Friday 13 July 2012

Watak dan perwatakan Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak utama/protoganis.
  2. Putera Raja Saiful Muluk/Raja Negeri Ajam Saqat/Tuan Puteri Sekandrum.
  3. Adik tiri kepada Muqaddam dan Muqaddim.
  4. Berkahwin/menjadi suami kepada Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri Raja Negeri Madinah.
  5. Dilantik menggantikan Raja Madinah.
  6. Seorang yang cantik/handsome/elok rupa paras.
  7. Pernah diramalkan oleh kadi al-Mauli akan menjadi raja besar yang amat sakti.
  8. Menjadi mangsa fitnah oleh saudara tirinya/Muqaddam dan Muqaddim.
  9. Hampir-hampir dibunuh oleh ayahandanya sendiri/Raja Saiful Muluk kerana difitnah akan membawa kecelakaan kepada negeri dan rakyat.
  10. Menjadi mangsa dengki/dendam/iri hati oleh saudara tirinya/Muqaddam dan Muqaddim.
  11. Dibuang ke dalam hutan rimba bersama bondanya oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk.
  12. Hampir-hampir mati kerana jatuh ke laut Mesir ditolak oleh saudara tirinya/Muqaddam dan Muqaddim/ditutup pintu gua dan dibakarnya.
  13. Memiliki naga kuna yang besar.
  14. Seorang yang bijaksana, contoh: Caya Langkara bijaksana sehingga berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung negeri Mesir.
  15. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Caya Langkara kasih/sayang kepada bondanya Tuan Puteri Sekandrum/Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
  16. Seorang yang mempunyai kuasa sakti/luar biasa, contoh: Tangan Caya Langkara yang terhempas ke batu menyebabkan air keluar dari celah-celah jarinya seperti air sungai yang memancur/Caya Langkara mengeluarkan air dari daun beringin untuk diberi minum kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air di hutan.
  17. Seorang yang lemah lembut/berbudi bahasa/bersopan santun, contoh: Caya Langkara berbudi bahasa bila bercakap dengan Raja Madinah/bondanya/Tuan Puteri Sekandrum.
  18. Seorang yang pemaaf, contoh: Caya Langkara telah memaafkan saudara tirinya/Muqaddam dan Muqaddim yang banyak membuat jahat/dosa terhadapnya.
  19. Seorang yang bersimpati/baik hati, contoh: Caya Langkara bersimpati/baik hati kepada Muqaddam dan Muqaddim yang ditemuinya di tengah hutan rimba dengan mengajak mereka ke gua tempat tinggalnya dan diberikan air minuman kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air.
  20. Seorang yang jujur/ikhlas, contoh: Caya Langkara membantu/menolong Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir dengan jujur/ikhlas hati.
  21. Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh: Caya Langkara telah menolong/membantu Tuan Puteri Ra'na Kaseen mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir atau telah menolong membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang dipenjarakan oleh Raja Peringgi di negeri Peringgi.
  22. Seorang yang berani menentang musuh, contoh: Caya Langkara berani berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir di negeri Peringgi/penunggu pejara negeri Peringgi/mangkubumi Raja Mesir/mangkubumi Raja Peringgi.
  23. Seorang yang tegas pendirian, contoh: Caya Langkara bertegas tidak akan memberi kembang kuma-kuma putih kepada Raja Mesir yang diminta oleh mangkubumi Raja Mesir.
  24. Seorang yang adil kepada rakyat dan negeri, contoh: Caya Langkara yang menjadi Raja Madinah telah memerintah rakyat dan negeri Madinah dengan adil menurut hukum agama Islam.
  25. Seorang pendakwah/penyebar agama Islam,contoh: Caya Langkara pergi ke negeri Peringgi untuk mengislamkan raja dan rakyat negeri Peringgi/telah mengislamkan Raja Jin Kafir/ajar-ajar di negeri Peringgi.
  26. Seorang yang beriman/bertaqwa kepada Allah, contoh: Caya Langkara telah memerintahkan rakyat dan negeri Madinah berdasarkan perintah Allah SWT dan agama Islam.
  27. Seorang yang pemurah/suka memberi sedekah, contoh: Caya Langkara telah memberi sedekah makan minum dan wang/emas/perak kepada rakyat yang miskin di negeri Madinah/kepada raja-raja di bawah taklukannya yang datang berkunjung ke negeri Madinah
  28. Dan isi-isi lain yang sesuai................. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

No comments:

Post a Comment