Thursday 19 July 2012

Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


Maksud unsur agama
Segala  hal-ehwal yang berkaitan dengan amalan, kepercayaan, kebajikan, gelaran jawatan, peristiwa kebesaran, zaman, tahunbulan, waktu, benda, tempat, hukum hakam, peralatan  dan sebagainya yang ada kaitan dengan keagamaan Islam.

 Unsur-unsur agama Islam dalam petikan
    Maka sembah kadi, “ Ramainya”. Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukuralhamdulillahi Rabbil’alamin”. Maka sembah kadi, “ Ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah Taala”.
                                                       ( Dipetik dari Hikayat Caya Langkara, Teks SKSH, hal. 177 ) 
 
1. Ada gelaran jawatan
    Contoh: Kadi
2. Adanya mengucapkan syukur kepada Allah
    Contoh: Kadi mengucapkan syukuralhamdulillahi Rabbil’alamin.
3. Ada menyebut perkataan insya-Allah Taala
    Contoh: Kadi menyebut insya-Allah Taala.

 Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Caya Langkara
1.Ada menyebut perkataan Allah SWT
  Contoh: Tuan Puteri Sekandrum terlalu sangat hendak beranak tiada juga diberi Allah SWT akan anak.
2.Dengan takdir Allah Taala
  Contoh: Dengan takdir Allah Taala Tuan Puteri Sekandah Bayang-bayang/Tuan Puteri Sekandrum pun hamillah.
3.Berdoa kepada Allah SWT
  Contoh: Tuan Puteri Sekandrum berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkan seorang anak lelaki.  
4.Adanya mengucapkan syukur alhamdulillahi  Rabbil’alamin
  Contoh: Para ahli nujum mengucapkan syukur alhamdulillahi Rabbil’alamin di atas kelahiran Caya Langkara.
5.Adanya ilmu falak
  Contoh: Para ahli nujum menyuruh Raja Saiful Muluk/raja negeri Ajam Saqat mencari kadi yang tahu ilmu falak untuk mendapatkan makna sebenar nama puteranya Caya Langkara.
6.Adanya gelaran jawatan kadi
  Contoh: Kadi al-Mauli.
7.Adanya nama nabi
  Contoh: Nabi Sulaiman/Muhammad SAW  
8.Nama-nama negeri/negara yang berunsurkan Islam
  Contoh: Negeri Mesir/negeri Madinah
9.Adanya konsep dosa dan pahala
  Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen melarang Muqaddam dan Muqaddim berbuat dosa kepada Allah SWT iaitu untuk mengkhianati saudaranya Caya Langkara.
10.Adanya konsep neraka dan syurga
  Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberi tahu kepada Muqaddam dan Muqaddim bahawa orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam.
11.Ada menyebut perkataan insya-Allah
  Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberitahu kepada Muqaddam dan Muqaddim ayahanda mereka insya-Allah akan mati jika menangkapnya.
12.Memberi sedekah
    Contoh: Caya Langkara memberi sedekah           kepada fakir miskin semasa berada di negeri Mesir.
13. Berdakwah/menyebarkan agama Islam
     Contoh: Caya Langkara mengislamkan ajar-     ajar dan Raja Jin di negeri Peringgi.  

No comments:

Post a Comment