Tuesday, 12 February 2013

Bersara pilihan 57

Dengan hormat dan sukacitanya, dimaklumkan kepada semua rakan/kenalan dan pengikut setia Blog Azmar-PB yang jauh dan dekat ( guru-guru, para pelajar serta para peminat ulasan teks sastera ), bahawa saya DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR ( penulis blog ini ) telah bersara dengan rasminya dari jawatan guru berkuatkuasa pada 1 Februari, 2013. Persaraan ini adalah dengan kehendak dan pilihan sendiri. Jawatan dan gred terakhir dalam perkhidmatan perguruan ialah PPPS ( Guru Cemerlang Sastera, gred DG54 ). Jawatan terakhir dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia ialah Timbalan Ketua Panel Penggubal Soalan dan Ketua Pemeriksa Malaysia mata pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM 2012.
       Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru selama 28 tahun 19 hari, saya sempat bertugas/mengajar di 7 buah sekolah menengah dalam kawasan PPD Pasir Mas, Kelantan.
     Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia/Kerajaan Malaysia/Kerajaan Barisan Nasional yang telah memberi peluang kepada saya menjawat jawatan sebagai guru/kaki tangan perkhidmatan awam. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak PPD Pasir Mas dan JPN Kelantan yang telah banyak memberi sokongan moral dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam kerjaya saya sebagai guru. Dengan jawatan dan gaji yang diterima telah membolehkan saya menyara anak-anak dan isteri sehingga berjaya. Dapat memiliki sebuah rumah banglo dan  tiga buah kereta `second hand`.
        Saya mengambil kesempatan di ruangan yang terbatas ini untuk memohon maaf yang tidak terhingga daripada semua pihak, terutama para pengikut blog ini seandainya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan, seperti ketidaksempurnaan bahan yang dihidangkan dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan ini ialah untuk dibaca dan dibuat kajian terutama oleh para guru yang mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di tingkatan empat dan lima, lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang akan mengambil mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM. Bahan-bahan ini saya izinkan untuk dibuat apa sahaja asalkan bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah/kelas, kecuali dicetak/dibukukan untuk dipasarkan/diniagakan.
        Untuk itu, saya akhiri dengan beberapa rangkap pantun orang-orang tua dahulu:

Bunga melati tumbuh di darat,
    Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
    Hina manusia tidak berbudi.

Jangan dilurut si padi muda,
    Jika dilurut tangan yang luka,
Jangan diturut si hati muda,
    Jika diturut badan binasa.

Orang Aceh pergi sembahyang,
    Hari Jumaat tengah hari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
    Pandai-pandai menjaga diri.

Hari ini bertanam kangkung,
    Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampung,
    Hari esok kita bercerai.

Kalau mencari tempat mandi,
     Pertama teluk kedua tasik,
Kalau mencari calon pengganti,
    Pertama elok kedua menarik.

Jika ada jarum yang patah,
   Jangan disimpan  dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
  Jangan disimpan  dalam hati. 

Jika ada sumur di ladang,
   Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
   Boleh kita berjumpa lagi.

Buah durian buah selasih.
Sekian dan terima kasih.




 
           

Monday, 11 February 2013

Latar tempat dan peristiwa dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Di istana Raja Rom: Raja Rom/Si Batu Kembar/Indera Jenaka/Dayang mati terbakar/terbunuh kerana di bakar oleh Indera Nata.
  2. Di tengah laut: a) Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma ditolak jatuh ke dalam laut oleh Si Batu Kembar dengan tujuan untuk membunuhnya. b) Betara Gangga tolong menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut dengan memberikan mereka hikmat kesaktian. c) Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri bertemu dan bermesyuarat untuk pergi ke negeri Rom bagi mengambil puteri masing-masing yang dirampas oleh Indera Nata dari raksasa. d) Bangkai raksasa yang dibunuh oleh Indera Nata dicampak ke dalam laut. e) Raksasa memakan 40 orang raja di bawah taklukan Raja Rom yang dalam perjalanan untuk menghantar ufti ke negeri Rom.
  3. Di istana Indera Nata: Tuan Puteri Cendera Kesuma berusaha menghidupkan semula Raja Rom yang mati terbakar dengan menggunakan hikmat kesaktian pemberian Betara Gangga dan dengan takdir Allah Taala.
  4. Di hujung/hulu negeri Rom: a) Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma tinggal selepas dibuang/dihalau oleh Raja Rom. b) Indera Nata mempertemukan semula ayahandanya/Raja Rom dengan bondanya Tuan Puteri Cenderawati.
  5. Di hutan/rimba/gunung: a) Indera Nata diperintahkan oleh Raja Rom/ayahandanya/Si Batu Kembar pergi mencari gajah bergading emas. b) Indera Nata berlawan/berperang dan menangkap raksasa yang menyerang negeri Rom untuk mengambil tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangannya.
  6. Di Pulau Pelinggam: Si Batu Kembar/Tuan Puteri Cenderawati/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Indera Nata pergi ke Pulau Pelinggam untuk memetik bunga dan mengambil buah-buahan.

Sunday, 10 February 2013

Latar/citra/imej/keadaan/gambaran/suasana masyarakat dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Masyarakat pada zaman dahulu kala/lampau/silam/lama.
  2. Masyarakat feudal/pemerintahan beraja.
  3. Masyarakat pada zaman pemerintahan Raja Rom.
  4. Masyarakat istana.
  5. Masyarakat yang berpoligami, contoh: Raja Rom beristeri dua orang iaitu Tua Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar/Indera Nata beristeri/berkahwin dengan empat orang puteri Raja-Raja besar. 
  6. Masyarakat yang pendendam/pendengki/pengkhianat/cemburu, contoh Si Batu Kembar dengki/cemburu kepada  Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma.
  7. Masyarakat yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh: Si Batu Kembar bertindak zalim terhadap Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma, iaitu sanggup menolak mereka bertiga ke dalam laut dengan tujuan untuk membunuh/Raksasa memakan 40 orang raja yang dalam perjalanan untuk menghantar ufti ke negeri Rom.
  8. Masyarakat yang membalas dendam, contoh: Indera Nata membakar istana Raja Rom kerana dendam yang menyebabkan Si Batu Kembar mati terbakar/terbunuh.
  9. Masyarakat yang bertindak melulu/terburu-buru/tanpa berfikir panjang/menyiasat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan/keputusan, contoh: Raja Rom berkahwin dengan Si Batu Kembar ( anak raksasa/orang hutan ) tanpa menyiasat terlebih dahulu dan sanggup menghalau/membuang Tuan Puteri Cenderawati ( isteri pertama )/Indera Nata ke hujung negeri Rom.
  10. Masyarakat yang menyerang/menceroboh/merampas hak orang lain, contoh: Raksasa menceroboh/menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangan Indera Nata.
  11. Masyarakat yang pengasih/penyayang, contoh: Indera Nata kasih/sayang kepada isteri-isterinya/Tuan Puteri Cenderawati ( ibunya )/Raja Rom ( ayahandanya )/Tuan Puteri Cenderawati kasih/sayang kepada Indera Nata/Raja Rom.
  12. Masyarakat yang patuh/taat/setia kepada suami/ibu bapa/orang tua, contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma patuh kepada suaminya/Indera Nata yang menyuruh menghidupkan semula ayahandanya/Raja Rom yang mati terbakar/Indera Nata patuh/taat/setia kepada kedua orang tua/ayahanda bondanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  13. Masyarakat yang beriman/bertaqwa/percaya kepada takdir/ketentuan Allah Taala, contoh: Indera Nata mengatakan kepada ayahandanya/Raja Rom bahawa manusia selalu lupa dan lalai kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai/Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan takdir/ketentuan Allah Taala.
  14. Masyarakat yang insaf/sedar/menyesal/mengakui kesilapan/kesalahan/perbuatan yang lampau, contoh: Raja Rom menyesal/insaf/sedar/mengakui kesalahan/kesilapan perbuatannya berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa/orang hutan dengan membuang Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata ke hujung negeri Rom.
  15. Masyarakat yang suka memaafkan kesilapan/kesalahan orang lain, contoh: Indera Nata memaafkan kesilapan/kesalahan perbuatan lampau ayahandanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati memaafkan kesilapan/kesalahan perbuatan lampau suaminya/Raja Rom.
  16. Masyarakat yang suka memberi sededah/menderma kepada orang susah/fakir miskin, contoh: Raja Rom memberi sedekah emas/makan minum  kepada para fakir miskin di negeri Rom.
  17. Masyarakat tolong-menolong/bantu-membantu di antara satu sama lain, contoh: Betara Gangga tolong menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut kerana ditolak oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian.
  18. Masyarakat yang berani mempertahankan hak/negeri/tanahair/negara, contoh: Indera Nata berani berlawan/berperang dengan raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tanggannya.
  19. Masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain/menghormati tetamu, contoh: Indera Nata/Raja Rom menghormati Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang berkunjung ke negeri Rom menghormati Indera Nata/Raja Rom.
  20. Masyarakat yang bermuafakat/berbincang di antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu tindakan/keputusan, contoh: Raja negeri Mesir bermesyuarat/berbincang dengan menteri/hulubalang/rakyatnya untuk menyerang negeri Rom bagi mengambil semula puterinya yang dirampas oleh Indera Nata dari raksasa/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri bertemu di tengah laut dan mereka bermesyuarat/berbincang di antara satu sama lain untuk pergi ke negeri Rom bagi mengambil puteri masing-masing dari tangan Indera Nata.
  21. Masyarakat manusia dan raksasa/orang hutan, contoh: Raja Rom/Indera Nata/Raksasa/Si Batu Kembar.
  22. Masyarakat yang menggunakan kuasa kesaktian/luar biasa dalam amalan kehidupan seharian, contoh: Betara Gangga menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut kerana ditolak oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian/Tuan Puteri Cendera Kesuma menggunakan hikmat kesaktian pemberian Betara Gangga dan dengan takdir Allah Taala berjaya menghidupkan semula Raja Rom yang mati terbakar di istana.
  23. Masyarakat yang bersopan-santun/berbudi bahasa/lemah-lembut/merendah diri, contoh: Indera Nata bercakap dengan sopan-santun/berbudi bahasa dengan Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang datang ke negeri Rom/Tuan Puteri Cenderawati lemah lembut/merendah diri ketika bercakap dengan Raja Rom/suaminya.
  24. Masyarakat yang bijaksana/menggunakan kebijaksanaan dalam menewaskan musuh, contoh: Indera Nata telah menggunakan kekuatan dan kebijaksanaannya dalam menewaskan/menangkap dan membunuh raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tanggannya.

