Sunday 15 July 2012

Cabaran-cabaran hidup watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Menjadi mangsa fitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim sehingga dibuang bersama bondanya ke hutan rimba oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk.
  2. Hampir-hampir dibunuh oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk akibat difitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim yang mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri akan menjadi celaka dan rakyat akan susah.
  3. Menangis kerana kehausan air/susu semasa berada di dalam gua bersama bondanya/Tuan Puteri Sekandrum.
  4. Ditolak dari puncak gunung negeri Mesir ke dalam laut oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya.
  5. Ditutup dan dibakar pintu gua oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya.
  6. Berperang dengan ajar-ajar dan Raja Jin Kafir di negeri Peringgi sewaktu hendak membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Muqaddam dan Muqaddim di penjara negeri Peringgi.
  7. Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Mesir.
  8. Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Peringgi.
  9. Berperang dengan penunggu/penjaga penjara negeri Peringgi.

No comments:

Post a Comment