Saturday 14 July 2012

Watak dan perwatakan Tuan Puteri Ra'na Kaseen dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu/protoganis.
  2. Puteri Raja Negeri Madinah.
  3. Berwajah cantik.
  4. Diminati oleh Muqaddam dan Muqaddim.
  5. Selalu diganggu oleh Muqaddam dan Muqaddim.
  6. Berkahwin/menjadi isteri kepada Caya Langkara.
  7. Pernah ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Negeri Peringgi.
  8. Seorang yang percaya kepada mimpi, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu bahawa ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya yang sedang sakit ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  9. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen sayang kepada ayahandanya Raja Madinah/suaminya Caya Langkara.
  10. Seorang yang berani menghadapi cabaran, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen berani menghadapi cabaran  mengembara di hutan rimba untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir bagi mendapatkan kembang kuma-kuma putih sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Negeri Madinah.
  11. Seorang yang bertanggungjawab, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen bertanggungjawab terhadap ayahandanya/Raja Madinah yang sedang sakit tenat dengan pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk mencari ubat kepadanya.
  12. Seorang yang tabah/gigih/tekun, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen tabah/gigih mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir mencari kembang kuma-kuma putih.
  13. Seorang yang mempunyai kuasa sakti/ajaib/luar biasa, contoh: Kembang kuma-kuma putih yang diambilnya di puncak gunung negeri Mesir tumbuh dan berakar di tapak tangannya/Tuan Puteri Ra'na Kaseen mencita di atas upah-upah maka keluarlah nasi adap-adapan seperti hidangan adat raja-raja.
  14. Seorang yang beriman/takut kepada pembalasan Allah SWT, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen selalu memberi nasihat kepada Muqaddam dan Muqaddim yang hendak melakukan kejahatan ke atas dirinya supaya takut kepada pembalasan Allah SWT.
  15. Seorang yang merendah diri/menghormati orang tua, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen merendah diri/menghormati bonda Caya Langkara/Tuan Puteri Sekandrum/ayahandanya/Raja Madinah/Caya Langkara.
  16. Seorang yang peramah/baik  hati/mudah mesra, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen ramah mesra dengan raja-raja di bawah taklukannya yang berkunjung ke negeri Madinah/rakyat negeri Madinah.
  17. Seorang yang patuh/taat/setia, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen patuh/taat/setia kepada Caya Langkara yang menyuruhnya mengambil kembang kuma-kuma putih di dalam laut di puncak gunung negeri Mesir.
  18. Dan isi-isi lain yang sesuai ........................... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal................

No comments:

Post a Comment