Saturday, 9 February 2013

Mesej/pengajaran/amanat/pesanan/perutusan/unsur didaktik dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kita janganlah bertindak zalim/ganas/tidak berperikemanusiaan terhadap orang lain, contoh: Indera Nata membakar istana Raja Rom menyebabkan Raja Rom/Si Batu Kembar/Indera Jenaka/dayang mati terbunuh/terbakar/Si Batu Kembar menolak jatuh ke dalam laut Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma dengan maksud untuk membunuh mereka bertiga.
  2. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada suami/orang tua/ibu bapa, contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma setia/patuh kepada suruhan suaminya/Indera Nata supaya menghidupkan semula Raja Rom/ayahandanya yang mati terbakar/Indera Nata patuh/setia/taat kepada kedua ibubapanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  3. Kita hendaklah kasih/sayang kepada isteri/kedua orang tua/ibu bapa, contoh Indera Nata kasih/sayang kepada isteri-isterinya/Tuan Puteri Cendera Kesuma/kedua ibubapanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  4. Kita hendaklah bersikap adil terhadap isteri-isteri, contoh Indera Nata bersikap adil terhadap isterinya-isterinya/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Tuan Puteri Cendera Nurlaila/Tuan Puteri Indera Dewi/Tuan Puteri Dewi Indera/dll.
  5. Kita janganlah bertindak terburu-buru/mengikut perasaan/tanpa berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan, contoh: Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa tanpa berfikir panjang telah membuang anak dan isteri pertama ( Indera Nata dan Tuan Puteri Cenderawati ) ke hujung negeri Rom.
  6. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan/tindakan, contoh: Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa/orang hutan telah bertindak secara terbur-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu.
  7. Kita hendaklah menyesal/insaf/meminta maaf di atas kesilapan/kesalahan yang lalu, contoh: Raja Rom menyesal/insaf/meminta maaf daripada Indera Nata/Tuan Puteri Cenderwati di atas kesilapannya yang lalu, iaitu berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa dengan membuang/menghalau Indera Nata dan Tuan Puteri Cenderawati/insteri pertama ke hujung negeri Rom.
  8. Kita hendaklah memaafkan kesalahan/kesilapan orang lain, contoh: Indera Nata/Tuan Puteri Cenderawati memaafkan kesalahan/kesilapan ayahandanya/suaminya/Raja Rom yang berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa dengan membuangnya ke hujung negeri Rom.
  9. Kita hendaklah beriman/bertaqwa/menerima takdir Allah Taala, contoh: Indera Nata mengatakan kepada ayahandanya/Raja Rom bahawa manusia ini selalu lupa dan lalai, kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai/Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan takdir/ketentuan Allah Taala.
  10. Kita hendaklah memberi sedekah/menderma/membantu para fakir miskin/orang-orang yang dalam kesusasahan, contoh: Raja Rom telah memberi sedekah emas/makan minum kepada para fakir miskin di negeri Rom.
  11. Kita hendaklah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain/menghormati tetamu, contoh: Indera Nata menghormati Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang berkunjung ke negeri Rom/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri menghormati Indera Nata/Raja Rom.
  12. Kita hendaklah bercakap dengan sopan santun/berbudi bahasa/lemah lembuat dengan orang tua/tetamu, contoh: Indera Nata bercakap dengan sopan santun/lemah lembut dengan Raja-Raja besar yang berkunjung ke negeri Rom.
  13. Kita janganlah  menceroboh/menyerang negeri orang untuk merampas sesuatu, contoh: Raksasa menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangan Indera Nata.
  14. Kita hendaklah berani mempertahankan hak/tanahair/negeri/negara daripada serangan musuh, contoh: Indera Nata berani melawan/berperang dengan raksasa yang menyerang negeri Rom untuk mengambil tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangannya.
  15. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan, contoh: Indera Nata bijak berperang/melawan raksasa yang menyerang negeri Rom sehingga berjaya menangkap dan membunuhnya.
  16. Kita hendaklah menolong/membantu orang yang dalam kesusahan/memerlukan pertolongan, contoh: Betara Gangga telah menolong/membantu menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Indera Nata yang ditolak jatuh ke dalam laut oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian.
  17. Kita hendaklah bermuafakat/berbincang di antara satu sama lain untuk membuat sesuatu tindakan, contoh: Raja Mesir bermesyuarat/berbincang dengan menteri/hulubalang/rakyatnya untuk pergi ke negeri Rom mengambil puterinya dari tangan Indera Nata/Tujuh orang Raja-Raja besar ( Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Peringgi, Raja Siam, Raja Keling, Raja Benggali ) telah bertemu di tengah laut dan bermesyuarat/berbincang untuk pergi mengambil puteri masing-masing dari tangan Indera Nata di negeri Rom.
  18. Kita janganlah bersifat hasad dengki/dendam/iri hati terhadap orang lain, contoh: Si Batu Kembar ( anak raksasa/isteri kedua Raja Rom ) dengki/dendam kepada Tuan Puteri Cenderawati ( isteri pertama Raja Rom )/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma sehingga sanggup menolak jatuh ke dalam laut untuk membunuhnya/ Indera Nata dendam kepada Si Batu Kembar ( anak raksasa/ibu tirinya/isteri kedua Raja Rom/ayahandanya ) sehingga sanggup membunuhnya dengan membakar istana Raja Rom.

