Saturday 9 February 2013

Mesej/pengajaran/amanat/pesanan/perutusan/unsur didaktik dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kita janganlah bertindak zalim/ganas/tidak berperikemanusiaan terhadap orang lain, contoh: Indera Nata membakar istana Raja Rom menyebabkan Raja Rom/Si Batu Kembar/Indera Jenaka/dayang mati terbunuh/terbakar/Si Batu Kembar menolak jatuh ke dalam laut Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma dengan maksud untuk membunuh mereka bertiga.
  2. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada suami/orang tua/ibu bapa, contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma setia/patuh kepada suruhan suaminya/Indera Nata supaya menghidupkan semula Raja Rom/ayahandanya yang mati terbakar/Indera Nata patuh/setia/taat kepada kedua ibubapanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  3. Kita hendaklah kasih/sayang kepada isteri/kedua orang tua/ibu bapa, contoh Indera Nata kasih/sayang kepada isteri-isterinya/Tuan Puteri Cendera Kesuma/kedua ibubapanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  4. Kita hendaklah bersikap adil terhadap isteri-isteri, contoh Indera Nata bersikap adil terhadap isterinya-isterinya/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Tuan Puteri Cendera Nurlaila/Tuan Puteri Indera Dewi/Tuan Puteri Dewi Indera/dll.
  5. Kita janganlah bertindak terburu-buru/mengikut perasaan/tanpa berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan, contoh: Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa tanpa berfikir panjang telah membuang anak dan isteri pertama ( Indera Nata dan Tuan Puteri Cenderawati ) ke hujung negeri Rom.
  6. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan/tindakan, contoh: Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa/orang hutan telah bertindak secara terbur-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu.
  7. Kita hendaklah menyesal/insaf/meminta maaf di atas kesilapan/kesalahan yang lalu, contoh: Raja Rom menyesal/insaf/meminta maaf daripada Indera Nata/Tuan Puteri Cenderwati di atas kesilapannya yang lalu, iaitu berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa dengan membuang/menghalau Indera Nata dan Tuan Puteri Cenderawati/insteri pertama ke hujung negeri Rom.
  8. Kita hendaklah memaafkan kesalahan/kesilapan orang lain, contoh: Indera Nata/Tuan Puteri Cenderawati memaafkan kesalahan/kesilapan ayahandanya/suaminya/Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa dengan membuangnya ke hujung negeri Rom.
  9. Kita hendaklah beriman/bertaqwa/menerima takdir Allah Taala, contoh: Indera Nata mengatakan kepada ayahandanya/Raja Rom bahawa manusia ini selalu lupa dan lalai, kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai/Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan takdir/ketentuan Allah Taala.
  10. Kita hendaklah memberi sedekah/menderma/membantu para fakir miskin/orang-orang yang dalam kesusasahan, contoh: Raja Rom telah memberi sedekah emas/makan minum kepada para fakir miskin di negeri Rom.
  11. Kita hendaklah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain/menghormati tetamu, contoh: Indera Nata menghormati Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang berkunjung ke negeri Rom/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri menghormati Indera Nata/Raja Rom.
  12. Kita hendaklah bercakap dengan sopan santun/berbudi bahasa/lemah lembuat dengan orang tua/tetamu, contoh: Indera Nata bercakap dengan sopan santun/lemah lembut dengan Raja-Raja besar yang berkunjung ke negeri Rom.
  13. Kita janganlah  menceroboh/menyerang negeri orang untuk merampas sesuatu, contoh: Raksasa menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangan Indera Nata.
  14. Kita hendaklah berani mempertahankan hak/tanahair/negeri/negara daripada serangan musuh, contoh: Indera Nata berani melawan/berperang dengan raksasa yang menyerang negeri Rom untuk mengambil tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangannya.
  15. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan, contoh: Indera Nata bijak berperang/melawan raksasa yang menyerang negeri Rom sehingga berjaya menangkap dan membunuhnya.
  16. Kita hendaklah menolong/membantu orang yang dalam kesusahan/memerlukan pertolongan, contoh: Betara Gangga telah menolong/membantu menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Indera Nata yang ditolak jatuh ke dalam laut oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian.
  17. Kita hendaklah bermuafakat/berbincang di antara satu sama lain untuk membuat sesuatu tindakan, contoh: Raja Mesir bermesyuarat/berbincang dengan menteri/hulubalang/rakyatnya untuk pergi ke negeri Rom mengambil puterinya dari tangan Indera Nata/Tujuh orang Raja-Raja besar ( Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Peringgi, Raja Siam, Raja Keling, Raja Benggali ) telah bertemu di tengah laut dan bermesyuarat/berbincang untuk pergi mengambil puteri masing-masing dari tangan Indera Nata di negeri Rom.
  18. Kita janganlah bersifat hasad dengki/dendam/iri hati terhadap orang lain, contoh: Si Batu Kembar ( anak raksasa/isteri kedua Raja Rom ) dengki/dendam kepada Tuan Puteri Cenderawati ( isteri pertama Raja Rom )/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma sehingga sanggup menolak jatuh ke dalam laut untuk membunuhnya/ Indera Nata dendam kepada Si Batu Kembar ( anak raksasa/ibu tirinya/isteri kedua Raja Rom/ayahandanya ) sehingga sanggup membunuhnya dengan membakar istana Raja Rom.

No comments:

Post a Comment