Thursday 12 July 2012

Tema dan persoalan-persoalan Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tema

Hikayat Caya Langkara bertemakan kejujuran/keikhlasan hati seorang putera raja  membantu seseorang yang dalam kesusahan. Dengan kejujuran/keikhlasan hati tersebut, akhirnya mendapat pembalasan baik daripada Allah SWT. Keadaan ini berlaku ke atas watak Caya Langkara ( putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam Saqat ) yang membantu saudaranya ( Muqaddam dan Muqaddim ) serta Tuan Puteri Ra'na Kaseen secara jujur/ikhlas untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir, akhirnya dikahwinkan dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen ( Puteri raja negeri Madinah ) dan dilantik menjadi Raja Negeri Madinah.

Persoalan-persoalan
  1. Berpoligami/berkahwin lebih daripada satu, contoh: Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam Saqat berkahwin/beristeri dua, iaitu dengan Tuan Puteri Sekandrum dan Tuan Puteri Sekandah Bayang-Bayang.
  2. Mudah mempercayai kepada seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu, contoh: Raja Saiful Muluk percaya kepada Muqaddam dan Muqaddim yang mengatakan Caya Langkara bermaksud akan membawa kecelakaan kepada rakyat dan negeri.
  3. Memfitnah terhadap seseorang/saudara sendiri untuk kepentingan diri sendiri, contoh: Muqaddam dan Muqaddim memfitnah Caya Langkara kepada ayahandanya/Raja Saiful Muluk dengan mengatakan Caya Langkara bermaksud akan membawa kecelakaan kepada negeri dan rakyat.
  4. Dengki/dendam/iri hati terhadap seseorang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim dengki/dendam/iri hati kepada Caya Langkara.
  5. Zalim/tidak berperikemanusiaan/bertindak secara terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu, contoh: Raja Saiful Muluk hendak membunuh Caya Langkara bersama bondanya/Tuan Puteri Sekendrum kerana akan membawa kecelakaan kepada rakyat dan negeri/Raja Saiful Muluk menyuruh mangkubumi membuang Caya Langkara dan Tuan Puteri Sekandrum ke dalam hutan kerana akan membawa kecelakaan kepada rakyat dan negeri/Muqaddam dan Muqaddim cuba membunuh Caya Langkara dengan menolak jatuh ke dalam laut Mesir dari puncak gunung negeri Mesir.
  6. Kasih sayang terhadap anak atau ibu bapa, contoh: Tuan Puteri Sekandrum kasih/sayang kepada puteranya Caya Langkara/Caya Langkara kasih/sayang kepada bondanya Tuan Puteri Sekandrum.
  7. Percaya kepada ahli nujum untuk menyelesaikan sesuatu, contoh: Muqaddam dan Muqaddam percaya kepada telahan ahli nujum yang mengatakan untuk menyembuh penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  8. Percaya kepada mimpi, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan Puteri Rakna Dewi percaya kepada mimpi didatangi oleh seorang perempuan tua yang memberitahu ada sejenis permainan anak raja-raja besar, iaitu kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncank gunung negeri Mesir.
  9. Kegigihan/ketabahan berusaha untuk mendapatkan sesuatu, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen gigih/tabah mengembara di hutan rimba untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir bagi mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
  10. Perbuatan baik mendapat pembalasan baik dan perbuatan jahat mendapat pembalasan jahat/tidak baik, contoh: Caya Langkara yang selalu melakukan kebaikan sepanjang cerita mendapat pembalasan baik dengan dilantik sebagai Raja Madinah dan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, iaitu puteri Raja Madinah, sedangkan Raja Saiful Muluk/Muqaddam/Muqaddim yang selalu melakukan perbuatan jahat terhadap Caya Langkara akhirnya mendapat pembalasan tidak baik seperti jatuh sakit, dipenjara dan sebagainya.
  11. Keberanian dalam mempertahankan hak/menentang musuh, contoh: Caya Langkara berani menentang Raja Peringgi dan Raja Mesir yang cuba mengambil/merampas kembang kuma-kuma putih miliknya.
  12. Kejujuran/keikhlasan dalam menolong/membantu seseorang, contoh: Caya Langkara jujur/ikhlas membantu/menolong Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  13. Tolong-menolong/bantu-membantu seseorang yang dalam kesusahan, contoh: naga kuna/Raja Jin yang memeluk agama Islam telah membantu Caya Langkara berperang dengan mangkubumi Raja Mesir dan Mangkubumi Raja Peringgi.
  14. Usaha dakwah/penyebaran agama Islam ke negara Barat/Eropah, contoh: Caya Langkara yang pergi ke negeri Peringgi ialah untuk mengislamkan Raja Peringgi/ajar-ajar/Raja Jin Kafir selain daripada untuk membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Muqaddam/Muqaddim yang ditawan dan dipenjarakan oleh Peringgi.
  15. Menceroboh atau merampas hak orang lain, contoh: Utusan Raja Peringgi telah menceroboh negeri Mesir untuk mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir/daripada Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
  16. Patuh/taat/setia kepada arahan pemimpin/ketua, contoh: Kucing putih dan kucing hitam patuh kepada arahan naga kuna yang menyuruh pergi mencari Caya Langkara yang hilang di puncak gunung negeri Mesir.
  17. Menggunakan tipu muslihat untuk kepentingan diri sendiri, contoh: Utusan Raja Peringgi/Langlang Laut dan Langlang Samudera menghadiahkan harta benda sebanyak 20 buah kapal kepada Raja Mesir bertujuan untuk mengelirukan Raja Mesir tujuan sebenarnya ialah untuk mengambil kembang kuma-kuma putih.
  18. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang dalam kesukaran/kesusahan, contoh: Caya Langkara bersimpati kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air di dalam hutan, lalu diajak ke gua tempat tinggalnya dan diberikan air minuman.
  19. Penggunaan kuasa sakti/luar biasa dalam amalan hidup, contoh: Tangan Caya Langkara yang terhempas ke batu telah mengeluarkan air seperti air sungai yang mencurah-curah/Tuan Puteri Ra'na Kaseen menggunakan kuasa saktinya mengeluarkan hidangan yang lazat-lazat seperti hidangan makanan raja-raja besar di hutan rimba.
  20. Memberi nasihat kepada seseorang supaya selalu ingat dan takut kepada Allah SWT, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen memberi nasihat kepada Muqaddam dan Muqaddim yang sering  hendak mengganggunya  supaya takut kepada pembalasan Allah SWT di akhirat nanti.
  21. Amalan penghantaran ufti/hadiah/denda oleh negeri di bawah taklukan, contoh: Caya Langkara memerintahkan negeri Mesir dan negeri Peringgi menghantar ufti kepada negeri Madinah pada setiap tahun kerana negeri Mesir dan negeri Peringgi dosanya sangat besar.
  22. Dan persoalan-persoalan lain .................. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

No comments:

Post a Comment