Wednesday, 6 February 2013

Nilai kemanusiaan/moral/akhlak/murni/positif dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kasih sayang, contoh: Indera Nata kasih/sayang kepada isterinya-isterinya/ayahanda/bondanya/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderwati.
  2. Keadilan, contoh: Indera Nata bersikap adil kepada isteri-isterinya puteri Raja-Raja besar.
  3. Kesetiaan/kepatuhan/ketaatan, contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma patuh/setia kepada Indra Nata yang menyuruhnya menghidupkan semula ayahandanya/Raja Rom yang mati terbakar.
  4. Kesabaran, contoh: Tuan Puteri Cenderawati sabar menghadapi cabaran hidup setelah dibuang oleh Raja Rom/suaminya ke hujung negeri Rom.
  5. Bersopan santun/berbudi bahasa/berlemah-lembut, contoh Indera Nata bersopan-santun/berlemah-lembut ketika bercakap dengan Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom.
  6. Hormat-menghormati, contoh: Indera Nata/Raja Rom menghormati Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom.
  7. Keinsafan/penyesalan, contoh: Raja Rom insaf/menyesal di atas perbuatannya berkahwin dengan Si Batu Kembar anak raksasa tanpa menyiasat terlebih dahulu dengan membuang Tuan Puteri Cenderawati ke hujung negeri Rom.
  8. Tolong-menolong/bantu-membantu, contoh: Betara Gangga tolong menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Indera Nata yang ditolak jatuh ke dalam laut oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian.
  9. Keimanan/ketaqwaan, contoh: Indera Nata mengatakan manusia selalu lalai dan alpa, kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai/Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang berlaku di atas dunia ini adalah dengan ketentuan/takdir Allah Taala.
  10. Kemurahan hati/bersedekah/menderma, contoh: Raja Rom memberi sedekah emas kepada para fakir miskin di negerinya.
  11. Keberanian, contoh: Indera Nata berani menentang/berperang dengan raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar daripadanya.
  12. Kebijaksanaan, contoh: Indera Nata bijak menangkap dan membunuh raksasa yang menyerang negeri Rom.
  13. Bermuafakat/bermesyuarat, contoh: Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri bertemu dan bermesyuarat di tengah laut untuk pergi ke negeri Rom bagi mengambil puteri masing-masing daripada Indera Nata/Raja Rom.

Tuesday, 5 February 2013

Perwatakan Tuan Puteri Cenderawati dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu.
  2. Isteri pertama Raja Rom.
  3. Bonda/ibu kepada Indera Nata.
  4. Hampir-hampir dibunuh oleh Si Batu Kembar/isteri kedua/muda Raja Rom/madunya dengan menolak jatuh ke dalam laut.
  5. Telah diselamatkan oleh Betara Gangga di laut dengan memberikannya hikmat kesaktian.
  6. Telah dihalau/dibuang ke hujung negeri Rom oleh Raja Rom/suaminya.
  7. Orang yang memberitahu kepada Indera Nata bahawa yang mati terbakar di istana tersebut ialah Raja Rom iaitu ayahanda kepada Indera Nata.
  8. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Tuan Puteri Cenderawati kasih/sayang kepada Indera Nata ( anandanya )/Raja Rom ( suaminya ).
  9. Seorang yang bersabar, contoh: Tuan Puteri Cenderawati sabar dengan tindakan Raja Rom yang membuangnya ke hulu negeri Rom selepas berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa.
  10. Seorang yang beriman/bertaqwa kepada Allah, contoh: Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang terjadi di dunia ini adalah dengan takdir/ketentuan/kehendak Allah Taala.
  11. Seorang yang pemaaf, contoh: Tuan Puteri Cenderawati memaafkan suaminya/Raja Rom yang memohon maaf daripadanya di atas kesilapan/kesalahan lalu kerana telah membuangnya ke hulu negeri Rom selepas tersalah pilih berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa.
  12. Seorang yang merendah diri, contoh: Tuan Puteri Cenderawati merendah diri kepada Raja Rom/suaminya.
  13. Seorang yang bersifat terbuka/berfikiran rasional, contoh: Tuan Puteri Cenderawati dapat menerima semula Raja Rom sebagai suaminya untuk keharmonian keluarga selepas dipertemukan semula oleh Indera Nata.
  14. Seorang yang bersopan santun/berhemah/berbudi bahasa/lemah lembut, contoh: Tuan Puteri Cenderawati bersopan santun/berlemah lembut ketika bercakap dengan Raja Rom/suaminya.
  15. Seorang yang pemalu, contoh: Tuan Puteri Cenderawati pada mulanya malu-malu untuk bertemu dan disatukan semula dengan Raja Rom/suaminya.

Monday, 4 February 2013

Perwatakan Raja Rom dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu.
  2. Raja/pemerintah negeri Rom.
  3. Beristeri dua orang ( Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar ).
  4. Mempunyai dua orang putera ( Indera Jenaka dan Indera Nata ).
  5. Sudah tua/berusia lanjut.
  6. Mati terbakar di istana ( Dibakar oleh putranya Indera Nata ).
  7. Dihidupkan semula oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma dengan bantuan hikmat kesaktian Betara Gangga dan takdir Allah Taala.
  8. Seorang yang suka bertindak secara terburu-buru/tidak berfikir panjang, contoh: Raja Rom berkahwin dengan Si Batu Kembar anak raksasa dengan membuang Tuan Puteri Cenderawati dan Indera Nata ke hujung negeri Rom.
  9. Seorang yang pengasih/penyayang, contoh: Raja Rom kasih/sayang kepada puteranya Indera Nata/Indera Jenaka dan isteri-isterinya Si Batu Kembar/Tuan Puteri Cenderawati.
  10. Seorang yang mendengar nasihat, contoh: Raja Rom mendengar nasihat anandanya Indera Nata supaya tidak menyesal dengan kesilapan/kesalahan yang lalu.
  11. Seorang yang insaf/menyesal/sedar diri, contoh: Raja Rom insaf/menyesal dengan perbuatannya berkahwin dengan Si Batu Kembar anak raksasa tanpa menyiasat terlebih dahulu dan sanggup membuang Tuan Puteri Cenderawati dan Indera Nata ke hulu negeri Rom.
  12. Seorang yang pemurah/suka menderma/bersedekah, contoh: Raja Rom memberi sedekah emas kepada para fakir miskin di negerinya/menjamu makan minum rakyatnya/Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom.
  13. Seorang yang menghormati tetamu/orang lain, contoh: Raja Rom menghormati Raja-Raja besar yang datang ke istananya/negeri Rom.
  14. Seorang yang mengakui kelemahan diri, contoh: Raja Rom mengakui dirinya lemah ( lupa dan lalai ), kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai.