Friday 20 July 2012

Mesej/pengajaran/amanat/pesanan/perutusan/unsur-unsur didaktik dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kita janganlah bersifat dengki/dendam/iri hati sesama kita/kepada seseorang lain, contoh: Muqaddam dan Muqaddim dengki/dendam/iri hati kepada saudara/adik-beradik tirinya Caya Langkara.
  2. Kita janganlah suka membuat fitnah/memburuk-burukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, contoh: Muqaddam dan Muqaddim membuat fitnah kepada ayahandanya/Raja Saiful Muluk dengan memberitahu bahawa kadi al-Mauli mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri akan celaka dan rakyat jadi susah.
  3. Kita janganlah cuba untuk melakukan maksiat/perbuatan yang dilarang oleh Allah/agama Islam, contoh: Muqaddam dan Muqaddam selalu mengganggu Tuan Puteri Ra'na Kaseen dengan tujuan untuk melakukan maksiat yang dilarang dalam agama.
  4. Kita hendaklah takut kepada dosa Allah/hari pembalasan/neraka Allah/hari akhirat, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen memberi nasihat kepada Muqaddam dan Muqaddim yang cuba melakukan kejahatan kepada Caya Langkara supaya takut kepada dosa/pembalasan Allah SWT.
  5. Kita janganlah suka bertindak terburu-buru/hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan/membuat sebarang keputusan, contoh: Raja Saiful Muluk/Raja Negeri Ajam Saqat/ayahanda Caya Langkara telah membuat keputusan/mengambil tindak secara terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu ke atas Caya Langkara sehingga sanggup pergi untuk membunuhnya/telah membuang ke dalam hutan bersama dengan bondanya.
  6. Kita janganlah bertindak zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan terhadap seseorang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim bertindak kejam ke atas Caya Langkara dengan menolaknya jatuh ke dalam laut dari atas puncak gunung negeri Mesir/menutup pintu gua dengan batu dan kayu serta membakarnya dengan niat untuk membunuhnya.
  7. Kita hendaklah menolong/membantu orang yang dalam kesusahan/kesukaran, contoh: Caya Langkara telah menolong Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir/membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Peringgi di negeri Peringgi.
  8. Kita hendaklah bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang dalam kesussahan/kesukaran, contoh: Caya Langkara bersimpati kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air sewaktu tersesat di dalam hutan lalu mengajak mereka berdua ke gua tempat tinggalnya dan diberikannya air minuman.
  9. Kita janganlah suka melakukan kejahatan/membuat dosa kepada seseorang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah melakukan kejahatan terhadap Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
  10. Kita hendaklah menolong/membantu seseorang secara jujur/ikhlas hati, contoh: Caya Langkara telah menolong Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen mendapatkan kembang kuma-kuma putih secara jujur/ikhlas hati.
  11. Kita hendaklah memerintah rakyat dan negeri secara adil mengikut hukum agama/Allah SWT, contoh: Caya Langkara telah memerintah rakyat dan negeri Madinah secara adil mengikut hukum agama Islam/Allah SWT.
  12. Kita hendaklah hormat-menghormati/merendah diri kepada seseorang, contoh: Caya Langkara merendah diri dan menghormati kepada raja-raja besar di bawah taklukannya yang berkunjung ke negeri Madinah.
  13. Kita hendaklah berdoa/meminta/memohon kepada Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, contoh: Tuan Puteri Sekandrum telah berdoa kepada Allah SWT memohon dikurniakan seorang putera lelaki.
  14. Kita hendaklah memberi derma/bersedekah kepada orang-orang miskin/susah, contoh: Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang menjadi Raja Negeri Madinah telah memberi sedekah dinar emas/perak/rial/makanan kepada para fakir miskin di negeri Mesir dan Madinah.
  15. Kita hendaklah meminta maaf/ampun daripada seseorang terhadap kesalahan yang dilakukan, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah meminta maaf dan ampun daripada Caya Langkara di atas kesalahan/dosa/perbuatan jahat terhadapnya.
  16. Kita hendaklah memberi kemaafan/keampunan kepada seseorang yang mengakui kesilapan/kesalahannya, contoh: Caya Langkara telah memaafkan/mengampunkan dosa/perbuatan jahat Muqaddam dan Muqaddim terhadapnya.
  17. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap orang tua/keluarga kita, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen bertanggungjawab mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahanda masing-masing.
  18. Kita hendaklah berani mempertahankan hak, contoh: Caya Langkara berani berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/mangkubumi Raja Peringgi/mangkubumi Raja Mesir kerana mempertahankan kembang kuma-kuma putih miliknya.
  19. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemerintah/ketua, contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam patuh/setia/taat kepada arahan Caya Langkara.
  20. Kita hendaklah tabah/gigih/tekun/berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara tabah/gigih/tekun mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir bagi mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
  21. Kita hendaklah menyanyangi ibu bapa/anak-anak, contoh: Tuan Puteri Sekandrum kasih/sayang kepada puteranya Caya Langkara/Caya Langkara kasih/sayang kepada bondanya Tuan Puteri Sekandrum/Raja Peringgi sayang/kasih kepada puterinya Tuan Puteri Ratna Dewi/dll.
  22. Dan isi-isi lain yang sesuai ................ sila rujuk teks/cerita/hikayat asal........................

No comments:

Post a Comment