Sunday 15 July 2012

Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
  2. Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk yang sakit tenat.
  3. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Negeri Mesir yang sakit tenat.
  4. Berjaya menyelamatkan diri bersama bondanya dari dibakar/dibunuh oleh Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua dengan bantuan naga kuna.
  5. Berjaya membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Muqaddam dan Muqaddim yang ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Negeri Peringgi di negeri Peringgi.
  6. Berjaya mendapatkan semula kembang kuma-kuma putih yang dirampas dan dibawa lari oleh utusan Peringgi ke negeri Peringgi.
  7. Berjaya berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, iaitu puteri Raja Negeri Madinah.
  8. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan/menikahkan bondanya/Tuan Puteri Sekandrum dengan Raja Negeri Madinah.
  9. Berjaya dilantik sebagai pengganti Raja Negeri Madinah.
  10. Berjaya menewaskan/menawan dan mengislamkan ajar-ajar dan Raja Jin Kafir di negeri Peringgi.
  11. Berjaya mengahwinkan/menikahkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna Dewi, iaitu puteri Raja Negeri Peringgi dan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala, iaitu puteri Raja Negeri Mesir.
  12. Berjaya menewaskan dan menawan penjaga/pengawal penjara negeri Raja Peringgi.
  13. Berjaya menewaskan mangkubumi dan utusan Raja Negeri Mesir.
  14. Berjaya menewaskan mangkubumi dan utusan Raja Negeri Peringgi.
  15. Berjaya memerintahkan negeri dan rakyat negeri Madinah dengan adil mengikut hukum-hukum agama Islam/Allah.

No comments:

Post a Comment