Majlis perpisahan persaraan saya ( Drs. Ab. Aziz Bin Haji Omar ), secara rasminya telah dibuat oleh pihak SMK SI 1 pada 28 Februari, 2013. Majlis agak terlambat satu bulan dari tarikh bersara sebenar ( 1 Februari, 2013 ) disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan oleh pihak sekolah. Pertama kerana surat rasmi persaraan terlambat sampai ke sekolah/kepada saya, iaitu sehari sebelum tarikh bersara sebenar. Sebab kedua kerana sekolah bercuti selama 9 hari sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2013. Jadi pihak sekolah menghadapi kekangan masa untuk membuat perpsiapan ke arah itu. Walau bagaimana pun majlis perpisahan persaraan saya telah selesai dibuat oleh pihak sekolah dengan jayanya. Aturcara majlis bermula pada jam 12.00 tengah hari ( Selepas Tuan Pengetua menyampaikan ucapan penutup dan penyampaian hadiah hari merentas desa sekolah 2013 kepada para pelajar ) sehinggalah jam 2.00 petang. Aturcara seterusnya bersambung di rumah kediaman saya dari jam 2.00 petang sehingga ke jam 6.00 petang, iaitu kenduri kesyukuran ( Jamuan nasi ).

Saya dan keluarga juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua undangan yang sempat hadir ke rumah bagi memeriahkan lagi suasana majlis kenduri kesyukuran. Saya dan keluarga meminta maaf banyak daripada semua tetamu yang hadir jika di sepanjang majlis kenduri kesyukuran itu terdapat sebarang kekurangan dan cacat cela yang kami tidak sedari. Mohon maaf banyak.
Kemudian dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, diikuti wakil guru dan Tuan Pengetua. Pengerusi membaca dengan panjang lebar biodata pegawai bersara dan seterusnya ialah ucapan perpisahan oleh pegawai bersara. Terakhir sekali ialah menonton tayangan klip video khas pegawai bersara selama lebih kurang lima belas minit. Selepas selesai menonton tayangan video khas, majlis dianggap selesai dan bersurai.
Saya bersalaman dengan para guru dan pelajar sambil meminta maaf. Sempat bergambar dengan guru-guru dan para pelajar. Di luar dewan, saya diminta sekali lagi menaiki beca berhias yang dikayuh oleh Pengerusi KGKT untuk dihantar ke kereta BMW Cikgu Sabri Muhammad yang sedang menunggu bersama dengan beberapa orang guru lain.. Sewaktu beca berhias yang dinaiki sedang bergerak untuk meninggalkan dewan, para pelajar memberi penghormatan terakhir kepada saya dengan berbaris panjang di kiri dan kanan jalan yang menuju ke pintu pagar besar sekolah. Para juru gambar/kamera men ( pelajar ) sibuk mengambil gambar saya bersama beca berhias dari pelbagai sudut karya seni foto.
Saya bersama-sama dengan rombongan guru pengiring tiba di rumah kediaman pada jam 2.15 petang. Di bawah khemah khas yang didirikan di pekarangan rumah kediaman, saya dapati sudah ada para jemputan yang diundang khas ke majlis kesyukuran perpisahan sedang menikmati makan tengah hari yang disediakan. Selepas itu mereka beritahu kepada saya ' masakan dan gulainya sangat sedap'. Terima kasih dan alhamdulillah.
Selamat tinggal SMK SI1, guru-guru dan para pelajar yang tercinta.
Ikan keli dalam perigi,
Lain kali jumpa lagi.
Selamat tinggal SMK SI1, guru-guru dan para pelajar yang tercinta.
Ikan keli dalam perigi,
Lain kali jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment