku
Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./
PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata
Tengku Mahmud tersebut................................... .. 1+1m
Mak: 8 markah
b. Pengajaran dalam drama :
i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat
atau kelas dalam kehidupan
Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku
Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan
Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan kepada kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah
memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah
kematian bondanya.....................................................1+1m
iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan
sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.............. 1+1m
iv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka
tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah
menjadi penari joget tanpa pengetahuan Nenek Kebayan
Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi
pergerakan anaknya itu.......................................... 1+1m
v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa
diri kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi tabah
menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan
Jepun suatu ketika dahulu...................................... 1+1m
Mak: 6 markah
c. Latar masyarakat :
i. Masyarakat istana / golongan bangsawan.
Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan
bangsawan / istana. .................................................1+1m
ii. Masyarakat Melayu setinggan
Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi
ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor...1+1m
iii. Masyarakat penyayang
Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya,
walaupun terpisah 18 tahun, baginda tetap mencari
anaknya. .............................................................. 1+1m
iv. Masyarakat yang suka bersedekah.
Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan dan
pakaian dari sedekah seseorang yang baik hati......1+1m
v. Masyarakat yang mentaati perintah Allah
Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedang
solat walaupun dia seorang penari kelab malam.......1+1m
vi. Masyarakat yang rajin berkerja.
Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk
menyara hidup seperti membuat topeng/kipas ..1+1m
vii. Masyarakat miskin/setinggan.
Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan
setinggan / kotor / daif........................................1+1m
viii. Masyarakat yang suka tolong- menolong.
Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan
Nenek Kebayan Kembang Kasturi ..................1+1m
Mak. 6 markah
5.
a.Tema cerpen
Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air.... 2m
Huraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air ingin
bersama-sama meraikan hari kemerdekaan yang diadakan
di Kuala Lumpur. Malangnya hasrat Pak Denan mendapat
tentangan daripada anaknya........................................... 2m
Mak: 4 markah
b. Empat peranan Pak Denan
i. Seorang pejuang kemerdekaan negara.........................2m
ii. Melumpuhkan Malayan Union....................................2m
iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkan
semangat menentang penjajahan semasa mudanya......2m
iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m
iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2m
Mak: 8 markah
c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental
i. Kecewa.
Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman
menghalang hasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 2m
ii. Sedih.
Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya... 2m
iii.Terkilan.
Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul Rahman
yang menolak rayuannya untuk menyaksikan sambutan hari
kemerdekaan di Kuala Lumpur............................... ...2m
iv. Bimbang.
. Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak
pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan
hari sudah malam................................................... ... 2m
v. Marah.
Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang
meminta maaf kepadanya di Tugu Negara.............. ... 2m
Mak: 8 markah
6.
a. Kegigihan Jalil
i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk
menebus semula tanah tersebut............................... 1+1m
ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu.
Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya
walaupun hidupnya miskin/tanpa ibu. ......................1+1m
iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.
Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya
luka...................................................................... 1+1m
iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib.
Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari
kerja untuk mengubah nasib hidupnya dan seterusnya
menyambung pelajaran dan berjaya membuka Syarikat
Alam Hijau.............................................................1+1m
v. Kegigihan rnempertahankan hak.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan
bersabar dengan karenah Pak Amat yang mungkir janji
sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya....... 1+1m
vi. Kegigihan mencapai cita - cita.
Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat
perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema
di kampungnya........................................................1+1m
vii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya.
Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untuk
membangunkan kampungnya .............................. 1+1m
Mak: 10 markah
b. Persoalan
i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga
Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan
dengan kasar oleh Mak Teh.....................................1+1m
ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang
untuk mencari kata sepakat berkaitan pampasan tanah
bagi pembinaan Taman Tema..................................1+1m
iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita.
Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan
kembali tanah pusaka yang dijual oleh ibunya...........1+1
iv.Sumbang mahram dalam keluarga
Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang
mahram terhadap darah dagingnya sendiri iaitu Biah. 1+1m
v. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup
Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang
di kampung Bukit Nibung menjadi Taman Tema yang
terkenal.................................................................. 1+1m
vi.Sikap terburu-buru membawa padah.
Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanah
pusaka arwah suaminya menyebabkan dia kehilangan
segala-galanya....................................................... 1 +1m
vii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan
Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM
melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi/UPM .......................................... 1 +1m
viii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai
kejayaan hidup.
Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namun
dia tetap berjaya dalam pelajaran...........................l +1m
ix.Amanah untuk ditunaikan.
Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk
mendapatkan geran tanah.................................... 1 +1m
x.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.
Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.1 +1m
xi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu
Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk
mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah......... 1 +1m
Nota: lsi-isi lain yang sesuai diterima.
Mak: 10 markah
Subscribe to:
Posts (Atom)