- Watak pembantu/antoganis.
- Putera kepada Raja Saiful Muluk/Raja Negeri Ajam Saqat/Tuan Puteri Sekandah Bayang-Bayang.
- Abang tiri kepada Caya Langkara.
- Muqaddam berkahwin/suami kepada Tuan Puteri Ratna Dewi/Puteri Raja Negeri Peringgi.
- Muqaddim berkahwin/suami kepada Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala/Puteri Raja Mesir.
- Ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Negeri Peringgi.
- Seorang yang pendendam/pendengki/iri hati, contoh: Muqaddam dan Muqaddim dengki kepada saudara tirinya Caya Langkara..
- Seorang yang suka menipu/pembohong, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah menipu ayahandanya/Raja Saiful Muluk dengan mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri dan rakyat akan menjadi celaka/kesusasahan.
- Seorang yang suka membuat fitnah/memburuk-burukan orang lain/saudaranya sendiri, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah membuat fitnah kepada ayahandanya/Raja Saiful Muluk bahawa kadi al-Mauli mengatakan Caya Langkara akan membawa kecelakaan dan kesusahan kepada negeri dan rakyat.
- Seorang yang berhati jahat/zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah menyuruh ayahandanya/Raja Saiful Muluk membuang Caya Langkara dan bondanya/Tuan Puteri Sekandrum ke hutan kerana akan membawa kecelakaan dan kesusahan kepada negeri dan rakyat/menolak Caya Langkara jatuh ke dalam laut negeri Mesir dari puncak gunung negeri Mesir dengan tujuan untuk membunuh Caya Langkara.
- Seorang yang tidak beriman/tidak takut kepada pembalasan Allah SWT, contoh: Muqaddam dan Muqaddim cuba mengganggu Tuan Puteri Ra'na Kassen/cuba melakukan maksiat dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
- Seorang yang tiada sifat sabar, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah beberapa kali mendesak Caya Langkara supaya segera mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir tanpa perlu menunggu kedatangan naga kuna yang sedang tidur di gua.
- Seorang yang percaya kepada ahli nujum/tabib, contoh: Muqaddam dan Muqaddim percaya kepada telahan ahli nujum/tabib yang mengatakan untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
- Seorang yang penyayang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim sayang kepada ayahandanya/Raja Saiful Muluk yang sedang sakit tenat dengan terpaksa pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk mencari ubat/kembang kuma-kuma putih kepada ayahandanya.
- Seorang yang bertanggungjawab, contoh: Muqaddam dan Muqaddim bertanggungjwab untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk dengan pergi ke puncak gunung negeri Mesir bagi mencari ubat/kembang kuma-kuma putih.
- Seorang yang berani mempertahankan hak/menentang musuh, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah berani berperang dengan utusan Raja Negeri Peringgi ( Lalang Laut/Lalang Samudera/Bambang Sutama ) yang hendak merampas/mengambil kembang kuma-kuma putih daripada tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen ketika bersama dengannya di puncak gunung negeri Mesir.
- Dan isi-isi lain yang sesuai ....................... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal ....................
Friday, 13 July 2012
Watak dan perwatakan Muqaddam dan Muqaddim dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih cikgu atas perkongsian
ReplyDelete