Friday, 11 May 2012

Fungsi/peranan syair dalam masyarakat

  1. Sebagai sumber ilmu pengetahuan.
  2. Sebagai sumber hiburan.
  3. Sebagai sumber mengisi masa lapang.
  4. Sebagai sumber dakwah/penyebaran agama Islam.
  5. Sebagai sumber nasihat/pengajaran/memberi kesedaran/keinsafan.
  6. Sebagai sumber sejarah dan budaya.
  7. Sebagai media komunikasi dalam masyarakat.

Ciri-ciri umum syair

  1. Berangkap.
  2. Bentuk terikat
  3. Empat baris satu rangkap.
  4. Kesemua baris ialah maksud/isi/sampiran.
  5. Rima akhir terikat/sama/aaaa bagi setiap rangkap.
  6. Jumlah bilangan perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6.
  7. Jumlah bilangan suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  8. Dilafazkan secara berlagu ( Lagu rakis, Siti Zubaidah, bangsawan/purbawara, ulik mayang dll ).
  9. Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri.
  10. Di antara satu rangkap dengan rangkap lain ada pertalian masud.
  11. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  12. Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/kisah/cerita/peristiwa.
  13. Isi syair berunsur nasihat/pengajaran/pesanan/ilmu/pendidikan/keagamaan/dakwah/sejarah/peristiwa dll ).
  14. Isi syair bersifat objektif/hakikat/kebenaran.
  15. Sejenis puisi Melayu tradisional dari pengaruh Arab/Farsi.

Sebab-sebab pantun masih popular di kalangan masyarakat sehingga ke hari ini berbanding dengan puisi-puisi tradisional yang lain

  1. Pantun mudah dicipta/dihasilkan.
  2. Pantun mudah dihafal/diingat.
  3. Pantun menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
  4. Pantun digunakan dalam pelbagai majlis ( rasmi dan tidak rasmi )
  5. Adanya majlis pertandingan berpantun anjuran pihak-pihak tertentu.
  6. Pantun digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
  7. Isi-isi pantun relevan dengan isu-isu semasa dan perkembangan masyarakat semasa ( ilmu, nasihat, teguran, sindiran, hiburan, jenaka, keagamaan, komunikasi, perpaduan kaum, percintaan, peminangan, perkahwinan, dan lain-lain ).
  8. Pantun milik asli orang Melayu.
  9. Pantun ada banyak jenis/variasi ( nasihat, budi, kanak-kanak, remaja, keagamaan, kepahlawanan, perantauan, adat-istiadat, jenaka, pendidikan, budaya, etika dan lain-lain.
  10. Pantun ada banyak bentuk ( 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat dan berkait )

Contoh pantun berkait bertemakan budi dan keagamaan

Bertemakan budi

Pulau Pandang jauh ke tengah,
     Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
     Budi yang baik dikenang juga.

Gunung Daik bercabang tiga,
     Tampak jauh dari seberang,
Budi yang baik dikenang juga,
      Khidmat bakti disanjung orang.

Tampak jauh dari seberang,
      Tegak berdiri bagai raksasa,
Khidmat bakti disanjung orang,
      Orang berbudi kita berbahasa.


Bertemakan keagamaan

Di atas pokok burung bersarang,
     Burung terbang di ruang angkasa,
Dalam kita ada terlarang,
     Jangan sekali membuat dosa.

Burung terbang di ruang angkasa,
     Jatuh ke laut lalu tenggelam,
Jangan sekali membuat dosa,
    Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam,
     Sayap patah badan terbelah,
Wahai umat beragama Islam,
     Tetapkan iman kepada Allah.

Ciri-ciri umum pantun berkait

  • Berangkap.
  • Bentuk terikat.
  • Rima akhir terikat/berselang seli/abab.
  • Empat baris satu rangkap.
  • Ada dua baris pembayang dan dua baris maksud.
  • Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  • Dilafaz secara intonasi.
  • Baris kedua pada rangkap pertama diulang semula pada baris pertama rangkap kedua dan baris keempat pada rangkap pertama diulang semula pada baris ketiga rangkap kedua.
  • Jumlah perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6 perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris di antara 8/9 hingga 12/13 suku kata.
  • Di antara satu rangkap dengan rangkap yang lain ada pertalian maksud/isi/cerita.
  • Kesuluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/cerita.
  • Ada unsur nasihat, keagamaan, teguran, kritikan, sindiran, ilmu dan sebagainya.

Thursday, 10 May 2012

Ciri-ciri umum pantun


Bentuk terikat
Berangkap
Setiap rangkap boleh berdiri sendiri
Ada baris pembayang dan baris maksud
Ada 2,4,6,8 baris serangkap
Rima akhir terikat/berselang seli/abab/
abcabc
Jumlah perkataan sebaris di antara 3/4  
hingga 5/6
Jumlah suku kata sebaris di antara 8/9  
hingga 12/13
Ada jeda/pause/sezura/hentian di tengah 
baris ketika dilafaz.
Dilafaz secara intonasi/tekanan/bersahaja
Ada unsur nasihat, jenaka, keagamaan,
 adat, sindiran, kritikan dll. 
Milik asli orang Melayu

Konsep puisi moden ( sajak )


Jenis-jenis sajak

Bebas – dari segi rima akhir, jumlah baris serangkap, perkataan dan suku kata    sebaris ( tidak sama )

Terikat - dari segi rima akhir, jumlah baris serangkap, perkataan dan suku kata    sebaris ( sama )

Separuh bebas

Distikhon -  dua baris setiap rangkap

Terzina – tiga baris setiap rangkap

Kuatren – empat baris setiap rangkap

Kuintain – lima baris setiap rangkap

Sektet – enam baris setiap rangkap

Septima – 7 baris setiap rangkap

Oktaf/stanza – lapan baris setiap rangkap

Soneta – empat belas baris satu rangkap

Satira – sajak berunsur sindiran/mengejek

Balada – sajak yang menggambarkan peristiwa tragis/ngeri/pembunuhan

Elegi – sajak yang bercorak nyanyian atau ratapan sedih. Kenangan terhadap     peristiwa kematian.
Epigram – sajak yang berunsur nasihat atau pengajaran mengenai pelbagai     persoalan kehidupan manusia.
Ode – sajak yang berunsur sanjungan, pujian, atau pemujaan, terutama tentang tokoh-tokoh atau objek-objek tertentu yang disukai, dihormati dan dikagumi.
Prismatis – sajak yang mengandungi makna/pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama jelas, tetapi pada lapis keduanya lebih luas dan mendalam setelah ditafsirkan dengan teliti.

Jenis-Jenis Nada dalam Sajak

Melankolik: sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa dll.

Romantis: cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/
kepuasan/damai

Patriotisma: semangat cintakan tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/pengganas/pengkhianat bangsa

Sinisma: menyindir/mengena/mengejek/memperli

Protes: penentangan/penolakan/pemberontakan/tidak bersetuju


Isi-Isi di bawah Unsur Bunyi 

 Asonansi
 Contoh:

            Aliterasi
Contoh:

            Rima akhir setiap rangkap bebas/terikat
Contoh: 

 Penggunaan imbuhan
Contoh:

            Gabungan bunyi ( Diftong/triftong )
Contoh:

             Bunyi sedap didengar/menarik/berkesan/puitis

Jenis-Jenis Bahasa Pengulangan

1.     Asonansi
2.     Aliterasi
3.     Anafora
4.     Responsif
5.     Epifora
6.     Kata ganda/penggandaan kata
7.     Pengulangan perkataan/frasa/rangkai kata
8.     Pengulangan ayat
9.     Pengulangan baris


Jenis-jenis Bahasa Perbandingan

1.     Metafora
2.     Personafikasi
3.     Simile
4.     Hiperbola
5.     Alusi
6.     Perbandingan langsung


Teknik sajak merangkumi dua aspek:

1.     Ciri-ciri Bentuk/struktur binaan
2.     Unsur/gaya bahasa/unsur keindahan/kepuitisan

Isi-Isi Asas Ciri-Ciri Bentuk/Struktur Binaan bagi Puisi Tradisional dan Moden/Sajak

1.     Jenis bentuk ( Terikat/bebas/Separuh bebas/distikhon/dll..... )
2.     Jumlah bilangan rangkap
3.     Panjang pendek baris sama atau tidak
Contoh: Baris terpendek dan baris terpanjang
4.     Jumlah bilangan baris dalam setiap rangkap sama banyak atau      tidak
Contoh: Rangkap pertama ............ jumlah baris
               Rangkap kedua ................ jumlah baris
5.     Jumlah bilangan perkataan sebaris........................
Contoh:
6.     Jumlah bilangan suku kata sebaris ........................
Contoh:
7.     Rima akhir setiap rangkap bebas/terikat
Contoh: Rangkap satu ................
               Rangkap dua ..................

Isi-Isi bagi ciri-ciri bentuk puisi tradisional kena tambah lagi .........

  1. Ada baris pembayang dan baris maksud ( Pantun )
  2. Kena sebut jenis pantun
  3. Setiap rangkap boleh berdiri sendiri ( Pantun )
  4. Kesemua baris berupa maksud ( Syair )
  5. Setiap rangkap saling bergantungan/tidak boleh berdiri sendiri ( Syair )
  6. Keseluruhan rangkap merupakan satu cerita/kisah ( Syair )
  7. Baris kedua dalam rangkap pertama diulang semula pada baris pertama di rangkap kedua dan seterusnya ( Pantun berkait )
  8. Di antara rangkap dengan rangkap lain ada pertalian maksud ( Syair dan Pantun berkait )
  9. Baris pertama berupa syarat dan baris kedua berupa jawab ( Gurindam )
  10. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah setiap baris ketika dilafazkan/dilagukan ( Pantun, Syair, Gurindam dan Seloka )