Wednesday, 9 May 2012

Projek Tugasan Folio Sastera SPM 2012

 Arahan Tugasan Projek ( Sila baca dengan teliti )

Tujuan siaran arahan ini  supaya setiap pelajar mendapat maklumat yang  tepat berhubung dengan tugasan yang diberikan. Juga supaya dapat memenuhi kehendak guru agar hasilan tugasan pelajar berkualiti dan menepati masa.
       
a.       Semua pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu  peperiksaan SPM pada tahun ini WAJIB membuat Buku Skrap Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu.
b.      Tempoh masa yang diberikan ialah selama satu bulan ( 2 Mei - 2 Jun ).
c.       Pelajar dikehendaki menyerahkan tugasan  kepada guru pada 2 Jun.
d.      Terdapat hampir 50 soalan daripada  lima buah teks/enam genre.
e.       Setiap soalan ada beberapa pecahan kecil.
f.       Pelajar mesti menjawab kesemua soalan yang disediakan dalam bentuk esei.
g.      Pelajar boleh merujuk buku teks, buku nota/catatan, buku ulasan, blog ( AZMAR-PB ), berbincang dengan kawan dan merujuk kepada guru.
h.      Setiap soalan hendaklah disalin semula dan diikuti oleh  jawapan.
i.        Menggunakan kertas putih bergaris atau A4 kosong.
j.        Tulisan hendaklah jelas, kemas dan boleh dibaca ( Pen dakwat warna hitam )
k.      Menggunakan tulisan tangan sahaja dibenarkan.
l.        Reka bentuk kulit bebas, tetapi hendaklah menarik.
m.    Hasilan tugasan hendaklah dijilid/dibindingkan.
n.      Warna kertas kulit bebas. Kertas kulit boleh tebal atau tipis.
o.      Butiran yang perlu ditulis di bahagian muka kulit ialah:

Tajuk: Projek Tugasan Folio: Mata Pelajaran  Kesusasteraan Melayu SPM 2012
Nama penuh pelajar:
Tingkatan:
Nama Sekolah:
Nama guru penyelaras:
Tarikh/Tahun:

p.      Arahan Tugasan dan   Set Soalan  hendaklah diletakkan di bahagian dalam selepas kulit bahagian hadapan.
q.      Mesti ada bahagian penutup kulit sama ada  kertas tebal atau tipis.

Disediakan oleh,

DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Cemerlang Sastera,
SMK. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.
Tarikh:21 April, 2012.



 
Soalan-Soalan
 Projek Tugasan Folio Sastera  SPM 2012



Bahagian A: Pengertian istilah-istilah teknikal sastera

  1. Jelaskan maksud bagi istilah-istilah di bawah dan berikan satu contoh/peristiwa yang sesuai daripada mana-mana genre/cerita/teks:

a)      Teknik imbas kembali
b)      Teknik keadilan impian ( Puitic justice )
c)      Teknik/unsur suspen
d)     Konflik dalaman/jiwa/mental
e)      Unsur surprise/kejutan
f)       Klimaks/puncak cerita
g)      Teknik monolog dalaman
h)      Asonansi
i)        Aliterasi
j)        Bahasa kontradiksi
k)      Bahasa personafikasi
l)        Bahasa metafora
m)    Bahasa responsif
n)      Bahasa inversi
o)      Bahasa simile
p)      Bahasa hiperbola
q)      Babak
r)       Adegan
s)       Prolog
t)       Epilog
u)      Episod



Bahagian B: Pengenalan Kesusasteraan Melayu

  1. Bandingkan 10 ciri sastera tradisional dengan 10 ciri sastera moden ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
  2. Senaraikan 15 ciri cerita panji
  3. Senaraikan 12 ciri cerita lipur lara
  4. Nyatakan 9 ciri sastera sejarah
  5. Jelaskan 10 fungsi/peranan  puisi tradisional kepada masyarakat Melayu
  6. Jelaskan 6 jenis gaya bahasa perbandingan beserta contoh
  7. Jelaskan 8 jenis gaya bahasa pengulangan beserta contoh

Bahagian C: Genre Novel ( Teks  Jeriji Kasih dan Dari Lembah ke Puncak )

  1. Nyatakan nama novel Melayu asli pertama tanah air, nama penulis dan tahun diterbitkan.
  2. Senaraikan 10 unsur novel
  3. Jelaskan 8 peranan novel dalam masyarakat
  4. Bandingkan 10 ciri novel dengan 10 ciri cerpen ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )

  1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid, jawab soalan-soalan berikut:
a)      Peranan watak cikgu Syakinah terhadap Ruhaiza.
b)      Jelaskan 10 cabaran hidup  watak Anuariza
c)      Huraikan 12 perwatakan  Syed Faris, Syarifah Farisya dan Solehah
d)     Nyatakan 5 bukti Syarifah Farisya mencintai Anuariza.
e)      Jelaskan  peristiwa pahit yang berlaku ke atas watak Ruhaiza pada suatu petang hari Jumaat.
f)       Jelaskan 8 hubungan manusia dengan manusia dan 8 hubungan manusia dengan alam
g)      Huraikan 10 nilai kemanusiaan/murni/moral/akhlak novel Jeriji Kasih
h)      Huraikan 10 peristiwa menggunakan teknik imbas kembali
i)        Bandingkan 8 perwatakan Azuera dengan Syarifah Farisya ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
j)        Huraikan 8 kejayaan watak Anuariza.

  1. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh:
a)      Huraikan biodata penulis Ghazali Lateh
b)      Jelaskan 15 perwatakan Jalil
c)      Nyatakan 8 cabaran hidup watak utama/Jalil
d)     Senaraikan 8 kejayaan watak utama/Jalil seperti yang tergambar dalam novel ini.
e)      Berikan 6 sebab Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung, Gurun Kedah, ke Kuala Lumpur.
f)       Jelaskan 8 keadaan Taman Tema Gurun yang dirancang dan hendak dibina oleh Jalil di Gurun, Kedah.
g)      Huraikan 10 perwatakan Muhsin yang tidak patut dicontohi.
h)      Nyatakan 3 sebab watak Biah melarikan diri dari kampung ke Kuala Lumpur.
i)        Huraikan peristiwa pertemuan semula di antara Jalil dengan Latifah selepas berpisah selama 10 tahun lebih.
j)        Jelaskan 12 perwatakan Latifah.
k)      Huraikan 15 nilai murni beserta contoh yang terdapat dalam novel ini.
l)        Jelaskan 10 pengajaran yang terdapat dalam novel ini.
m)    Bincangkan 15 citra masyarakat yang terdapat dalam novel ini.
n)      Huraikan 10 unsur/peristiwa suspen yang terdapat dalam novel ini.
o)      Jelaskan bagaimana berakhirnya novel ini.

Bahagian D: Genre Prosa Tradisional ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

1.      Nyatakan jenis/genre sastera bagi karya di bawah:
a.       Hikayat Indera Nata
b.      Hikayat Cendawan Putih
c.       Hikayat Putera Jayapati
d.      Hikayat Seri Kelantan
e.       Hikayat Nakhoda Muda
f.       Hikayat Caya Langkara
2.      Namakan tokoh pemisah di antara sastera tradisional dengan sastera moden.
3.      Berdasarkan Cerita Hikayat Indera Nata, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan tema bagi cerita ini
b.      Senaraikan 2 sebab watak raksasa terlalu marah kepada Indera Nata
c.       Huraikan 10 persoalan beserta contoh.
d.      Jelaskan 15 perwatakan Indera Nata.
e.       Huraikan 12 latar/citra/gambaran masyarakat bagi cerita ini.
f.       Bincangkan 10 mesej/pengajaran cerita ini.
g.      Senaraikan 6 orang isteri kepada Indera Nata

4.      Berdasarkan cerita Hikayat Cendawan Putih, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Senaraikan 4 orang watak wanita dalam cerita ini.
b.      Nyatakan 2 sebab Raden Kesumawati pergi ke gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur burung merpati putih.
c.       Nyatakan 2 sebab Tuan Puteri Pelinggam Cahaya pergi ke gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur burung merpati putih.
d.      Jelaskan 14 bukti bahawa cerita Hikayat Cendawan Putih ini tergolong dalam salah satu daripada gendre sastera panji.
e.       Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang tidur pada satu malam telah bermimpi. Jelaskan isi-isi mimpi tuan puteri tersebut.
f.       Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang menyamar sebagai Bangbang Gajah Marta  telah dikahwinkan oleh Raja Syah Dewa Alam dengan puterinya yang bernama Tuan Puteri Ratna Melur di negeri Kesambi Pura. Ceritakan bagaimana peristiwa ini boleh berlaku.
g.      Jelaskan 2 usaha yang telah dilakukan oleh Raden Kesumawati untuk membunuh adindanya Raden Kesuma Ningrat.
h.      Huraikan 10 mesej beserta contoh yang terdapat dalam cerita ini.

5.      Berdasarkan cerita Hikayat Putera Jayapati, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan 10 unsur cerita panji yang terdapat dalam cerita ini.
b.      Huraikan 15 perwatakan Putera Jayapati.
c.       Jelaskan 2 sebab Raja Gangga Wijaya marah kepada Tuan Puteri Cendera Nurlaila dan menyuruh menterinya menangkap puteri tersebut.
d.      Bincangkan 12 persoalan beserta contoh.
e.       Huraikan 10 pengajaran beserta contoh.
f.       Terangkan 15 nilai kemanusiaan beserta contoh.

6.      Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan 9 unsur sejarah yang terdapat dalam hikayat ini
b.      Huraikan 12 perwatakan Tuan Puteri Sa’dung
c.       Bincangkan 12 perwatakan Sultan Abdullah
d.      Huraikan 5 unsur sakti/mitos yang terdapat dalam cerita ini.
e.       Terangkan cara-cara inang menghidupkan semula Tuan Puteri Sa’dung yang mati dibunuh/dipancung oleh Sultan Abdullah/suaminya.
f.       Senaraikan 7 nama pemerintah ( Sultan atau Raja ) asal negeri Kelantan ( Tanah Serendah Kebun Bunga  Cerangtegayung ) dan berikan nama kawasan/daerah yang diperintah/tempat pemerintahan.
7.      Berdasarkan cerita Hikayat Caya Langkara, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Berikan maksud Caya Langkara
b.      Senaraikan 10 orang watak yang terdapat dalam cerita ini
c.       Raja Saiful Muluk dari negeri Ajam Saqat mempunyai dua orang isteri. Berikan nama 2 orang isteri baginda tersebut.
d.      Jelaskan 15 perwatakan Caya Langkara
e.       Huraikan 5 cabaran hidup watak Caya Langkara
f.       Terangkan 10 kejayaan hidup yang dicapai oleh watak Caya Langkara
g.      Dalam cerita ini terdapat 5 orang putera-puteri raja yang ingin mendapatkan kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir. Nyatakan nama 5 orang putera-puteri raja yang dimaksudkan dan berikan sebab masing-masing.
h.      Jelaskan 3 cara/usaha Muqaddam dan Muqaddim untuk membunuh Caya Langkara.
i.        Huraikan 12 unsur agama yang terdapat dalam cerita ini.
j.        Jelaskan 12 unsur mitos/sakti/luar biasa yang terdapat dalam cerita ini.
k.      Huraikan 8 peranan watak Caya Langkara dalam cerita ini.
l.        Jelaskan 8 peranan watak naga kuna dalam cerita ini.
m.    Huraikan 6 peranan watak kucing putih dan kucing hitam dalam cerita ini.
n.      Jelaskan 5 peranan watak Raja Jin dalam cerita ini.

Bahagian E: Genre Drama ( Teks Madu Ilmu dan Anak Global )

  1. Jelaskan maksud drama.
  2. Nyatakan 8 jenis drama dan bagi setiap jenis drama tersebut, senaraikan paling kurang 6 ciri.
  3. Bandingkan unsur-unsur drama dengan unsur-unsur novel/cerpen. ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
  4. Berikan 4 sebab drama realisme sangat popular di kalangan masyarakat berbanding dengan jenis drama lain.
  5. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan pemikiran drama ini.
b.      Huraikan 9 unsur sejarah yang terdapat dalam drama ini.
c.       Bincangkan 12 perwatakan Bendara Tepok.
d.      Nyatakan 10 sebab kejatuhan negeri Melaka ke tangan penjajah/Portugis.
e.       Senaraikan 2 keistimewaan Lubuk Batu
f.       Jelaskan latar masa, tempat dan peristiwa berdasarkan babak yang terdapat dalam drama ini.
7. Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
         a.  Jelaskan 6 sifat kepahlawanan watak Hang Tuah.
         b. Huraikan 10 latar/citra masyarakat drama ini.
         c. Jelaskan 10 pengajaran beserta contoh.
         d. Huraikan 5 undang-undang laut lanun yang terdapat dalam drama ini.
         e. Jelaskan 10 peristiwa/unsur suspen yang terdapat dalam drama ini.
  8. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd. Kadir, teks Anak Global, jawab soalan-soalan berikut:
            a. Huraikan 8 ciri drama realisme yang terdapat dalam drama ini.
            b. Jelaskan 10 persoalan beserta contoh drama ini.
            c. Bincangkan 8 teknik plot drama ini.
            d. Bincangkan 10 konflik drama ini.
            f. Terangkan binaan plot bahagian akhir drama ini.

Bahagian F: Genre Cerpen ( Teks Madu Ilmu dan Anak Global )
  1. Berikan maksud cerpen.
  2. Nyatakan nama cerpen tanah air pertama, nama penulis, tahun dan nama majalah cerpen diterbitkan.
  3. Senaraikan 12 unsur cerpen.
  4. Bagi setiap buah cerpen dalam teks Madu Ilmu dan Anak Global, senaraikan nama cerpen dan nama penulisnya.
  5. Pilih lima cerpen daripada setiap buah teks ( Madu Ilmu dan Anak Global), senaraikan enam orang watak bagi setiap buah cerpen yang anda pilih.
  6. Berdasarkan cerpen, Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan 10 persoalan beserta contoh yang terdapat dalam cerpen ini.
b.      Huraikan 12 perwatakan Datin
c.       Jelaskan 8 nilai kemanusiaan beserta contoh yang sesuai.
d.      Senaraikan nama-nama 2 orang isteri dan 2 orang bekas isteri Datuk. Bagi setiap orang isteri atau bekas isteri sila senaraikan nama anak-anak mereka.
e.       Jelaskan bagaimana berakhirnya cerpen ini.

  1. Berdasarkan cerpen Benar kata Ayah karya Ria Asmira, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan tema cerpen ini.
b.       Jelaskan 4 latar masa dan 4 latar tempat berdasarkan peristiwa.
c.       Huraikan 5 sebab ayah menangis/bersedih.
d.      Jelaskan 8 sifat positif watak ayah beserta contoh yang sesuai.


  1. Berdasarkan cerpen Rindu Tanah Malaya karya Hashim Latiff,  jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan 12 perwatakan Sarjan Seremaia Vakarusa.
b.      Bincangkan 10 perwatakan Salmah
c.       Huraikan 12 nilai kemanusiaan beserta contoh yang betul.
d.      Huraikan 4 latar masa, 4 latar tempat dan 12 citra  masyarakat.
e.       Jelaskan tema cerpen ini.
f.       Terangkan 10 persoalan beserta contoh yang sesuai.
g.      Berikan 3 bukti yang Sarjan Seremaia Vakarusa mencintai Salmah

  1. Berdasarkan cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja karya Juri Durabi, teks Madu Ilmu,  jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan tema cerpen ini.
b.      Huraikan 10 persoalan cerpen ini.
c.       Analisis 10 citra/gambaran/latar masyarakat.
d.      Bincangkan 12 perwatakan Juliani
e.       Jelaskan 5 konflik jiwa watak Hardi.
f.       Huraikan plot bahagian puncak cerpen ini.

  1. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang karya Ghazali Lateh, teks Anak Global jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan 10 nilai kemanusiaan beserta contoh yang sesuai.
b.      Huraikan 8 persoalan beserta contoh yang sesuai.
c.       Analisis 8 teknik plot cerpen ini.

  1. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek karya Siti Hajar Mohd Zaki, teks Anak Global, jawab soalan-soalan berikut:
a.       Jelaskan tema cerpen ini.
b.      Huraikan 10 perwatakan Cikgu Apek.
c.       Bincangkan 6 pengajaran cerpen ini.

Bahagian G: Genre  Puisi Klasik ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a.       Senaraikan 12 ciri umum pantun
b.      Senaraikan 10 ciri umum syair
c.       Senaraikan 14 ciri umum pantun berkait
d.      Bandingkan 8 ciri umum pantun dengan 8 ciri umum syair.
e.       Berikan 10 sebab mengapakah pantun masih popular sehingga ke hari ini berbanding dengan puisi-puisi tradisional yang lain?
f.       Huraikan 10 peranan puisi klasik dalam masyarakat lama.
g.      Nyatakan 5 jenis syair yang anda ketahui.
h.      Ciptakan 3 rangkap pantun berkait empat kerat bertemakan jati diri.
i.        Ciptakan  dua rangkap syair bertemakan keagamaan.



j.        Baca petikan seloka di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:

Seloka Mat Jenin

Panjat kelapa sampai ke atas,
Berhenti sebentar sambil berangan,
Aku ingin nak kaya lekas,
Dapat duit nak buat modal.

Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik

Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nak beli lembu,
Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga ke luar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.
                                   
( Dipetik dari Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

i.                    Berikan maksud rangkap pertama, kedua, ketiga dan keempat seloka di atas.
ii.                  Senaraikan 4 sikap Mat Jenin seperti yang tergambar dalam seloka ini.
iii.                Huraikan 8 ciri bentuk seloka di atas.
iv.                Jelaskan 8 unsur keindahan seloka di atas.

Bahagian H: Genre Puisi Moden ( Teks Madu Ilmu dan Anak Global )

a.       Senaraikan jenis-jenis sajak yang anda ketahui.
b.      Nyatakan 10 unsur sesebuah sajak.
c.       Senaraikan lima jenis nada sajak dan bagi  setiap jenis nada berikan huraian maksud.
d.      Sila salin sajak berjudul DI DADA MEREKA ADA KHALID karya Shahrunizam Abdul Talib, Teks Anak Global, halaman 20. Kemudian huraikan perkara-perkara berikut:
v.                  Tema
vi.                Enam persoalan beserta contoh/huraian
vii.              Lapan ciri bentuk beserta contoh/huraian
viii.            Sepuluh gaya bahasa/unsur keindahan beserta contoh/huraian
ix.                Dua nada beserta contoh/huraian
x.                  Enam unsur bunyi beserta contoh/huraian
xi.                Enam mesej/pengajaran

k.      Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan sama ada ( pilih salah satu daripada senarai     tema yang diberikan di bawah. Bilangan rangkap tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada empat dan jumlah baris tidak kurang daripada 15 ):

Senarai tema pilihan

Semangat cintakan tanah air
Keindahan negara Malaysia
Pencemaran alam
Semangat Satu Malaysia
Keinsafan Diri
Keagamaan

Catatan:

1.      Semua jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei, bukan dalam bentuk isi-isi/point form.
2.      Soalan-soalan perbandingan hendaklah dijawab dalam bentuk perbandingan. Gunakan kata bandingan dalam ayat-ayat  jawapn anda.
 ______________________________________________________________________


Disediakan oleh,


DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Cemerlang Sastera,
SMK. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.

Tarikh: 21 April, 2012.

Jika anda berhajat untuk dapat gred A+ atau A bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM, sila siapkan tugasan folio ini dengan sempurna. Tiada pencapaian yang mudah tanpa mengharungi cabaran dan usaha gigih yang berterusan.











Monday, 30 April 2012

Latar/citra/gambaran/suasana/keadaan/imej masyarakat dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Masyarakat zaman dahulu/lampau/silam.
  2. Masyarakat istana/keluarga raja, contoh ada jawatan-jawatan pembesar istana seperti mangkubumi/menteri/hulubalang/Temenggung Agas Perdana dll.
  3. Masyarakat feudal/pemerintahan beraja, contoh Raja Indera Kemala Putera/Raja Syah Dewa Alam pemerintah negeri Melaka Pura/Raja Kesambi Pura/Raja Paksi Dewa pemerintah negeri Agung Sari.
  4. Masyarakat yang suka berperang, contoh Raja Indera Kemala Putera jatuh sakit tenat selepas berperang.
  5. Masyarakat yang  percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya ialah dengan mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  6.  Masyarakat yang percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bermimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu kepadanya telur burung merpati putih boleh didapati dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  7. Masyarakat yang patuh/taat/setia kepada pemimpin/raja, contoh menteri/mangkubumi/hulubalang/rakyat negeri Indera Buangan  patuh kepada Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari yang memerintah supaya pergi ke laut Gunung Meraksa Dewa mencari Raden Kesuma Ningrat yang jatuh ke laut kerana ditolak oleh Raden Kesuma Wati.
  8. Masyarakat yang berani menghadapi cabaran dalam hidup, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma  Ningrat berani mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  9. Masyarakat yang zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya zalim kerana membunuh hulubalang pahlawan yang sedang tidur di dalam hutan/Raden Kesuma Wati zalim kerana membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang enggang memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  10. Masyarakat yang suka mencuri/mengambil hak orang lain, contoh Raden Kesuma Wati mencuri makanan kuih-muih milik pekedai di gerai/kedai dalam pasar di negeri Indera Buangan.
  11. Masyarakat yang berniat jahat/dengki/dendam kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat untuk membunuh Raden Kesuma Ningrat dengan menolaknya jatuh ke laut dari atas Gunung Meraksa Dewa.
  12. Masyarakat yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Raden Kesuma Ningrat telah menolong Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  13. Masyarakat yang tamak haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak haloba dengan memaksa Tuan Puteri Pelinggam Cahaya memberi kepadanya telur burung merpati putih kepunyaannya.
  14. Masyarakat yang penyayang/pengasih, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana kasih dan sayang kepada ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sedang sakit tenat selepas berperang.
  15. Masyarakat yang bertindak secara adil dan saksama, contoh Raden Kesuma Ningrat bertindak secara adil kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya iaitu dengan memberi sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  16. Masyarakat yang mempunyai dan mengamalkan kuasa sakti/luar biasa, contoh Raden Kesuma Ningrat menggunakan kesaktiannya mengeluarkan air dari puncak pohon beringin untuk minuman Raden Kesuma Wati yang  kehausan air/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menggunakan kuasa saktinya dengan mengeluarkan pelbagai jenis hidangan makanan dari cembulnya untuk dimakan oleh Raden Kesuma Wati dan Raden Kesuma Ningrat semasa berada di hutan rimba.
  17. Masyarakat yang beriman/percaya kepada kuasa Allah, contoh Raden Kesuma Ningrat mengatakan kepada Raden Kesuma Wati yang dia tidak mampu untuk mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa, melainkan dengan kuasa Allah juga.
  18. Masyarakat yang  jujur/ikhlas dalam memberikan pertolongan/bantuan kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat jujur/ikhlas menolong/membantu Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  19. Masyarakat yang baik hati/pemurah/perihatin/bersimpati, contoh Raden Kesuma Ningrat baik hati kerana tolong membayar harga makanan kuih-muih yang dicuri makan oleh Raden Kesuma Wati kepada pemilik kedai/gerai dalam pasar di negeri Indera Buangan.
  20. Masyarakat yang bertindak mengikut perasaan/menceroboh hak orang lain/pengganas, contoh Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menyerang dan menceroboh negeri Indera Buangan untuk mengambil Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari sebagai isterinya.
  21. Masyarakat yang berpoligami, contoh Raja Indera Kemala Putera beristeri dua orang, iaitu Tuan Puteri Indera Maya ( bonda Raden Kesuma Ningrat ) dan bonda kepada Raden Kesuma Wati.
  22. Masyarakat pemimpin yang suka memberi sedekah kepada rakyat jelata, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari memberi sedekah kepada rakyat negeri Indera Buangan secara adil harta rampasan dari negeri Agung Sari yang tewas berperang dengannya.
  23. Masyarakat yang bertanggungjawab kepada ibu bapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bertanggungjawab pergi mencari telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa untuk ayahanda mereka masing-masing.
  24. Dan isi-isi lain yang sesuai ....................sila rujuk teks/cerita asal.

Sunday, 29 April 2012

Pengajaran/mesej/amanat/unsur didaktik/amanat/pesanan dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Sebagai anak kita hendaklah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu bapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab pergi mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang.
  2. Sebagai anak kita hendaklah berusaha dengan sedaya upaya untuk memenuhi kehendak/kemahuan ibu bapa/orang tua, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya telah berusaha dengan sedaya upaya pergi mengembara ke hutan rimba/ke Gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur  burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang dikehendaki oleh ayahandanya Raja Syah Dewa Alam.
  3. Kita hendaklah gigih/tabah dalam melakukan sesuatu perkara/kita jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara untuk  kebaikan, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/tabah/tidak mudah berputus asa mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung  Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  4. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemimpin/ketua/pemerintah/raja, contoh menteri, mangkubumi, hulubalang dan rakyat negeri Kesambi Pura patuh/taat/setia kepada perintah Tuan Puteri Pelinggam Cayaha supaya pergi ke hutan rimba/Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga. Dll...........
  5. Kita jangan mencuri/merampas/mengambil hak orang lain, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cayaha merampas kuda hitam, lembing, pakaian dan tali pinggang hulubalang pahlawan yang dibunuh di hutan rimba/Raden Kesuma Wati mencuri makanan kuih-muih di kedai/gerai di pasar dalam negeri Indera Buangan.
  6. Kita janganlah membunuh/bertindak zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan kepada seseorang, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh hulubalang pahlawan yang sedang  tidur di hutan rimba/Raden Kesuma Wati menikam/membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya di atas Gunung Meraksa Dewa kerana enggang memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  7. Kita janganlah berniat jahat/dengki/dendam kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat terhadap Raden Kesuma Ningrat iaitu dengan menolak jatuh ke laut dari atas Gunung Meraksa Dewa.
  8. Kita janganlah tamak dan haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak dan haloba iaitu dengan memaksa Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyerahkan telur burung merpati putih kepunyaannya kepadanya.
  9. Kita hendaklah menolong/membantu orang yang  memerlukan pertolongan/bantuan, contoh Raden Kesuma Ningrat menolong/membantu Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih dari dalam telinga naga di atas Gunung Merksa Dewa.
  10. Kita hendaklah bertindak secara adil kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat bertindak adil kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dengan memberi sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  11. Kita hendaklah jujur/ikhlas dalam membantu/menolong seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat jujur/ikhlas menolong  Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih yang terdapat di atas Gunung Meraksa Dewa.
  12. Kita janganlah bertindak ganas/mengikut perasaan/menceroboh hak orang lain, contoh Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menceroboh/menyerang negeri Indera Buangan bertujuan untuk  merampas/mengambil Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari  sebagai isterinya.
  13. Dan isi-isi lain yang sesuai ........... sila rujuk teks/cerita asal.

Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kasih sayang, contoh Raden Kesuma Wati kasih dan sayang kepada ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya kasih dan sayang kepada ayahandanya Raja Syah Dewa Alam yang bermimpi makan telur burung merpati putih/Tuan Puteri Indera Maya kasih dan sayang  kepada anakandanya Raden Kesuma Ningrat yang ditolak jatuh ke laut Gunung Meraksa Dewa oleh Raden Kesuma Wati.
  2. Kepatuhan/ketaatan/kesetiaan, contoh menteri, mangkubumi, hulubalang dan rakyat negeri Kesambi Pura patuh/taat/setia kepada perintah Tuan Puteri Pelinggam Cayaha supaya pergi ke hutan rimba/Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih yang bersarang  di dalam telinga naga/Raden Kesuma Wati patuh/taat/setia kepada perintah Raden Kesuma Ningrat  supaya menjadi gembala kambingnya sebagai bayaran kepada hutang makanan yang dicuri daripada pekedai di pasar yang dibayar oleh baginda.
  3. Keberanian, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma  Ningrat  berani mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  4. Ketabahan/kegigihan, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan  Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat tabah/gigih mengembara di dalam hutan rimba untuk  pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang  di dalam telinga naga.
  5. Kesabaran, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sabar menunggu kedatangan Raden Kesuma Ningrat di dalam telinga singa.
  6. Kebijaksanaan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bijak berusaha mengambil buah limau nipis di dalam lubang tanah/bumi menggunakan tiga jari dengan menuangkan air ke dalam lubang tanah tersebut sehingga buah limau nipis timbul di permukaan lubang tanah.
  7. Patriotisme/cintakan tanah air/mempertahankan hak, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari berperang menentang Raja Paksi Dewa dari Negeri Agung Sari yang menyerang negerinya/Negeri Indera Buangan untuk merampasnya dan dijadikan isteri.
  8. Keadilan, contoh Raden Kesuma Ningrat adil dengan membahagikan sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden Kesuma Wati.
  9. Tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama, contoh Raden Kesuma Ningrat menolong atau membantu Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mengambil telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  10. Keikhlasan/kejujuran, contoh Raden Kesuma Ningrat jujur/ikhlas membantu/menolong Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  11. Merendah diri, contoh Raden Kesuma  Wati merendah diri/sujud di kaki Tuan Puteri Indera Maya serta meminta ampun dan maaf di atas kesalahannya yang lalu.
  12. Bertanggungjawab, contoh Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya masing-masing bertanggungjawab mencari telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga  naga di atas Gunung Meraksa Dewa untuk ayahanda mereka masing-masing.
  13. Baik hati/bersimpati, contoh Raden Kesuma Ningrat baik hati dengan tolong membayar hutang makanan kuih-muih yang dicuri dan dimakan oleh Raden Kesuma Wati dari kedai/gerai kepada pemilik kedai/gerai.
  14. Beriman/kepercayaan kepada Allah, contoh Raden Kesuma Ningrat mengatakan kepada Raden Kesuma Wati dia tidak mampu mendapatkan telur burung merpati  putih yang bersarang dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa, melainkan  dengan pertolongan dan kuasa Allah juga.
  15. Dan isi-isi lain yang sesuai ............ sila rujuk teks/cerita asal.

Saturday, 28 April 2012

Watak dan perwatakan Raden Kesuma Wati dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu/antagonis
  2. Puteri Raja Indera Kemala Putera dengan isteri pertama.
  3. Kakanda kepada Raden Kesuma Ningrat
  4. Masih gadis/belum berkahwin
  5. Sesat di Gunung Anta Dewa dan bertemu dengan seekor anak kera putih lalu memeliharanya
  6. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana sayang kepada ayahandanya yang sakit tenat.
  7. Seorang yang percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga  naga di atas Gunung Meraksa  Dewa.
  8. Seorang yang bertanggungjawab, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab mencari telur burung merpati putih untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya.
  9. Seorang yang berani, contoh Raden Kesuma Wati berani mengembara seorang diri di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih di dalam telinga naga.
  10. Seorang yang  tabah/gigih, contoh Raden Kesuma Wati tabah mengembara di dalam hutan dengan menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  11. Seorang yang merendah diri/patuh/taat kepada orang tua, contoh Raden Kesuma Wati merendah diri dengan sujud di kaki Tuan Puteri Indera Maya sambil meminta maaf dan ampun di atas kesalahannya yang lalu.
  12. Seorang  yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh Raden Kesuma Wati telah menikam dan membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya di atas Gunung Meraksa Dewa kerana enggan memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  13. Seorang yang tamak haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak kerana meminta telur burung merpati putih kepunyaan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya secara paksa setelah telur burung merpati putih kepunyaannya hilang.
  14. Seorang yang suka mencuri, contoh Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan/kuih-muih di kedai/gerai dalam pasar di Negeri Indera Buangan.
  15. Seorang yang berniat jahat/pendendam/pendengki, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat dengan menolak Raden Kesuma Ningrat dari atas Gunung Meraksa Dewa jatuh ke laut dengan niat untuk membunuhnya.
  16. Seorang yang tidak mengenang budi/jasa baik orang lain, contoh Raden Kesuma Wati tidak mengenang jasa baik Raden Kesuma Ningrat yang menolongnya mendapatkan telur burung merpati putih dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  17. Seorang yang dijadikan sebagai gembala kambing, contoh Raden Kesuma Ningrat memerintahkan Raden Kesuma Wati menjadi gembala kambingnya sebagai bayaran terhadap hutang makanan yang dibayar oleh Raden Kesuma Ningrat kepada pemilik kedai makanan yang dicurinya.
  18. Dan isi-isi lain yang sesuai ............... sila rujuk teks/cerita asal.