Thursday 19 July 2012

Peranan watak naga kuna dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


1.Memperkenalkan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen kepada Caya Langkara
  Contoh: Naga kuna memberi tahu kepada Caya Langkara Tuan Puteri Ra’ana Kaseen ialah puteri kepada Raja Madinah yang hendak mengambil kembang kuma-kuma putih.
2. Pemberi maklumat
  Contoh: Naga kuna memberitahu kepada Caya Langkara kembang kuma-kuma putih terdapat di puncak gunung Mesir.
3. Alat kenaikan ke puncak gunung Mesir
  Contoh: Naga kuna mengunakan kepalanya untuk menghantar Caya Langkara, Tuan Puteri Ra’ana Kassen, Muqaddam dan Muqaddim ke atas puncak gunung Mesir.
4. Penyelamat kepada Caya Langkara
  Contoh: Naga kuna telah menyelamatkan Caya Langkara yang terjatuh dari puncak gunung Mesir ke dalam laut kerana ditolak oleh Muqaddam dan Muqaddim/mengeluarkan CL dari gua yang ditutup dan dibakar oleh Muqaddam dan Muqaddim.
5.Teman Caya Langkara ke negeri Peringgi
  Contoh: Naga kuna menemani Caya Langkara pergi ke negeri Peringgi untuk mencari Tuan Puteri Ra’ana Kassen, Muqaddam dan Muqaddim yang ditawan dan dibawa lari ke negeri Peringgi.
6. Penunjuk jalan kepada Caya Langkara
  Contoh: Naga kuna menunjuk jalan kepada Caya Langkara untuk masuk ke negeri Peringgi iaitu dengan menaiki pada hujung karang
7. Membantu Caya Langkara menewaskan Raja Jin
  Contoh: Naga kuna membantu Caya Langkara menewaskan  Raja Jin yang mencabarnya di negeri Peringgi.
8. Sebagai kenderaan kepada Caya Langkara
  Contoh: Caya Langkara naik ke atas kepala naga kuna yang berenang di laut seperti anak panah lajunya menuju ke negeri Mesir/naga kuna membawa belayar Caya Langkara dan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen ke negeri Ajam Saqat/naga kuna membawa TPRK dan CL ke negeri Madinah.  
9. Sebagai hamba/pesuruh kepada Caya Langkara
  Contoh: Naga kuna disuruh oleh Caya Langkara menjemput raja-raja besar dan Raja Negeri Ajam Saqat/Raja Saiful Muluk hadir ke negeri Madinah untuk meraikan perkahwinannya dengan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen, iaitu puteri Raja Madinah.
 

No comments:

Post a Comment