abazizomar@gmail

Wednesday, 18 July 2012

Peranan watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


1.Membantu orang yang dalam kesusahan
 Contoh: Caya Langkara membantu Muqaddam dan Muqaddimyang kehausan di dalam hutan dengan memberikan air minuman.
2.Pemberi semangat
     Contoh: Caya Langkara memberi semangat kepada Muqaddam
     dan Muqaddim supaya tidak takut kepada raksasa dan harimau yang ditemui mereka di hutan.
3.Penyelamat
 Contoh: Caya Langkara menyelamatkan Muqaddam dan Muqaddim dengan mengeluarkan mereka dari penjara Raja Peringgi.
4.Orang yang berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir
  Contoh: Caya Langkara telah berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir seperti yang dikehendaki oleh Tuan Puteri Ra’ana Kassen.
5.  Orang yang mempertemukan jodoh kepada Muqaddam dan Muqaddim
  Contoh:  Caya Langkara mencadangkan kepada Raja Peringgi agar Tuan Puteri Ratna Dewi dikahwinkan dengan Muqaddam dan kepada Raja Mesir agar Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala dikahwinkan dengan Muqaddim.
6. Pembawa kembang kuma-kuma putih ke negeri Mesir
  Contoh: Caya Langkara telah membawa kembang kuma-kuma putih yang berakar di tapak tangan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen kepada Raja Mesir. 
7.Menjodohkan Raja Madinah dengan bondanya
 Contoh: Caya Langkara telah menitahkan tuan kadi mengahwinkan Raja Madinah dengan bondanya Tuan Puteri Sekandrum.
8. Pendakwah/penyebar agama Islam
   Contoh: Caya Langkara telah mengislamkan ajar-ajar dan Raja Jin di negeri Peringgi.
 

No comments:

Post a Comment