Monday 16 July 2012

Tujuan/sebab-sebab Muqaddam/Muqaddim, Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Tuan Puteri Ratna Dewi dan Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala mencari kembang kuma-kuma putih dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Muqaddam dan Muqaddim pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk seperti yang disuruh oleh ahli nujum.
  2. Tuan Puteri Ra'na Kaseen pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Negeri Madinah seperti yang disuruh oleh seorang tua dalam mimpinya.
  3. Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ( Puteri Raja Negeri Mesir ) pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir kerana diberitahu oleh seorang perempuan tua dalam mimpinya yang mengatakan ada sejenis permainan bunga tujuh warna yang sangat indah ( kembang kuma-kuma putih ) dipegang oleh seorang perempuan yang terdapat di puncak gunung negeri Mesir.
  4. Tuan Puteri Ratna Dewi ( Puteri Raja Peringgi ) bermimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu ada suatu permainan yang paling ajaib ( kembang kuma-kuma putih ) yang sesuai untuk permainan anak raja-raja yang sedang di bawa oleh seorang perempuan dan dua orang lelaki di puncak gunung negeri Mesir. Ayahandanya ( Raja Negeri Peringgi ) telah memerintahkan mangkubumi dan hulubalang Peringgi pergi mencari kembang kuma-kuma putih tersebut di puncak gunung negeri Mesir.

No comments:

Post a Comment