Saturday 21 July 2012

Latar/citra/imej/gambaran/suasana/keadaan masyarakat dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Masyarakat zaman dahulu/silam/lampau.
  2. Masyarakat Arab/negara Teluk/Timur Tengah, contoh: Negeri/orang Mesir/Negeri/orang Madinah.
  3. Masyarakat Barat/Eropah, contoh: Negeri/orang Peringgi/Portugis.
  4. Masyarakat istana, contoh: Istana Raja Saiful Muluk/istana Raja Negeri Mesir/istana Raja Negeri Madinah/istana Raja Negeri Peringgi.
  5. Masyarakat pemerintahan beraja/sistem feudal, contoh: Pemerintahan Raja Saiful Muluk di negeri Ajam Saqat/Raja di negeri Madinah/Raja di negeri Mesir/Raja di negeri Peringgi.
  6. Masyarakat yang berpoligami/berkahwin lebih daripada satu, contoh: Raja Saiful Muluk berkahwin dua, iaitu dengan Tuan Puteri Sekandrum dan Tuan Puteri Sekandah Bayang-Bayang.
  7. Masyarakat yang suka memfitnah/memburuk-burukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, contoh: Muqaddam dan Muqaddim memfitnah Caya Langkara sehingga ayahandanya membuang ke hutan rimba bersama dengan bondanya/Tuan Puteri Sekandrum.
  8. Masyarakat yang dengki/dendam/iri hati, contoh: Muqaddam dan Muqaddim dengki/dendam/iri hati kepada saudara tirinya Caya Langkara.
  9. Masyarakat yang percaya kepada telahan ahli nujum/tabib, contoh: Muqaddam dan Muqaddim percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya Raja Saiful Muluk ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  10. Masyarakat yang percaya kepada mimpi, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen percaya kepada mimpinya bertemu dengan seorang tua yang memberitahu ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Madinah ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  11. Masyarakat yang penyayang/pengasih, contoh: Tuan Puteri Sekandrum kasih/sayang kepada puteranya Caya Langkara/Caya Langkara kasih/sayang kepada bondanya Tuan Puteri Sekandrum/Raja Peringgi kasih/sayang kepada puterinya Tuan Puteri Ratna Dewi.
  12. Masyarakat yang beriman/bertakwa kepada Allah, contoh: Tuan Puteri Sekandrum berdoa kepada Allah SWT memohon agar dikurniakan seorang putera lelaki.
  13. Masyarakat yang bersyukur kepada Allah, contoh: Tuan Puteri Sekandrum bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan berkat doanya dikurniakan seorang putera lelaki yang diberi nama Caya Langkara.
  14. Masyarakat yang menghormati orang tua/ibu bapa, contoh: Caya Langkara sujud dan menyembuh di kaki bondanya Tuan Puteri Sekandrum/Tuan Puteri Ra'na Kaseen sujud dan mencium tangan bonda Caya Langkara/Tuan Puteri Sekandrum.
  15. Masyarakat yang mengamalkan/menggunakan kuasa sakti dalam kehidupan, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen menggunakan kuasa saktinya mengeluarkan hidangan makanan dan minuman yang lazat-lazat di tengah hutan rimba untuk dimakan olehnya bersama dengan Caya Langkara, Muqaddam dan Muqaddim/Caya Langkara mematahkan pucuk pohon beringin yang kemudian keluar air yang banyak untuk diberi kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air semasa di hutan rimba.
  16. Masyarakat yang berniat jahat untuk melakukan maksiat, contoh: Muqaddam dan Muqaddim mengejar Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang cantik jelita untuk menangkap dan melakukan maksiat dengannya.
  17. Masyarakat yang bertindak zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan, contoh: Muqaddam dan Muqaddim menolak Caya Langkara jatuh ke laut dari puncak gunung negeri Mesir/menutup pintu gua dengan kayu dan batu serta membakarnya dengan tujuan untuk membunuh Caya Langkara.
  18. Masyarakat yang mengamalkan perbuatan rasuah/menipu, contoh: Raja Peringgi menghantar 20 buah kapal yang mengandungi harta benda untuk dihadiahkan kepada Raja Mesir, tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk mengelirukan Raja Mesir yang kedatangan utusan mereka ialah untuk mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  19. Masyarakat yang berani mempertahankan hak, contoh: Caya Langkara berani berperang dengan menteri/hulubalang/mangkubumi/rakyat negeri Mesir/Peringgi kerana mempertahankan kembang kuma-kuma putih miliknya.
  20. Masyarakat yang suka tolong-menolong/bantu-membantu, contoh: Caya Langkara menolong/membantu Tuan Ra'na Kaseen/Muqaddam dan Muqaddim untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  21. Masyarakat yang pemaaf/pengampun, contoh: Caya Langkara memaafkan/mengampunkan dosa/perbuatan jahat Muqaddam dan Muqaddim terhadap dirinya.
  22. Masyarakat yang pemurah/suka memberi sedekah, contoh: Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen memberi sedekah wang dinar emas/perak/rial dan makanan kepada rakyat miskin di negeri Mesir dan Madinah.
  23. Masyarakat yang patuh/taat/setia kepada ketua/pemimpin, contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam patuh/taat/setia kepada perintah Caya Langkara/Mangkubumi negeri Mesir patuh/taat/setia kepada perintah Raja Mesir yang menyuruhnya pergi ke negeri Peringgi untuk mendapat balik kembang kuma-kuma putih yang dibawa lari dari negeri Mesir oleh utusan Peringgi.
  24. Dan isi-isi lain yang sesuai ..............................sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.................

No comments:

Post a Comment