Sunday 3 February 2013

Perwatakan Indera Nata dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak utama/protagonis.
  2. Putera Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  3. Mempunyai ibu tiri bernama Si Batu Kembar yang mati terbakar.
  4. Mempunyai adik tiri  bernama Indera Jenaka yang juga mati terbakar.
  5. Berkahwin dengan empat orang isteri ( Puteri Raja-Raja besar ).
  6. Seorang yang masih muda.
  7. Seorang yang cantik/segak/handsome/menarik/menawan.
  8. Hampir-hampir dibunuh oleh Si Batu Kembar dengan menolak jatuh ke dalam laut tetapi dapat diselamatkan oleh Betara Gangga.
  9. Seorang yang lemah-lembut/bersopan santun/berbudi bahasa, contoh: Indera Nata berlemah-lembut dan berbudi bahasa ketika bercakap dengan Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom.
  10. Seorang yang menghormati/merendah diri kepada orang lain/tetamu, contoh: Indera Nata menghormati/merendah diri ketika menyambut kedatangan Raja-Raja besar ke negeri Rom.
  11. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Indera Nata kasih/sayang kepada isteri-isterinya/ayahanda dan bondanya ( Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati ).
  12. Seorang yang berlaku adil, contoh: Indera Nata bersikap adil terhadap isteri-isterinya.
  13. Seorang yang patuh/taat/setia kepada kedua orang tua, contoh: Indera Nata sangat patuh/setia/taat kepada ayahandanya Raja Rom/bondanya Tuan Puteri Cenderawati.
  14. Seorang yang pemaaf, contoh: Indera Nata sedia memaafkan kesalahan/kesilapan ayahandanya Raja Rom yang memohon maaf daripadanya.
  15. Seorang yang bertaqwa/beriman kepada Allah Taala, contoh: Indera Nata mengatakan kepada ayahandanya/Raja Rom bahawa manusia sentiasa lupa dan lalai kecuali Allah Taala yang tidak lupa dan lalai.
  16. Seorang yang berani, contoh: Indera Nata berani menentang/berperang dengan Raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar daripadanya.
  17. Seorang yang bijaksana, contoh: Indera Nata bijak menangkap dan membunuh raksasa di hutan yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar daripadanya/Indera Nata bijak mempertemukan dan menyatukan semula ayahanda dan bondanya ( Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderwati ).
  18. Seorang yang jujur/ikhlas, contoh: Indera Nata jujur/ikhlas dengan menyerah kembali puteri masing-masing kepada Raja-Raja besar

No comments:

Post a Comment