Sunday 29 April 2012

Pengajaran/mesej/amanat/unsur didaktik/amanat/pesanan dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Sebagai anak kita hendaklah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu bapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab pergi mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang.
  2. Sebagai anak kita hendaklah berusaha dengan sedaya upaya untuk memenuhi kehendak/kemahuan ibu bapa/orang tua, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya telah berusaha dengan sedaya upaya pergi mengembara ke hutan rimba/ke Gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur  burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang dikehendaki oleh ayahandanya Raja Syah Dewa Alam.
  3. Kita hendaklah gigih/tabah dalam melakukan sesuatu perkara/kita jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara untuk  kebaikan, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/tabah/tidak mudah berputus asa mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung  Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  4. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemimpin/ketua/pemerintah/raja, contoh menteri, mangkubumi, hulubalang dan rakyat negeri Kesambi Pura patuh/taat/setia kepada perintah Tuan Puteri Pelinggam Cayaha supaya pergi ke hutan rimba/Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga. Dll...........
  5. Kita jangan mencuri/merampas/mengambil hak orang lain, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cayaha merampas kuda hitam, lembing, pakaian dan tali pinggang hulubalang pahlawan yang dibunuh di hutan rimba/Raden Kesuma Wati mencuri makanan kuih-muih di kedai/gerai di pasar dalam negeri Indera Buangan.
  6. Kita janganlah membunuh/bertindak zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan kepada seseorang, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh hulubalang pahlawan yang sedang  tidur di hutan rimba/Raden Kesuma Wati menikam/membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya di atas Gunung Meraksa Dewa kerana enggang memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  7. Kita janganlah berniat jahat/dengki/dendam kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat terhadap Raden Kesuma Ningrat iaitu dengan menolak jatuh ke laut dari atas Gunung Meraksa Dewa.
  8. Kita janganlah tamak dan haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak dan haloba iaitu dengan memaksa Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyerahkan telur burung merpati putih kepunyaannya kepadanya.
  9. Kita hendaklah menolong/membantu orang yang  memerlukan pertolongan/bantuan, contoh Raden Kesuma Ningrat menolong/membantu Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih dari dalam telinga naga di atas Gunung Merksa Dewa.
  10. Kita hendaklah bertindak secara adil kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat bertindak adil kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dengan memberi sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  11. Kita hendaklah jujur/ikhlas dalam membantu/menolong seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat jujur/ikhlas menolong  Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih yang terdapat di atas Gunung Meraksa Dewa.
  12. Kita janganlah bertindak ganas/mengikut perasaan/menceroboh hak orang lain, contoh Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menceroboh/menyerang negeri Indera Buangan bertujuan untuk  merampas/mengambil Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari  sebagai isterinya.
  13. Dan isi-isi lain yang sesuai ........... sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment